Friday, April 24, 2026

Suluhan para wali

 Kata Imam Syafie:

 إذا رأيتم الرجل يمشي على الماء ويطير في الهواء فلا تغتروا حتى تعرضوا أمره على الكتاب والسنة

" Bila kamu lihat seorang lelaki berjalan atas air dan terbang di udara, janganlah kamu terpedaya hingga kamu cerminkan keadaannya dengan kitab dan sunnah".


Jika kau sebut orang itu wali, lihatlah dia pergi solat berjemaah di masjid atau tidak. Dia solat Jumaat atau tidak. Peliknya kalau dianggap wali tapi berjalan ke hulu ke hilir seperti orang gila berpakaian tidak menutup aurat, kotor dan busuk.

Helah dibuat pelbagai. Kononya wali itu solat Jumaat dengan jin di pulau tengah laut. Wali itu pergi solat Jumaat di Makkah balik hari. Orang gila itu wali dan jenis wali macam tu namanya wali Majzub. Ada -aa sahaja dongeng yang dicipta untuk memperbodohkan ummat.

Sebab itu syariat Islam itu buat ornag berakal. Akil baligh adalah syarat kepada taklif. Syarat sah ibadat seperti solat, puasa dan lain-lain adalah berakal lagi mumayyiz.

Ramai orang kalau sembang pasal wali Allah, dibawanyanya cerita pelik. Ada wali Allah boleh lipat bumi. Wali Allah naik harimau  balik rumah. Wali Allah lempar gelas air dari Hadramaut sampai ke Mekkah. Wali Allah naik turun ke Luh Mahfuz  70 kali sehari. Boleh tembusi langit sesuka hati....

Ini konsep kewalian yang dicedok daripada kepercayaan batil hinduisme, budhisme dan kependeetaan sesat termasuyk agama Kejawen.

No comments:

Post a Comment

Suluhan para wali

 Kata Imam Syafie:   إذا رأيتم الرجل يمشي على الماء ويطير في الهواء فلا تغتروا حتى تعرضوا أمره على الكتاب والسنة " Bila kamu lihat seor...