Friday, April 24, 2026

KEPERCAYAAN SALAH TETANG KEWALIAN

1) Mempercayai bahawa wali ada haq tasarruf (pentadbiran alam) dan dengan itu diharuskan istighasah kepadanya. Kepercayan seperti ini membatalkan rububiyyah Allah SWT.

2) Meyakini bahawa wali itu maksum.

3) Mempercayai bahawa wali tahu hal yang ghaib.

4) Wali boleh menyerupai pelbagai rupa samada haiwan atau manusia.

5) Wali boleh berada pada pelbagai tempat dalam satu masa.

6) Mempercayai bahawa wali adalah Sahibul Hal dan kerana itu dia boleh menyalahi syariat. Apapun yang dia buat, terima sahaja dan jangan engkar.Sekalipun tak hadis Jemaah dan Jumaat!

7) Beriktiqad bahawa jawatan wali itu adalah perlantikan. Wali yang lebih besar lantik wali di bawahnya. Dia boleh lantik sesiapa sahaja jadi wali!

8) Wali ada Khatim (penutup) sebagaimana Nabi Muhammad jadi Khatimul Ambiyaa'. Ada juga Khatimul Auliyaa'. Al-Hakim At-Tirmizi adalah orang pertama kemukakan idea ini. Kemidian datang ornag yang dainggap wali terakhir atau mengaku wali terakhir seperti Ibn Arabi dan Ahmad Tijani.

9) Wali ada kuasa cabut hidayah dan ilmu dari seseorang yang menentangnya.

10) Wali tidak mati tetapi hidup dalam dunia dan kerajaan wali dan masih ada kaitan dengan kehidupan dunia ini.

11) Orang gila boleh jadi wali

12) Kanak-kanak yang beklum baligh boleh jadi wali.

13) Wali ditandai dengan kharriqul 'adah.

14) Wali ada ketuanya.

15) Wali ada sidang mesyuarat di tempat tertentu dan masa tertetu seperti di Jabal Rahmah musim haji, di bukit Kaf dan Padang Pasir di Sudan.

16) Perbuatan mentaqdiskan batang tubuh para wali. Ini membawa kepada budaya kultusisasi yang menjadi punca kesesatan banyak firqah. 




Kesimpulan bagi orang yang terlajak minat kisah wali ni, baca dan tadabburkan firman Allah dalam Surah Yunus ayat 62-63:

أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ * الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ 

" Bukankah para wali Allah itu mereka tidak merasa takut dan tidak berdukacaita (hilangnya habuan dunia dan akhirat). Merekalah orang beriman lagi bertakwa".

  • Ingatlah...ada orang solah masa hidupnya, tapi masa matinya jadi kafir. Namanya Barsisa.
  • Ada pula orang derhaka masa hidupnya, matinya soleh dan masuk syurga. Seperti pemuda yang bunuh 100 orang disebutkan dalam hadis.

Orang yang tiada jaminan masuk syurga, tidak boleh dimuktamadkan sebagai wali. Kita hanya boleh bersangka baik melihat kepada zahirnya, bahawa dia wali. Apabila dia mati dengan zahir kesolehan yang kita lihat itu, bolelah kita katakan insya Allah dia wali. Nahnu nakmum bi zzowahir!


Namun, untuk jazamkan dia wali...la...hanya Allah yang tahu.


Abu Bakar wali, Bilal bin Rabah bin wali...semua sahabat yang dijamin syurga , wali semuanya. Ulama dan ornag soleh yang datang kemdian , dan kita kenali kesolehan mereka , yang mati dengan kesolehan mereka, kita harap mereka wali. kita tiada hak menjazamkan. Kita hukum berdasarkan zahir. Allah yang tawalla sarair.


Inilah cara berfikir tentang siapa wali. Jangan jadi seperti sebahagian orang yang selalu mengatakan denagn ayat penuh yakin
Si pulan itu itu wali!
syeikh itu wali!
orang itu wali!


Mana dia tahu? Ada jaminan daripada Allah dan Rasulnya? Itu hanya sangkaan. B etapa banyak sangkaan kita menyalahi hakikat sebenar. Allah sahaja yang maha tahu .






No comments:

Post a Comment

Suluhan para wali

 Kata Imam Syafie:   إذا رأيتم الرجل يمشي على الماء ويطير في الهواء فلا تغتروا حتى تعرضوا أمره على الكتاب والسنة " Bila kamu lihat seor...