Wednesday, February 22, 2023

TAHRIF SIFAT ALLAH



Di antara perkara yang menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jama'ah ialah perbuatan mentahrif sifat Allah yang di sifatkan oleh Allah diriNya atau yang nabiNYa telah mensifatkanNya.

Apakah yang dimaksudkan dengan TAHRIF?

Tahrif ertinya ubah daripada yang asal. Pusing, tukar dan ubah. Itulah terjemahan mudah kalimah TAHRIF yang memerlukan penjelasan tambahan.

Ada dua bentuk TAHRIF iaitu:

a) TAHRIF KATA

b) TAHRIF MAKNA

Jenayah TAHRIF kalam Allah menjadi perangai kaum Yahudi. Mereka buat kedua-dua bentuk Tahrif ini.

Contoh Tahrif kata yang mereka buat ialah mengubah kalimah Hittoh kepada Hintoh.

Demikian feel itu diikuti oleh golongan Muktazilah dan Jahmiyyah yang mentahrif kalimah Istawa kepada Istaula.

Abu Umar bin Al-'Ala', seorang ulama Qurra', nahu dan muhaqqiqin sunnah telah ditanya oleh seorang Jahmiyyah tentang ubah baris bacaan pada kalam Allah:
وكلم اللهُ موسى تكليما

Dia mendakwa bacaan adalah yang sebenar adalah berbaris di atas pada kalimah Allah seperti ini:
وكلم اللهَ موسى تكليما 

Tujuannya adalah untuk menafikan sifat KALAM Allah. Bukan Allah yang bercakap tetapi Musa yang bercakap.


Lalu Abu Amru bin Al-Ala' menyebutkan ayat lain dan bagaimana hendak membacanya. Ayat itu ialah:

وكلمه ربه

Ayat di atas jelas menyebutkan bahawa Allah berkata-kata kepada Musa. Bagaimana hendak diubah lagi. Maka si Jahmiyyah itu pun mati kutu.


Asal tahrif ini adalah Yahudi tetapi kemudian ditiru olah Jaham bin Safwan. Jaham ambil ilmu ini daripada Al-Ja'du bin Dirham. Al-Ja'du bin Dirham ambil ilmu ini dari Yahudi Madinah.


Orang Yahudi tidak menerima Allah ada sifat. Allah bagi mereka hanya ada sifat wujud semata-mata. Sifat Sama' Basar, kalam dan seumpamanya adalah sifat makhluk  Maka berdepan dengan sifat-sifat tersebut, datanglah perbuatan mentahrifkannya.

Golongan muktazilah yang terpengaruh dengan amalan tahrif ini telah menggunakannya dalam mentahrifkan perkara-perkara ghaib. Bila disebut Sirat, Mizan, Mahsyar, Haudh, azab kubur dll, mereka tahrifkan kepada makna yang logik. Inilah feel Muktazilah.  Feel ini kemudian berjangkit kepada beberapa firqah lain!

Sayang sekali, ia menjangkiti golongan Asya'irah apabila mereka mentafrif beberapa kata mewakili sifat Tuhan yang musytabihat.

Namun. tidaklah tahrif yang berlaku di kalangan Asyairah, Maturidiyyah, Kilabiyyah, Salimiyyah dan  Karamiyyah sama seperti takwilan golongan Jahmiyyah. Jahmiyyah berlebihan dalam Tahrif sehingga semuanya ditahrif. Mereka mentahrif Rukyatullah hingga menafikannya berlaku sekalipun di akhirat. Mereka mentahrif Kalam Allah sehingga Al-Quran dikatakan sebagai makhluk. Maka tahrif yang menyongsang nas soreh seperti dihukum kafir oleh para ulama Ahli Sunnah.

Adapun mentahrif kalimah Istawa kepada Istaula sebagaimana dibuat Asyairah dan Maturidiyyah tidaklah buruk kerana ianya atas dasar makna istawa itu bukan itu yang dimaksudkan tetapi Istaula yang dimaksudkan. Maka tahrif sebegini tidak menjatuhkan ke dalam daeah keufuran.










No comments:

Post a Comment

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia dise...