Saturday, February 11, 2023

CERITA BOHONG: KISAH SYAIBAN ARRA'I DAN IMAM SYAFIE SERTA IMAM AHMAD

Konon ceritanya, satu hari Imam Ahmad dan Imam Syafie telah bertemu dengan Syaiban Arra'i, seorang sufi yang zuhud. Lalu Imam Ahmad mahu tanya soalan menguji ilmu dan agama Suaiban Arra'i. Imam Syafie larang tetapi Imam Ahmad tetap mahu bertanya soalan mengujinya juga.

Lalu ditanya kepada Syaiban arra'i:

Apakah hak Allah atas kambing-kambingmu ini?

Syaiban bertanya kembali:

Di sisi kami atau di sisi kamu

Imam Ahmad berkata:

Di sisi kami dan juga kamu.

Kata Syaiban: 

Adapun di sisi kamu, setiap 10 ekor kambing dizakatkan seekor. Manakala di sisi kami, setiap apa yang dimiliki hamba itu adalah milik tuannya.

Imam Ahmad bertanya pula:

Apa hukum orang yang lupa dalam solatnya?

Di sisi kami atau kamu? Tanya Syaiban.

"Di sisi kami dan kamu", kata Imam Ahmad.

Di sisi kamu, kena sujud sahwi. Di sisi kami, orang yang lupa Tuhannya dipotong jantungnya

Imam Ahmad pingsan. Bila sedar, Imam Syaifie pun berkata kepada Imam Ahmad:

Bukankah aku sudah ingatkan kamu, jangan dicuba-cuba orang itu.

Sumber kisah: Arrisalah Al-Qusyairiyyah


Cerita di atas BOHONG dan DUSTA.

Kenapa?

Kerana Syaiban Ar-ra'i meninggal tahun 170H (Menurut Ibn Khalikan dalam Wafiyatul A'yan (16/118).

Sedangkan lahirnya Imam Ahmad adalah pada tahun 164H. Pada ketika meninggalnya Syaiban Arra'i itu, umur Imam Ahmad baru 6 tahun. Sementara Imam Syafie lebih tua sedikit. Beliau lahir tahun 150H.

Peristiwa pertemuan dan dailog yang dinyatakan itu tidak mask akal!

Kisah ini adalah bikinan para Sufi untuk memperlihatkan bagaimana seorang yang Ummi boleh mengalahkan seorang alim. Kisah ini punya maksud dan muslihat untuk mengangkat ilmu ladunni yang menjadi cerita-erita kehebatan ahli Sufi. Ia juga untuk mengesahkan ada agama syariat dan agama hakikat yang selalu didendangkan oleh para Sufi.

Al-Qusyairi membuat sernagan Psikologi dalam kitabnya Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah (Jil 2, Ms 733):

وشيبان الراعي كان أميّا منهم، فإذا كان حال الأمي منهم هكذا، فما الظن بأئمتهم



"Syaiban Ar-Ra'i itu seorang yang buta huruf. Kalau dia pun sudah sedemikian hebatnya, bayangkan bagaimanalah para imam-imam Sufi yang alim"


Inilah permainan di sebalik cerita-cerita kesufian yang direka. Perhatikan dengan cermat apa kesimpulan tersembunyi yang mereka hendak bawa. Gunakan akalmu....

No comments:

Post a Comment

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia dise...