Monday, February 20, 2023

TA'ALLUQ QUDRAT DAN IRADAT

Sifat Qudrat dan Iradat Allah tidak berta'alluq melainkan dengan apa yang baharu pada aqal (Mumkin=bukan mustahil (mustahil lizatih). Oleh kerana sifat kalam adalah Qadim, maka qudrat dan iradat tidak berta'alluq dengannya. Kerana itu, tidak boleh dikatakan:

"Allah berkata-kata bila Dia kehendaki dan diam bila dia kehendaki".

Atau...

" Allah berkuasa untuk berkata-kata".

Perkataan di atas, yang mengaitkan sifat kalam Allah dengan kuasa dan kehendaknya adalah salah kerana sifat kuasa dan kehendak Allah tidak berta'alluq dengan sifat kalam. Tidak terkait dan tidak bersambung. Tidak ada jaringan dan tidak boleh disandarkan. Itulah erti dari kata TIDAK TA'ALLUQ.

Fahami baik-baik prinsip ini. Bahawa qudrah dan iradah Allah tidak boleh dipadankan dengan sesuatu yang mustahil pada akal. 

Jangan tanya...

Berkuasakah Allah mengadakan satu Tuhan yang lain

Adapun perkara yang tidak mungkin (Mustahil) itu ada dua jenis:

1) Mustahil Lizatih-tidak ada dan tidak mungkin ada dan zihin pun tidak menerima adanya

  • Seperti Allah menciptakan Tuhan sepertinya.
  • ِAllah mempunyai sekutu.
  • Allah mempunyai suhbah dalam penciptaan.
  • Allah ada anak
  • Semua yang membawa kepada sifat kekuarangan bagi Allah adalah Mustahil lizatih!
  • Allah nuzul ke dalam makhluk-ini menisbah kekurangan kepada Allah-mustahil!
  • Kemarin dan esok berlaku serentak-mustahil sama sekali.
  • Sesuatu itu bergerak dan diam dalam masa yang sama-mustahil!

2) Mustahil lighairih

Seperti mustahil sebab menyalahi adat; 

  • Allah menciptakan sesuatu yang lebih besar dari arasy.-Alllah, mustahil menciptakan Tuhan sepertinya. Tapi Dia boleh mencipta makhluk yang yang lebih besar dari arasy walaupun kita tahu makhluk paling besar adalah arasy.
  • umpamanya berlaku gerhanda matahari selepas maghrib.
  • Berlakunya gerhana bulan di awal bulan.
  • MUKJIZAT-MUKJIZAT YANG BERLAKU KEPADA PARA NABI YANG MENCARIKKAN ADAT adalah termasuk dalam makna Mustahil lighairih seperti bulan terbelah dua, laut terbelah.
  • Kalau ada orang kata matahari turun sampai atas menara masjid. Kita katakan ini mustahil. Tapi mustahil lighairih. Allah boleh buat kalau dia mahu. Maka qudrat dan iradat ada ta'alluq dengan perkara mustahil lighairih!


MAKA, SIFAT QUDRAH DAN IRADAH ITU TIADA TA'ALLUQ DENGAN  PERKARA YANG MUSTAHIL LIZATIH. BUKAN MUSTAHIL LIGHAIRIH.

No comments:

Post a Comment

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...