Dalam Quran, ada ayat-ayat yang menyebutkan Allah bersama makhluknya. Ada dua jenis kebersamaan yang dikaitkan dengan Allah itu iaitu:
1) Ma'iyyatul 'Amah-iaitu kebersamaan yang membawa maksud ilmu Allah meliputi makhluknya. Contoh ayat Al-Quran yang membawa makna ini:
Firman Allah SWT:
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ۖ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (4)
(Al-Hadid: 4)
Firman Allah SWT lagi:
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ مَا يَكُونُ مِن نَّجْوَىٰ ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَىٰ مِن ذَٰلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ۖ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (7)
(Al-Mujadilah:7)
2) Ma'iyyatul Khasah-iaitu kebersamaa Allah yang khusus membawa maksud pertolongan Allah beserta para walinya. Contoh ayat Quran yang membawa makna ini ialah:
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوا وَّالَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ (128)
(An-Nahlu:128)
Contoh lain ialah Firman Allah SWT:
الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ ۚ فَمَنِ اعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ (194)
(Al-Baqarah:194)
Kata "BERSAMA" dalam ayat-ayat di atas tidak boleh difahami dalam erti Kebersamaan Zatiyyah. Tidak boleh dikatakan Allah SWT secara zat bersama dengan magkhluknya kerana ia akan membawa kepada akidah Al-Hulul dan juga Al-Ittihad. Maka dalam hal ini. pantakwilan diperlukan.
No comments:
Post a Comment