Namanya adalah Abu Muhammad Abdul Aziz bin Abdussalam bin Al-Qasim binAl-Hasan bin Muhamamd Al-Muhazzab dan popular dengan nama Al-Izz bin Abdusssalam
Beliau lahir tahun 578H
Meninggal tahun 660H di Kaherah pada usia hampir 83 tahun.
Beliau Bermazhab Syafie dan bermanhaj Asy'ari.
Namun, menjelang usia tua, dia berfatwa tanpa mengikut mazhab. Dia memiliki ijtihad sendiri. Demikian yang disebutkan oleh As-Suyuthi
Baca : Dorar
Beliau hidup sezaman dengan Syeikh Abul Hasan Asy-Syazili (Meninggal tahun 656H) dan ada konetek dengannya dalam ilmu tasawwuf.
Baca: Islamonline
Orang selalu sebut nama Izzuddin bin Abdussalam. Dia contoh ulama yang tegas berdepan dengan penguasa. Namun, mari kita catatkan beberapa hal yang dia dikritik dan kita fikirkan kewajaran keritikan itu.
1) Dia adalah seorang yang bermanhaj Sufi dan Asy'ari.(Bagi saya tidak salah menjadi seorang Sufi asalkan dipandu sunnah dan juga tidak janggal jadi Asy'ari! Ramai tokoh ulama yang dikenali sebagai Asy'ari.)
2) Iktikadnya mengenai Allah: Allah Maujud Tanpa Gerak, Tanpa Diam, Tidak Bersama Alam dan Tidak Bepisah dengan Alam, Tidak di Luar Alam dan Tidak Dalam Alam, Ini adalah corak akidah Asy'ari. Namun, apa yang menjadi pemahaman Asy'ari mutaqaddimun itu tidak sama dengan muta'akhiirin. Umpamanya, ketika Allah tidak mengambil tempat, ia tidak menafikan Allah di atas langit. Lihat perkataan Al-Baqilani dalam isu ini.
3) Masalah Quran Makhluk- Katanya :Allah berkata-kata dengan ata-kata yang azali dan Qadim tiada huruf dan tiada suara. Baca mengenai Golongan yang dinamakan LAFZIYYAH.
4) Terlibat dengan amalan-amalan tasawwuf seperti zikir menari, sima' dan tawajud. Imam Az-Zahabi dalam tarikhul Islam (Jil 14 MS 933) menyebut:
كان يحضر السماع ويرقص ويتواجد
وَأَمَّا الرَّقْصُ وَالتَّصْفِيقُ فَخِفَّةٌ وَرُعُونَةٌ مُشْبِهَةٌ لِرُعُونَةِ الْإِنَاثِ لَا يَفْعَلُهَا إلَّا رَاعِنٌ أَوْ مُتَصَنِّعٌ كَذَّابٌ
5) Menggelarkan ulama-ulama yang menegakkan Sunnah mengikut jalan Imam Ahmad bin Hambal sebagai Hasyawiyyah. Untuk berfikiran adil, para pengikut selalu berlebihan berbanding yang diikut. Hanabilah dalam sejarah juga mempunyai masalah.
Dalam Kitab Usul Al-I'tiqad oleh Al-Lalaka-i (Jil 1 Ms 201) disebutkan perkataan Imam Abu Hatim dan Abu Zur'ah:
وَعَلَامَةُ أَهْلِ الْبِدَعِ الْوَقِيعَةُ فِي أَهْلِ الْأَثَرِ، وَعَلَامَةُ الزَّنَادِقَةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ حَشْوِيَّةً يُرِيدُونَ إِبْطَالَ الْآثَارِ. وَعَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً
Hasil Bacaan :Hakikat Izzuddin bin Abdussalam
Catatan:
- Kritikan ke atas Al-Izz bin Abdissalam adalah cetusan para Salafi Musyammas.
- Ibn Taimiyyah sangat memuliakan Al-Izz bin Abdissalam dan ini boleh ditemui dlaam kitab-kitabnya.
- Dia meletakkan gelaran Syaikhul Islam, Imam, Haziq dan sebagainya.
- Ibn Taimiyyah adalah murid kepada murid-murid Al-izz
No comments:
Post a Comment