Tuesday, February 21, 2023

Kesan politik

 ما دخلت السياسة في شيء إلا أفسدته

" Apabila politik memasuki sesuatu, maka rosaklah sesuatu itu".


Kata-kata di atas dinisbahkan kepada Muhammad Abduh (M: 1323H)/(1849-1905), Beliau adalah tokoh pembaharuan di Mesir dan sahabat serta murid kepada Jamaluddin Al-Afghani

Jika diamati, kata-kata tersebut ada kebenarannya. Para politikus, dalam mencapai tujuan mereka, mereka tidak mengambil kira halal dan haram.  Apabila para politikus terjun dalam bidang agama, agama akan rosak. Apabila orang gamawan terjun dalam politik, orang agamawan pula akan rosak. Kalau pun mereka tidak rosak, persepsi masyarakat ke atas mereka menjadi rosak. Agama yang sepatutnya jadi petunjuk, akhirnya jadi petumbuk!

Mari kita fikir sejenak. Hari ini, apa yang dinamakan Wahhabiyyah itu adalah gerakan dakwah yang bersendikan agama. Sesiapa yang tulus dalam menela'ah sejarah gerakan Muhammad bin Abdul Wahab akan mengerti bahawa dia membawa gerakan dakwah islah atas kebobrokan akidah dan amalan Islami masyarakat di Tanah Arab pada zamannya.

Akan tetapi, dalam menggerakkan dakwahnya itu, para politikus menumpang bahteranya. Ada orang kata dakwahnya menumpang bahtera politikus. Mana satu betul? 

Apapun , atas kedua-dua kemungkinan ini, politik telah merosakkan dakwah. Gerakkan Wahhabiyyah yang pada dasarnya baik , untuk pemulihan akidah dan membanteras khurafat, syirik dan tahayyul  telah dipandang negatif oleh ramai orang. Orang tuduh gerakkan wahhabiyyah menjadi punca runtuhnya khilafah Othmaniyyah.  Siri-siri peperangan yang diterajui keuarga Saud menentang hagemoni Turki Othmaniyyah, menentang para Syarif Mekah  serta India  menjadi diaspora kebencian yang membarahi gerakan Wahhabiyah.

Kenapa masalah politik dikaitkan dengan gerakan dakwah?

Itu kerana penglibatan para elit politik dari keluarga Ibn Saud.

Maka perhatikan politik dan kesannya ke atas apa yang ada sekeliling anda.

No comments:

Post a Comment

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia dise...