Kata Imam Syafie:
Friday, April 24, 2026
Suluhan para wali
KEPERCAYAAN SALAH TETANG KEWALIAN
1) Mempercayai bahawa wali ada haq tasarruf (pentadbiran alam) dan dengan itu diharuskan istighasah kepadanya. Kepercayan seperti ini membatalkan rububiyyah Allah SWT.
2) Meyakini bahawa wali itu maksum.
3) Mempercayai bahawa wali tahu hal yang ghaib.
4) Wali boleh menyerupai pelbagai rupa samada haiwan atau manusia.
5) Wali boleh berada pada pelbagai tempat dalam satu masa.
6) Mempercayai bahawa wali adalah Sahibul Hal dan kerana itu dia boleh menyalahi syariat. Apapun yang dia buat, terima sahaja dan jangan engkar.Sekalipun tak hadis Jemaah dan Jumaat!
7) Beriktiqad bahawa jawatan wali itu adalah perlantikan. Wali yang lebih besar lantik wali di bawahnya. Dia boleh lantik sesiapa sahaja jadi wali!
8) Wali ada Khatim (penutup) sebagaimana Nabi Muhammad jadi Khatimul Ambiyaa'. Ada juga Khatimul Auliyaa'. Al-Hakim At-Tirmizi adalah orang pertama kemukakan idea ini. Kemidian datang ornag yang dainggap wali terakhir atau mengaku wali terakhir seperti Ibn Arabi dan Ahmad Tijani.
9) Wali ada kuasa cabut hidayah dan ilmu dari seseorang yang menentangnya.
10) Wali tidak mati tetapi hidup dalam dunia dan kerajaan wali dan masih ada kaitan dengan kehidupan dunia ini.
11) Orang gila boleh jadi wali
12) Kanak-kanak yang beklum baligh boleh jadi wali.
13) Wali ditandai dengan kharriqul 'adah.
14) Wali ada ketuanya.
15) Wali ada sidang mesyuarat di tempat tertentu dan masa tertetu seperti di Jabal Rahmah musim haji, di bukit Kaf dan Padang Pasir di Sudan.
16) Perbuatan mentaqdiskan batang tubuh para wali. Ini membawa kepada budaya kultusisasi yang menjadi punca kesesatan banyak firqah.
Kesimpulan bagi orang yang terlajak minat kisah wali ni, baca dan tadabburkan firman Allah dalam Surah Yunus ayat 62-63:
- Ingatlah...ada orang solah masa hidupnya, tapi masa matinya jadi kafir. Namanya Barsisa.
- Ada pula orang derhaka masa hidupnya, matinya soleh dan masuk syurga. Seperti pemuda yang bunuh 100 orang disebutkan dalam hadis.
Suluhan para wali
Kata Imam Syafie: إذا رأيتم الرجل يمشي على الماء ويطير في الهواء فلا تغتروا حتى تعرضوا أمره على الكتاب والسنة " Bila kamu lihat seor...
-
1) Syiah menamakan para ulama yang datang dari kalangan Ahli Sunnah sebagai Ulama Fitnah. Siapa mereka, tidak kira sehebat mana, mereka dil...
-
Dikatakan tiada beza antara Istighasah dengan Tawasul. Demikian dirujuk dalam kitab Syifa'ussiqam fi ziarati khairil anam oleh Taqiyyu...
-
Siapakah orang yang layak disebut orang agama? Atau dipanggil sebagai Rijaluddin! Apakah orang yang solat, puasa , haji dan berpakaian denga...