Wednesday, February 1, 2023

Iradah Kauniyyah dan Iradah Syar'iyyah

Kehendak (Iradat/ Masyi'ah) dan izin Allah, kekadang selari dan kekadang bertembung satu sama lain. Ianya selari bila Iradat Allah itu adalah dari kategori Iradat Kauniyyah. Maksudnya, Iradat kauniyyah Allah dan izin Allah tidak akan berberza. Kedua-duanya akan berjalan seiya sekata dan tidak bersalahan antara satu sama lain. ianya seperti kehendak  kauniyyah Allah, matahari terbit dari sebelah barat, maka izin Allah akan berlaku. Atau, kehendak kauniyyah Allah, hidup dan matinya seseorang, mahu jadikan seseornag beriman atau kafir, beri hidayah atau sesatkan seseorang, maka apabila demikian kehendaklah Allah, izinNya pun berlaku. Izin Allah tidak akan menyalahi kehendaknya itu.

Sama ada iradah Allah maupun izinnya, kedua-duanya boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

a) Syar'iyyah/Diniyyah

b) Kauniyyah/Qoadriyyah

Antara ayat Quran yang menyebtkan Iradah Syariyyah Allah ialah:


 ( يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر )

 البقرة/185


( وَاللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْكُمْ )

 النساء/27 


Sementara ayat Quran yang menyebutkan tentang Iradah kauniyyah Allah SWT ialah:


وَلَا يَنْفَعُكُمْ نُصْحِي إنْ أَرَدْتُ أَنْ أَنْصَحَ لَكُمْ إنْ كَانَ اللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يُغْوِيَكُمْ. 
{سورة هود:34}


وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلُوا وَلَكِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ
{سورة البقرة:253}

( وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ )
 الرعد/11

( فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ )

 الأنعام/125


Ibn 'Asyur dalam At-tahrir wa tanwir menyatakan bahawa Iradah dan masyi'ah adalah sama. 
Iradah yang disamakan dengan masyi'ah itu adalah Iradah Kauniyyah.

Iradah Syari'yyah HANYA BERLAKU PADA APA YANG ALLAH SUKAI. 
Sementara Iradah Kauniyyah BERLAKU KEPADA SEMUA PERKARA SAMADA YANG ALLAH SUKA ATAU BENCI.

Perbezaan antara Iradah kauniyyah dengan Iradah Syar'iyyah ialah apabila melibatkan ornag yang taat kepada Allah SWT, maka kedua-dua iradah ini berjalan selari. Namun, bila melibatkan ornag yang derhaka atau kafir, maka kedua-dua iradah ini berjalan tidak selari. 

Penjelasannya, Allah berkehendak secara kauniyyah dan Syar'iyyah agar seorang hamba beriman. Lalu, bila hamba itu beriman, bererti kehendak Kauniyyah dan Syar'iyyah Allah telah berlaki ke atasnya serentak.

Tetapi, Ketika kehendak Allah secara kauniyyah ke atas seorang hamba untuk menjadikannya kafir atau derhaka, maka dalam situasi itu Kehendak Syariyyah Allah tidak berlaku atasnya.

PERBEZAAN ANTARA DUA IRADAH:

1) Iradah Kauniyyah berlaku atas apa yang Alalh sukai dan benci sedangkan Iradah Syariyyah hanya berlaku atas apa yang Allah sukai.

2) Iradah Kauniyyah boleh disebt juga Masyi'ah manakala Iradah Syar'iyyah sama dengan Mahabbah.

3) Iradah kauniyyah punya tujuan yang lain yang menjadi hikmah penciptaan seperti kehendak Allah dalam mencipta Iblis, mencipta segala perkara jahat dan keji serta lain-lain seumpamanya.

4) Iradah Kauniyyah pasti berlaku sebaliknya Iradah Syar'iyyah boleh tidak berlaku.

5) Iradah Kauniyyah berkaitan dengan hal-hal rububiyyah manakala Iradah Syar'iyyah berkaitan dengan Hal-hal uluhiyyah.

6) Iradah Syariyyah dan Kauniyyah berlaku sama-sama atas perkara taat sedangkan bagi perkara mungkar, ia hanya melibatkan Iradah Kauniyyah sahaja.


No comments:

Post a Comment

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...