Monday, February 20, 2023

Bahagian-bahagian sifat Allah SWT

Pembahagian sifat-sifat Allah itu dibuat berdasarkan i'tibarnya (kategorinya) :

A) Kalau diri i'tibar Tsubut dan 'Adam ( ada atau tiada), maka dibahagikan kepada dua iaitu:

  1. Sifat tsbutiyyah  iaitu sifat-sifat yang Allah dan rasul telah sebutkannya seperti sifat hidup, ilmu, wajah, nuzul, istiwa' dan lain-lain.
  2. Sifat Salbiyyah iaitu yang Allah dan rasul nafikan adanya pada Allah seperti sifat mati, tidur, zalim dll.
B) Kalau dilihat kepada dali tsubutnya (adanya) sifat itu, maka ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

1) Sifat Khabariyyah/Sam'iyyah aqliyyah- iaitu sifat yang tiada cara mengetahuinya melainkan dengan jalan perkhabaran dari Allah atau Rasul dan ia dopecahkan kepada 2 iaitu:
  • Zatiyyah- spt sifat tangan, muka dll

 

  • Fe'liyyah- spt gembira,ketawa dll.

2) Sifat Sam'iyyah 'Aqliyyah- iaitu sifat-sifat yang diisbatkan oleh dalil-dalil naqli dan akli secara bersama dan ia termasuk zatiyyah (spt hayat, ilmu dan qudrat) atau fe'liyyah (spt menjadikan-khalaq , memberikan -e'to')

C) Kalau dilihat dari sudut ta'alluqnya dengan zat dan perbuatan Allah, maka dipecahkan kepada 3 bahagian:

i) Sifat Zatiyyah- iaitu sifat yang Allah bersama dengannya sentiasa dan tidak terpisah spt ilmu, hayat, sama' dll.

ii) Sifat Fe'liyyah( Dimanakan juga Sifat Ikhtiyariyyah)- Iaitu sifat yang berta'alluq dengan kehendak Allah. Jika Dia mahu, Dia lakukan. Jika tidak, maka sebaliknya. Sifat ini bertajaddud berdasarkan masyi-ah Allah. Contoh; Istiwa', nuzul, marah, gembira, ketawa dll.


iii) Sifat Zatiyyah Fe'liyyah- iaitu sifat yang asalnya zati kemudian dengan ta'alluq kepada iradat Allah ia menjadi fe'liyyah. Umpamanya sifat KALAM. ia asalnya zatiyyah. Yakni Allah itu berkata-kata dan sifat itu menolak sukut. Mustahil sukut. Ini dari segi asalnya. ianya Qadim Namun dari segi aahadil kalam ( أحاد الكلام  ) ianya hadith(baharu). ia adalah sigfat fe'liyyah dan bergantung dengan kehendak (masyi-ah) Allah swt.



D) Kalau dilihat dari aspek jalal (keagungan ) dan Jamal (keindahan) maka ia dipecahkan kepada 2 jenis iaitu:

i)Sifat Al-Jamal-sifat yang disukai mahkluk spt rahmah, maghfirah dan ra'fah

ii) Sifat Al-Jalal- Sifat yang menimbulkan takut dan ta'zim makhluk kepada Allah SWT spt Qawiy, qadir, dan qahhar.

Semak: Islamqa

Semak: Shamela



Perbahasan sifat-sifat Allah tentunya tidak terkeluar daripada konteks yang disebutkan dalam Al-Quran, Surah As-Syura, ayat 11:


لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (11)



Maka, jangan ditohmah orang-orang yang beriman dengan panggilan Musyabbihah dan Mujassimah. Seburuk-buruk perkataan dalam menajdi fasiq selepas beriman!





No comments:

Post a Comment

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia dise...