Friday, June 5, 2026

Sifat orang berilmu , kurang membangkang.

Hidup dalam dunia Islam, kaya denagn  kepelbagaian pendapat. Dalam menanggapi perbezaan pandangan, kita perlu berlapang dada. Apabila melihat ornag lain berbeza dengan kita, kita hendaklah behenti sejenak dan jangan cepat melatah. Kita cari sebab dan tabayyun kenapa pandangannya berbeza, Kenapa pegangannnya tak sama dengan kita. Janghan kita hukumkan dia sesat, ahli bid'ah, syirik dan sebagainya. Kaji dan cuba fahami.

Itulah tanda anda sedang mendaki tangga ilmu. Anda sedang memperkayakan khazanah hikmah dalam diri.

Kata-kata yang masyhur dalam mathal arab berbunyi:


مَنْ كَثُرَ عِلمُهُ قَلّ إنكارهُ .. ومن قَلَّ عِلمُهُ كَثُرَ إنكارهُ.

“Sesiapa yang ilmunya banyak, sedikitlah pengingkarannya (terhadap orang lain),

dan sesiapa yang ilmunya sedikit, banyaklah dia mengingkari (dan mengkritik).”


Ingatlah...anda perlu selalu tarik handbrake dan meladeni kepelbagaian pendapat. Hasan Al-Barsri berkata:

المؤمن وقّاف حتى يتبين

“Seorang mukmin itu berhenti (berhati-hati) sehingga jelas baginya.”


Jangan cepat menyerang bila dengar orang khilaf dengan kita. Cari maklumat dan alasan kenapa orang lain berpegangd dengan dengan satu sikap dan pandangan. Inilah satu bentuk tabayyun.

Berlemah lembutlah dan jangan cepat menghukum. Ia boleh menimbul pergeseran yang tidak berfaedah. Kata pepatah Arab berbuyi:


العلم يورث الحِلم، والجهل يورث العجلة في الإنكار

“Ilmu melahirkan kelembutan dan berhati-hati, manakala kejahilan melahirkan cepat menghukum.”


Dalam zaman ini, banyak orang gelojoh kerana berebeza aliran. Aliran Asyairah dan Salafiyyah bergaduh bagai nak rak. Masing-masing saling menyalahkan. Padahal, kedua-dua aliran ini telah ditekuni oleh ramai ulama denagn kecenderungan masing-masing. Datang zaman ini, di mana orang yang kurang ilmu berlagak laksana ilmuan besar. Dicemuh pihak bertentangan dengan bahasa yang keras dan kasar. Dilebelkan dengan pelebelan yang buruk. Bahkan, dikafirkan ulama tertentu melalui gelaran tajsim, tadhlil dan takfir.

Ini lambang kecetekan ilmu, bukan kedalaman ilmu. 

Jika anda banyak mendengar orang menyerang pihak berlawanan dengan keras dalam perkara khilaf, itulah lambang kejahilan dan bukan lambang kealiman. Perhatikan baik-baik apa yang sedang berlaku di sekeliling anda. Kenali kerikil daripada permata.

BUTA BILA JADI PEMIMPIN

Seorang penyair bernama Farazdaq yang lahir tahun 20H dan meninggal tahun 110H dan merupakan penyair unggul pada era pemerintahan Bani Umayyah, pernah mengungkapkan syairnya:

( Nama Farazdaq adalah Hammam bin Ghalib bin So'soa'h At-Tamimi)


قُلْ لِمُبْصِرٍ وَالْمَرْءُ فِي دَوْلَةِ السُّلْطَانِ

أَعْمَى مَا دَامَ يُدْعَى أَمِيرًا

  فَإِذَا زَالَتِ الْوِلَايَةُ عَنْهُ

وَاسْتَوَى بِالرِّجَالِ كَانَ بَصِيرًا

 

"Katakanlah kepada orang yang celik: seseorang itu ketika berada dalam kekuasaan dan kemegahan pemerintahan,
sebenarnya dia buta selagi dia masih dipanggil 'amir' (pemimpin)."

Apabila jawatan dan kekuasaan itu hilang daripadanya,
lalu dia menjadi sama seperti orang lain, barulah di kala itu dia  menjadi orang yang dapat melihat."


Ulasan: Ada benarnya komen-komen para netizen terhadap pemerintah. Dulu masa jadi pembangkang, nampak cerdik. Bila memerintah nampak bodoh. Tidak dapat nak dibangkang secara total kebenaran pada kata-kata bernada sindiran itu. Kita menyaksikan naik turun pemerintahan dalam negara kita ini. Sungguh benar dalam banyak perkara. Ada penguasa yang dulu berada atas singgahsana kekuasaan. Banyaklah kebodohan yang dibuatnya. Kita merasakan alangkah butanya mata sang pemerintah itu. Rakyat tidak cukup makan. Barang tiada dalam pasaran. Ekonomi jadi caca marba. Kebijakan pentadbiran jadi persoalan. 

Mereka buta masa berkuasa. Bila kuasa hilang, mereka jadi celik.

Naik pula penguasa lain dan kerajaan lain pula memerintah. Ya...memang masa ia di bawah, banyak pendapat dan hasratnya mewakili kehendak rakyat. Mereka celek dan melihat kebobrokan yang perlu diubah. Bila sudah di pentas kuasa, kelihatan ada kebutaan yang melanda. Banyak juga kebijakannya tidak menggambarkan pemerintahan yang celik dan bijak.

Bagi yang mengharap lebih daripada pihak-pihak yang bersaing meraih kuasa, hendaklah selalu ingat falsafah dan hikmah bijak pandai ini. 

"KEKUASAAN MEMBUTAKAN MATA, HANYA CELEK SETELAH HILANG KUASA"

Syair yang saya bawakan ini menggambarkan hal demikian.

Sifat orang berilmu , kurang membangkang.

Hidup dalam dunia Islam, kaya denagn  kepelbagaian pendapat. Dalam menanggapi perbezaan pandangan, kita perlu berlapang dada. Apabila meliha...