Hidup dalam dunia Islam, kaya denagn kepelbagaian pendapat. Dalam menanggapi perbezaan pandangan, kita perlu berlapang dada. Apabila melihat ornag lain berbeza dengan kita, kita hendaklah behenti sejenak dan jangan cepat melatah. Kita cari sebab dan tabayyun kenapa pandangannya berbeza, Kenapa pegangannnya tak sama dengan kita. Janghan kita hukumkan dia sesat, ahli bid'ah, syirik dan sebagainya. Kaji dan cuba fahami.
Itulah tanda anda sedang mendaki tangga ilmu. Anda sedang memperkayakan khazanah hikmah dalam diri.
Kata-kata yang masyhur dalam mathal arab berbunyi:
مَنْ كَثُرَ عِلمُهُ قَلّ إنكارهُ .. ومن قَلَّ عِلمُهُ كَثُرَ إنكارهُ.
“Sesiapa yang ilmunya banyak, sedikitlah pengingkarannya (terhadap orang lain),
dan sesiapa yang ilmunya sedikit, banyaklah dia mengingkari (dan mengkritik).”
Ingatlah...anda perlu selalu tarik handbrake dan meladeni kepelbagaian pendapat. Hasan Al-Barsri berkata:
المؤمن وقّاف حتى يتبين
“Seorang mukmin itu berhenti (berhati-hati) sehingga jelas baginya.”
Jangan cepat menyerang bila dengar orang khilaf dengan kita. Cari maklumat dan alasan kenapa orang lain berpegangd dengan dengan satu sikap dan pandangan. Inilah satu bentuk tabayyun.
Berlemah lembutlah dan jangan cepat menghukum. Ia boleh menimbul pergeseran yang tidak berfaedah. Kata pepatah Arab berbuyi:
العلم يورث الحِلم، والجهل يورث العجلة في الإنكار
“Ilmu melahirkan kelembutan dan berhati-hati, manakala kejahilan melahirkan cepat menghukum.”
Dalam zaman ini, banyak orang gelojoh kerana berebeza aliran. Aliran Asyairah dan Salafiyyah bergaduh bagai nak rak. Masing-masing saling menyalahkan. Padahal, kedua-dua aliran ini telah ditekuni oleh ramai ulama denagn kecenderungan masing-masing. Datang zaman ini, di mana orang yang kurang ilmu berlagak laksana ilmuan besar. Dicemuh pihak bertentangan dengan bahasa yang keras dan kasar. Dilebelkan dengan pelebelan yang buruk. Bahkan, dikafirkan ulama tertentu melalui gelaran tajsim, tadhlil dan takfir.
Ini lambang kecetekan ilmu, bukan kedalaman ilmu.
Jika anda banyak mendengar orang menyerang pihak berlawanan dengan keras dalam perkara khilaf, itulah lambang kejahilan dan bukan lambang kealiman. Perhatikan baik-baik apa yang sedang berlaku di sekeliling anda. Kenali kerikil daripada permata.
No comments:
Post a Comment