Showing posts with label Feqah. Show all posts
Showing posts with label Feqah. Show all posts

Saturday, August 23, 2025

Solat Subuh lewat

Di negara-negara yang penduduknya mengamalkan Mazhab Hanafi, mereka melewatkan solat Subuh sehingga akhir waktu. Tatkala cahaya telah merata dan hari sudah cerah


Jumhur ulama berpandangan bahawa Taghlis adalah lebih utama berbanding Isfar. Sedangkan dalam Mazhab Hanafi, Isfar adalah lebih utama.

Taghlis =Tabkir-awal waktu sebaik sahaja masuk Subuh iaitu apabila keluar fajar Sodi di ufuq timur

Isfar=Ta'khir-iaitu di saat keadaan telah cerah dan matahari hampir keluar.


Terdapat banyak hadis yang menyatakan bahawa Nabi solat di awal waktu dan solat Subuh saat awal waktu jadi amalan para sahabat di zaman rasulullah SAw.

Pun begitu ada pula hadis di mana nabi SAW menyuruh isfar sebagaimana hadis riwayar Rafi' bin Khudaij , Nabi SAW bersabda:

أسفروا بالفجر فإنه أعظم للأجر


Dalam memahami hadis Isfar ini kalangan ulama mebuat taujihat untuk mengharmonikan dua bentuk hadis yang kelihatan berlawanan itu.

1) Perintah Isfar oleh rasulullah SAW itu adalah dalam keadaan para sahabat keliru samada masuk waktu atau tidak. Ada situasi cuaca yang menghalang yakinnya terbit fajar. Ketika itulah Rasululah SAW menyuruh Isfar kerana solat sebelum masuk waktu Subuh adalah dilarang.

2) Maksud hadis supaya isfar itu adalah sebagai isyarat memanjangkan solat Subuh. Mulai Subuh adalah waktu ghalas an tamat apabila Isfar. Ini selaras dengan hadis riwayat Abu Musa Al-Asy'ari yang menyebutkan :


وصلّوا الصبح بغلس أو بسواد وأطيلوا القراءة

(Rawahul Baihaqi)

3) Hadis ini adalah disebutkan dalam situasi khas di mana solat awal waktu menimbulkan masyaqqah kepada para makmum seperti yang berlaku di musim sejuk. Malamnya pendek dan orang tidur tak cukup. Maka dipanjangkan sehingga waktu akhir subuh (Isfar)

Bacaan tambaha: Islamweb


Thursday, May 30, 2024

FEQAH KHAYALAN ATAU TAQDIRIYYAH

 Para Fuqaha kekadang terjun dalam maslaah-masalah yang bersifat andaian. Ianya hanya khayalan. Tidak realistik. Namun, mereka memberi fatwa dan hukum tentangnya. Perkara itu tidak berlaku pada zaman sebelumnya, pada zamannya dan juga zaman kemudian.

Ini menimbulkan pertanyaan, apakah ilmu feqah namanya sedemikian. Bahkan, apakah itu dinamakan ilmu? 

Apa contohnya?

1) Kes seseorang lelaki masuk ke dalam faraj seorang perempuan, apakah dia wajib mandi junub atau tidak. Apakah bile keluar, dia jadi anak perempuan itu?


2) Kes seorang perempuan memasukkan zakar mayat ke dalam farajnya, apakah wajib mandiu junub atas mayat itu?


3) Kes seorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam zakar lelaki yang lain apakah wajib mandi ataus kedua-keduany. Disebutkan oleh Abdul; Hamid As-Syarwani dalam Hasyiahnya atas Tuhfatul Minhaj


4) Kes jika seorang lelaki dapat memecahkan zakarnya kepada 2 lalu yang satu dimasukkan ke dalam faraj isterinya yang pertama dan satu lagi dimasukkan ke dalam faraj isterinya yang ke-2, maka tidak wajib mandi atas kedua-duanya isterinya itu kerana mereka dapat bukan zakar yang sepenuhnya. Adapun atas suami, dia kena mandi. Akan tetapi jika dimasukkan seperuh dalam faraj dan separuh lagi ke dalam dubur, maka wajiblah mandi atas itu isteri kerana dia mendapat kedua-dua bahagian zakar.( Rujuk hasytiah Abdul Hamaid As-Syarwani atas Tuhfatul Muhtaj)

Musykil: Bolehkah zakar dibelah 2??Pernah berlaku kah?


5) Masalah cacing hulur kepala dari dalam dubur atau kemaluan kemudian masuk tarik balik kepalanya kedlaam. Adakah batal wuduk? Ada dua pandangan. Satu kata batal dan  satu kata tidak. (Boleh rujuk dalam Majmuk Syarah Muhazzab oleh Imam An-Nawawi, Jil 2, ms 12)


6) Masalah seornag lelaki memasukkan ke dalam duburnya perca kain dengan hujung jarinya masa dia solat, bartk ke tidak?


7) Masalah seorang wanita kafir mati dan dalam perutnya ada janin dari lelaki muslim, di manakah wanita kafir itu hendak ditanam. Di kubur orang Islam atau kubur kafir? Fuqaha berkhilaf dan ia disebut oleh Ibn Qayyim dan kitabnya Ahkam Ahlu Zimmah. Dalam isu pandangan ini, ada fuqaha melarangnya di tanam di kubur ornag Islam kerana alsan siksaana kuburnya akan mengganggu para orang mati muslimin!!!

Sampai begitu sekali difikirkannya ? Betulke mengganggu? Apa....ornag Islam yang mati tak ada disisksa dan menjerit melolong dalam kubur?

8)Dalam Majmuk Syarak Muhazzab disebutkan situasi seorang yang menelan benang di malam hari Ramadhan. Hujung benang di luar mulut. Bila siang, dia puasa. Jika telan, batal puasa. jika tarik keluar juga batal. Macam mana? Maka ada 3 penyelesaian dan kesan.

a) Biarkan begitu sampai maghrib, pusanya tak batal

b) tarik keluar atau telan dengan sengaja, batal puasa.

c) tarik keluar dalam keadaan tak disengaja seperti masa tidur atau dipaksa, maka tak batal puasa.

9) Ada masalah...seorang anak direbuti oleh lebih daripada seornag ibu atau bapa. Maka bagaimana nak tentukan bapa yang sebenar. Maka panggil pakar pelarasan keturunan (Ahli Qafiah) Jika dia buat keputusan, anak itu adalah anak kedua-duanya, maka dibinkan kepada kedua-duanya. Jika bapa nama Muhamamd, maka bin Muhammadain. Jika bapa nama Abdullah, jangan pula bin Abdullahain , kerana itu syuirik. Tapi binkan dengan Abdullah dan Abdullah. dua kali ulang- Syeikh Othaimon sebutkan demikian dalam Sayarh Al-Mustaqni'.

Dalam Mazhab Hanafi, Ahli Qafiah tidak Syari'i. Maka anak yang dipertikai dalam masalah sebegini dibinkan kepada semua yang mengaku walau sampai seribu.

Ada juga pandangan kata kena buat undi. Siapa naik namanya, anaknyalah.

Jika yang berttikai itu bapa/ibu yang muslim dan kafir, maka diberikan terus kepada yang Muslim kerabna anak dilahirkan muslim.


Maka, para fuqaha bukan insan yang semestinnya cerdik. Mereka ada yang dijamngkiti sindrom halusinasi sehingga kekadang sampai ke peringkat memperbodohkan akal. Hal ini terjadi terutamanya pada tobaqat fuqaha yang ke 7 aitu para fuqaha muqallid yang tidak tahu apa-apa melainkan taklid dan kerana itu tiada kemampuan itu membezakan antara racun dan penawar.

Kita disuruh berfikir dan bukan ikut membuta tli. Semua kalam muhtamalul khata' kecuali kalam Nabi. Maka, jangan mentaqdiskan para Fuqaha. Gunakan akal dalam membuat pertimbangan.






TOBAQAT FUQAHA

Kata Ibn Kamal Basya dalam risalahnya  TOBAQATUL FUQAHA, para Fuqaha itu terbahagi kepada 7 peringkat:

1) Pengasas Mazhab

2) Mujtahid  dalam mazhab -menyalahi induknya/pengasasnya dalam beberapa hal

3) Ulama dalam mazhab yang ada kemampuan untuk istinbat hukum dalam masalah-masalah yang tidak pernah disebutkan oleh pengasas Mazhab.

4) Ulama dalam Mazhab yang ada kemampuan untuk menjelaskan Mujmal, dan Mubham serta ihtimalat.

5) Ulama dalam mazhab yang ada kemampuan untuk menganalisa pelbagai riwayat yang ada dalam mazhab.

6) Ulama dalam mazhab yang ada kemampuan untuk membezakan pandangan yang kuat, lebih kuat atau yang daif.

7) Ulama dalam mazhab yang tiada apa-apa kemampuan dan hanya bertaqlid-tidak tahun mana satu jerami dan mana keju. Mana kiri dan mana kanan.


Dipetik daripada artikal dalam : al-hewar.org


Monday, May 20, 2024

HUKUM HIDUPAN DALAM AIR/LAUT DALAM MAZHAB HANAFI

Mazhab Hanafi mengharamkan haiwan-haiwan hidupan laut lain selain ikan. Hal ini mungkin membuatkan sesetengah orang  memicingkan mata dan melemparkan senyum sumbing. Begitu banyak nikmat Allah berbentuk kehidupan di bawah air yang dinafikan oleh Mazhab Hanafi. Udang, sotong, kerang, ketam, belut, siput sedut, gondang, lokan, lobster dan pelbagai lagi, semuanya diharamkan menurut Mazhab Hanafi. Hanya ikan sahaja yang dihalalkan. 

Mungkin sebahagian orang keheranan. Apa dasarnya maka ia diharamkan.

Bukankah dalam Al-Quran Allah menyebutkan?

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ

(Surah Al-Maidah: 96)


 Nabi SAW pula menyatakan sebagaimana dalam hadis-hadis yang boleh ditemui dalam sunan-sunan:


هو الطهور ماؤه الحل ميتته


Jika kita lihat pandangan Mazhab Hanafi yang mengharamkan udang adalah kerana beralasan udang adalah sejenis ulat air dan bukan ikan. Ia sama seperti cacing, kala dan serangga yang hidup didarat. 

Keluar dari hukum umum kehalalan kehidupan dalam air yang disepakati Jumhur Ulama ialah:

1) Buaya

-Jumhur Ulama mengharamkan buaya kerana ia haiwan yang bertaring dan boleh hidup di darat miskipun banyak masanya dalam air. Cuma Mazhab Maliki mengharuskan ia di makan kerana berpegang dengan dalil umum Quran yang berbunyi:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ


2) Katak
-Terdapat hadis Nabi SAW yang melarang bunuh katak. Larangan itu membawa mesej ia diharamkan makan.Kaedah feqah dalam bab ini, apa yang larang atau diperintah bunuh, maka ia diharamkan untuk dimakan.

3) Ular laut
-Sebahagian ulama mengharamkan ular air. Namun, pandangan yang benar ialah ia termasuk dalam keumuman ayat yang mengharuskan kehidupan dalam air seperti dalam ayat sebelum ini.

4) Anjing laut dan Penyu -Sebahagian ulama mengatakan ia haram dimakan, namun yang saheh adalah ia  halal. Hanya kerana ia hidup dilaut dan darat, maka kaedah menetapkan ia didasarkan hukum haiwan darat. Maka ia menjadi halal dimakan setelah disembelih. Namun, dalam kes ketam, sungguhpun sifatnya hidup di air dan darat, ia tidak perlu disembelih kerana ia tidak berdarah.

5) Semua yang yang disebutkan di atas, tertakluk kepada sifat tidak memberi mudarat kepada yang memakannya. Jika ia memberi mudarat disebabkan beracun, mengandungi toksid dan sebagainya, maka ia menjadi binatang yang diharamkan.

Rujuk: Islamqa


Catatan sampingan: Kalau soal ikan, semua mazhab Sunni menghalalkannya. Tidak kira apa jenis ikan. Inilah juga dalam Hanafi. Maka, kalangan ulama Mazhab Hanafi menyenaraikan udang sebagai kumpulan ikan , maka udang adalah dihalalkan.Pandangan inilah yang dikeluarkan oleh tokoh Mazhab Hanafi seperti As-Sarkhasi. Menurutnya udang dan pelbagai jenisnya termasuk dalam makna ikan.
Isunya dalam mazhab Hanafi, udang itu ikan atau bukan? Ada kata ia ikan dan ada kata ia bukan.  Yang kata ia ikan, hahallah. yang kata ia bukan ikan, bahkan cacing laut, haramlah!


Namun, dalam Mazhab Syiah, ikan dibahagian kepada dua kategori. Ikan yang halal adalah ikan yang bersisik. Yang tiada sisik adalah diharamkan seperti haramnya babi, arak dan seumpamanya. Rujuk: Video






Saturday, April 6, 2024

Penyususan orang dewasa

Ada hadis dalam Saheh Bukhari dan Muslim, riwayat Ummul Mukminin Aisyah yang menimbulkan musykil. Hadisnya adalah mengenai Isteri Abu Huzaifah yang bernama Sahlah binti Suhail bin Amru menyusukan hamba kepada Abu Huzaifah yang bernama Salim sedangkan ketika itu Salim telah dewasa. Telah bermisai dan berjanggut. Penyusuan itu adalah demi menjadikan Salim itu anak susuannya dan dengan itu dibilangkan sebagai mahramnya. Penyusuan itu dilakukan atas arahan Rasulullah SAW.

Membaca hadis ini, hendaklah adalah pemahaman khusus dan inilah yang disebutkan oleh para ulama:
1) Penyusuan orang dewasa untuk jadikan dia anak susuan hanya khas untuk kes Salim.
3) Cara penysusan tersebut adalah mengisi susu  dalam bekas dan diminum oleh Salim sebanyak 5 kali.
3) Isteri Abu Huzaifah ada susu walaupun dia sudah lama melahirkan Muhammad anaknya. Ia bukan satu maslalah kerana bahkan ada gadis yang punya susu.
4) Salim adalah seorang anak angkay Abu Huzaifah yang sudah macam anak sendiri.


Baca: Islamqa

Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...