Sunday, June 14, 2026

Bukan sebuah pujian jika perbandingannya salah.

 Ketika Allah menyebutkan bahawa satu malam Al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Allah memuji dan melebihkan satu malam berbanding seribu bulan. Ya, kalah seribu bulan itu bilangan seribu bulan yang mengandungi 82 nrahun 4 bulan. Maka nampaklah hebatnya satu malam itu.


Tapi golongan dunggu yang mereka-reka riwayat dan hadis menyebutkan bahawa 1000 bulan  yang dimaksudkan dalam surah Al-Qadar itu adalah tempoh pemerintahan Bani Umayyah. Tempoh pemerintahan Bani Umayyah tidak layak dibandingkan dengan 1 malam Al-Qadar. Perbandingan itu termasuk dalam perbandingan yang tidak sepadan atau disebut Qiyas ma'al fariq.


Bila 1 malam al-Qadar dibandingkan dengan satu tempoh pemerintahan yang dianggap penuh dengan keburukan, ini scara tak langsung merendahkan kemuliaan malam Al-Qadar. Seperti diungkapkan dalam sebuah syair:



ألم تر أن السيف ينقص قدره
إذا قيل إن السيف أمضى من العصا

Maksud harfiahnya:

"Tidakkah engkau melihat bahawa pedang berkurang nilainya,
apabila dikatakan: 'Pedang itu lebih tajam daripada tongkat.'"


Pedang bukan bandingan tongkat. Kalau pedang dibandingkan dengan tongkat dari sudut ketajamannya, apalah sangat pedang itu. Kalau nak puji pedang, bandinglah dengann senjata yang seumpamana. Dengan keris misalnya. barulah satu level atau barulah bermakna pujian itu.


Seorang penyair lain mengungkapkan:


إذا أنت فضلت امرأً ذا براعةٍ
على ناقصٍ كان المديحُ من النقصِ

Maksud harfiahnya:

"Apabila engkau mengutamakan (atau memuji) seorang yang mempunyai kelebihan dan kecemerlangan berbanding seorang yang serba kurang, maka pujian itu sendiri menjadi suatu kekurangan."

Bila dikatakan matahari itu cahayanya lebih terang dari pelita, maka kata-kata ini mengandungi makna tersirat merendah-rendahkan matahari.

Bila dikatakan singa itu lebih berani berbanding tikus, ia bukan pujian buat harimau. Itu menghina harimau.

Bila dikatakan Imam Syafie itu lebih alim daripada imam kampungmu, itu sekaligus menghina imam Syafie, bukan memujinya.

Intinya , kalau nak puji sesuarang dengan cara buat bandingan, pastikan bandingan itu setara. Kalau tidak setara, dalam pujian itu ada makna penghinaan!

Tafsir yang mengaitkan surah Al-Qadar dengan tempoh pemerinahan Bani Ummayyah ini ditolak kalangan mufassirin sunni tetapi diangka oleh tokoh syiah.  

No comments:

Post a Comment

Bukan sebuah pujian jika perbandingannya salah.

 Ketika Allah menyebutkan bahawa satu malam Al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Allah memuji dan melebihkan satu malam berbanding ser...