Showing posts with label Kisah Wali. Show all posts
Showing posts with label Kisah Wali. Show all posts

Wednesday, October 11, 2023

Kisah Abu Bakar Al-Miski

Sebuah kisah seorang pemuda yang berjualan barang dari rumah ke rumah. Namanya Abu Bakar. Parasnya kacak dan memikat para wanita. Satu hari, seornag wanita kaya dalam sebuah rumah agam memanggilnya untuk melihat barangannya. Apabila dia masuk ke dalam, rupanya wanita itu mahukan yang lain. Wanita itu mahu Abu Bakar itu melayaninya selaku lelaki. Dengan kita lain, mengajaknya berzina. Abu Bakar itu orangnya sangat bertakwa dan menjaga maruah diri. Akalnya berputar mencari helah.

Lalu ditanya di mana dalam rumah itu ada tandas. Dia mahu membersihkan dirinya. Kononnya agar dirinya dalam keadaan bersih dan menyenangkan sebelum melayani cik puan itu. Apabila dia masuk ke dalam tandas, dan tandas zaman itu ada tong bekas simpana najis, dia mengambil najis dan melumuri badannya. 

Bila dia keluar dengan bau busuk dan najis yang berlumurna di badan, tentu perempuan itu tidak suka dan patahlah nafsu jahatnya. Dia menghalau Muhammad itu keluar dari rumahnya. Namun, bagi Abu Bakar, itulah jalan selamat. Ketika dia lalu di tempat orang, mereka mencium bau harum daripadanya. Bukan bau yang busuk. Itulah karamah kurniaan Allah buat hambaNya yang soleh dan bertakwa. 

Sejak itu, dia dikenali dengan Abu Bakar Al-Miski.

Kisah ini sellalu diceritakan orang. Sumber cerita boleh diambil daripada kitab Zammul Hawa karya Ibn Al-Jauzi( Dalam Bab Al-Mawa'iz Wal Majalis)

Sunday, July 16, 2023

SILAH BIN ASYYAM AL-'ADWI

Beliau adalah seorang Tabi'in yang terkenal zahid lagi seorang abid.  Dia dikenali dengan kunyah Abu As-Sohba'. Isterinya adalah Mu'azah Al-Adawiyyah yang juga dikenali kesolehannya dan banyak ibadahnya.

Beliau disebutkan tentang kisah karamahnya dengan seekor singa yang datang kepadanya saat dia mengambil satu hutan beribadat dalam satu ekspedisi jihad ke wilayah Kabul.

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliyaa, Ibn Jauzi dalam Sifatus Sofwah dan Ibn Qudamah Al-Muqaddisi dalam Ar-Riqqah Wal Bukaa bahawa Hamad bin Jaafar bin Zaid menceritakan bahawa bapanya (Jaafar bin Zaid)  telah bersama Silah Asyyam dalam satu misi jihad ke Kabul. Ketika pasukan tentera berhenti di satu tempat, dia mengekori Silah bin Asyyam yang pergi menjauhi diri ke dalam hutan dan di sana dia lihat Silah bin Asyyam beibadat. Hatta, datanglah singa kepadanya dan ketika itu Jaafar bin Zaid ketakutan dan memanjat sebatang pokok.  Namun, Silah Asyyam solat dan tidka ditakutkan dengan kedatangan singa itu  Bila dia selesai beri salam, dia berkata kepada singa itu:

 يا سبع، اطلب الرزق في مكان أخر

hai Singa, carilah razekimu di tempat lain

Maka, singa itu menderam dan pergi

Imam Al-Ghazali menyebutkan dalam Ihya Ulumuddin bahawa Silah bin Asyyam beribadah sepanjang malam  sehingga menjelang sahur  dia pun berdoa:

إلهي ليس مثلي يطلب الجنة ولكن أجرني برحمتك من النار

"Tuhanku orang macam aku tidak layak minta syurga , akan tetapi dengan rahmatmu jauhilah aku daripada neraka".

Dengarkan kisahnya:




Silah bin Asyyam gugur syahid dalam Perang Kabul

Kisah singa yang tunduk tidak memangsai wali Allah ini pernah diriwayatkan oleh Muhammad Al-Munkadir dan direkodkan oleh Al-Hakim dalam Mustadraknya mengenai kisah seorang yang bernama Safinah iaitu seorang maula kepada Rasulullah SAW. satu ketika Safinah belayar di laut dan pecahlah kapalnya sehingag dia terdampar di sebuah pulau yang adsa singa. Singa itu datang kepadanya seperti hendak memangsainya. Lalu Safinah berkata kepadanya:

"Wahai singa, aku Safinah Maula Rasulullah SAW".

Lalu singa itu mengangguk kepalanya dan dengan bantuan singa itu Safinah ditunjukkan jalan pulang.


Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...