Showing posts with label Ulasan Topik. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Topik. Show all posts

Monday, May 20, 2024

Zullatul Ulama

 Umar Al-Khattab pernah berkata:

ثلاثٌ يَهدِمْنَ الدِّينَ: زَلَّةُ عالمٍ، وجِدالُ مُنافِقٍ بالقُرآنِ، وأئمَّةٌ مُضِلُّونَ

"Tiga perkara yang boleh meruntuhkan agama iaitu: Kegelinciran seorang alim, Bantahan munafiq dengan dalil Quran, pemipin yang menyesatkan"

Riwayat Ibn Abdul Bar dalam Jami' Bayan Al-Ilm, MS 1867

Iman As-Syatibi berkata:

إنَّ زَلَّةَ العالِمِ لا يَصِحُّ اعتِمادُها مِن جِهةٍ، ولا الأخذُ بها تقليدًا له، وذلك لأنَّها موضوعةٌ على المُخالَفةِ للشَّرعِ؛ ولذلك عُدَّت زَلَّةً، وإلَّا فلو كانت مُعتَدًّا بها لم يُجعَلْ لها هذه الرُّتبةُ، ولا نُسِبَ إلى صاحِبِها الزَّلَلُ فيها

Tidak dibenarkan mengambil kesalahan ulama di pihak seseorang, dan tidak juga menirunya, kerana ia berdasarkan pelanggaran undang-undang Syariah. Oleh itu, ia dianggap satu kesilapan Jika tidak, jika ia dianggap penting, ia tidak akan diberikan pangkat ini, dan kesilapan itu tidak akan dikaitkan dengan pengarangnya.
 (Al-Muwafaqat: Jil 5 MS 136)


Kata orang bijak pandai Arab(dikatakan namanya Ibn Al-Qirriyah bin Qais):

لِكُلِّ صَارِمٍ نَبْوَة، ولكُلِّ جَوَادٍ كَبْوَةٌ، ولكلِّ عالِمٍ هَفْوَة


Bagi setiap pedang yang hebat ada kesumbingan, bagi setiap kuda yang tangkas ada kegelinciran, dan bagi setiap ulama ada kesilapan














Saturday, May 4, 2024

ULAMA YANG DITOLAK DALAM SATU BIDANG, DITERIMA DALAM BIDANG LAIN

Seorang ulama yang ditolak periwayatannya dalam ilmu hadis, bukan bermakna  semua bidnag ilmu menolaknya. 

Misalnya IBN AL-KALBI, dia tidak diambil riwayatnya dalam ilmu hadis. Namun, dia jaguh dalam ilmu nasab. Kata Ibn Hajar:

وابن الكلبي يُرجَعُ إليه في النسب.

Al-Waqidi, dia dianggap daif dalam ilmu hadis, tetapi riwayat dalam sirah dan maghazi diterima.

Seorang bernama Abdul Malik bin Habib yang merupakan murid utama Imam Malik, dia mewarisi feqah Imam Malik dan dipercayai dalam ilmu feqah Maliki, namun dia tidak diterima periwayatan hadisnya.

Monday, January 15, 2024

Dua jenis akal

 Manusia diberikan Allah akal fikiran. Dengan akal itu manusia menajdi mulia berbanding haiwan. Dengan akal itu, manusia boleh membezakan baik dan buruk , benar dan batil. 

Namun, bila akal itu diuruskan oleh manusia, mereka menjadikan akal itu terpecah kepada dua jenis. Dua jenis akal itu ialah:

1) Akal yang mandom dan dikuasai khurafat pemikiran.

2) Akal yang berfungsi dan sentiasa berfikir, berhujjah dan mencari dalil

Akal yang sihat akan berfungsi mengikut kekuatan pendengaran telinga, penglihatan mata dan an alisisi oleh hati.

Namun akal yang tidak sihat hanya akan berpandukan sangkaan, ikut membuta tuli dan kepercayaan yang tidak berasas dan dibayangi khurafat.

Perhatikanlah bagaimana Allah menitipkan pesan dalam Al-Quran buat pengurusan akal yang selamat:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

(Surah Al-Israk:36)


Baca: Al-Qaradhawi

Maka , seornag muslim hendaklah terlatih untuk mencari tahu tentang sesuatu sehimngga dia mempunyai ilmu yang teguh mengenainya. Dia memperolehi dalil dan hujjah dan bukan hanya berdasarkan ikutan atau sangkaan. Perkataannya, tindakannya dan kepercayaannya hendaklah didasari oleh ilmu pengetahuan yang mantap. Jangan satu orang muslim bersikapo sambil lewa dalam meriwayatkan dengan berkata...
" aku dengar..." sedangkan dia tidak dengar
" Aku lihat....", sedangkan dia tidak pun melihat.
" Aku rasa...", sedangkan dia tidak benar-benar memahminya.

Semua itu itu ada petanggungjawapan di depan Allah SWT di akhirat kelak.

Monday, September 4, 2023

KECENDERUNGAN KEPADA ORANG ZALIM

Pada saat ujian Allah datang, maka ketika itu anda akan melihat manusia terpecah kepada dua kelompok. Satunya adalah mereka yang tetap dengan pendiriannya, istiqamah dengan perinsipnya dan bersabar mendepani segala mehnah dan ujian. Inilah golongan yang disifatkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:

{وما لنا ألا نتوكل على الله وقد هدانا سبلنا ولنصبرن على ما آذيتمونا وعلى الله فليتوكل المتوكلون} [إبراهيم:12].

Namun, di sana ada sekelompok lagi yang dalam mendepani ujian dna cobaan itu, mereka berubah. Mereka mencari keuntungan di sebalik penderitaan yang menimpa orang. Mereka bersekongkol dengan dengan orang zalim sama ada atas alasan takut ancaman atau kerana ingin memperolehi pamrih duniawi.


Golongan inilah yang diperingatkan Allah dalam Quran ayat 113 Surah Hud:

ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون

Kalimah tarkanu bermaksud arrukun dan menurut para mufassirin, ia ditafsirkan sebagai:

 السكون إلى الشيء والميل إليه بالمحبة

Kecenderungan yang sedikit, itulah erti kepada kalimah Tarkanu. 

هو الميل اليسير، أدنى ميل،


Larangan cenderung kepada orang zalim membawa mesej hendaklah sentiasa bersama orang yang dizalimi, menjadi pembela mereka dan menentang kezaliman para penzalim. Orang zalim selalunya golongan atasan, para kapitalis dan para pembesar manakala yang menjadi mangsa kezaliman adalah golongan miskin dan marhaen.

Maka , Allah menghendaki kita menjadi pembela golongan marahaen dan bukan membela para kapitalis dalam masyarakat. 

Seorang lelaki bertanya kepada Imam Ahmad: Apakah kamu kira saya dari kalangan penolong ornag-orang zalim?
Imam Ahmad bertanya: Apa pekerjaanmu?
kata lelakinitu: Tukang jahi buat seornag yang zalim.
Imam Ahmad berkata: Kamu bukan penolong ornag zalim, tetapi kamu adalah sang penzalim. Penong ornag zalim adalah yang membekalkan kamu jarum dan benang!




Bacaan Tambahan:  Basaer online

Sejarah memperlihatkan kepada kita akibat yang menimpa mereka yang cenderung kepada orang zalim. Selain apa yang Allah janjikan dari azab di ahri akhirat, dalam dunia dia akan menempa kehinaan. Orang zalim hanya menunggangnya untuk kepentingan dirinya. Apabila telah tercapai maksudnya, maka kezaliman yang ditujukan kepada musuh para penzalim kemudiannya akan berpaling arah kepada para pembela kezaliman. Lihatlah bagaimana nasib mereka yang menjadi mata dan telinga ornag zalim dalam sejarah. Apakah nasib mereka pada akhirnya?  Mereka umpama ornag yang bermain api, akhirnya api itu menyambar dirinya!


Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...