Monday, February 13, 2023

Sumber ma'rifah Isyraqiyyah kaum Sufi

Kalangan tokoh Sufi seperti Al-Jili, Ibn 'Ajibah, Al-Urusi, An-Nablusi dan Ibn Arabi menyebutkan perkataan-perkataan bahawa Sumber kepada Ma'rifah yang disifatkan sebagai Isyraqiyyah (pancaran rohani) bukanlah dari akal atau naqal. ia diumpamakan rasa manisnya madu atau lazatnya jimak, tiada dalildan tiada fikiran yang dapat menjelaskannya. Hanya rasa yang dapat memnggambarkannya. Demikianlah apa yang disifatkan sebagai pancaran rohani itu. Ia dibuktikan dengan zauq, kasyaf dan wujdan.

Imam Az-Zahabi dalam siyar A'lam menyifatkan para ahli wehdatul wujud yang menolak akal dan naqal dan bergantung kepada zauq dan tawajud, mereka itu adalah Iblis berwajah manusia. kalau tak mapu berdepan dengan mereka , jauhi sahaja dan jika mampu berhujahlah dengan mereka sebagaimana berhujah dengan syaitan di samping bacakan ayatul kursi ke atas mereka (Rujuk Siyar 4/472)

Iraninya, para pencandu wehdatul wujud , apabila berhujah dengan orang yang membangkang mereka, mereka pandai pula mencari nas-nas Quran dan hadis serta akal untuk melegitimasikan pegangan mereka itu.

Antara nas-nas yang dipakai untuk menghujahkan wehdatul wujud adalah:

Firman Allah SWT:

وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الْأَرْضِ ۖ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ 

(Surah Al-An'am:3)

Maka dihujahkan bahawa Allah itu menyatu dengan langit dan bumi secara zat.  Seharusnya ayat itu dibaca dan difahmi sampai akhirnya. Bukan hanya ambil kenyataan bahawa Allah di langit dan di bumi

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ 
(Surah Al-fath:10)


Firman Allah SWT:



وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ رَمَىٰ
(Surah Al-Anfal:17)

Firman Allah SWT:

كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ
(Surah Al-Qasas: 88)



Inilah sebahagian ayat yang selalu dijadikan hujah golongan wehdatul wujud. Mereka mendakwa bahawa pancaran wehdatul wujud itu terbit daripada zauq , kasyaf dan wujdan. Lalu, mengapa gunakan dalil Quran untuk menguatkan konsep yang tidak berpunca daripada zauq dan seumpamanya itu. Dalil-dali itu bukan hujah untuk mereka, tetapi sebenarnya hujah atas mereka. Hanya kerana mereka menafsirkan ke arah pegangan salah itu, sedangkan maksudnya bukan sedemikian.

No comments:

Post a Comment

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia dise...