Friday, June 30, 2023

Kalam para ulama ada takwilannya.

Kalangan Syiah mengkafirkan para sahabat nabi SAW. Hanya sedikit yang selamat daripada dihukumkan sebagai kafir oleh golongan Syiah. 

Antara hujah mereka dalam mengkafirkan sahabat nabi SAW adalah riwayat-riwayat dalam sumber Ahli Sunnah sendiri yang menyebutkan perkataan melebelkan dengan gelaran kafir, nifaq dan fasik kepada sesama sahabat.

Itu men urut mereka, menunjukkan bahawa sahabat menajdi kafir bukanlah mumtani' bahkan boleh berlaku.

Saidina Umar Al-Khattab pernah menuduh sahabat nabi yang lain sebagai Munafiq dan berkata (mengenai sahabat nabi yang lain bernama Hatib bin Abi Balta'ah):

دعني يا رسول الله أضرب عنق هذا المنافق


Namun, Rasulullah membalas kata Umar dengan sabdanya:


إنه قد شهد بدرا، وما يدريك لعل الله اطلع على أهل بدر فقال اعملوا ما شئتم فقد غفرت لكم


 

Ibn Umar pernah berkata:

صلاة السفر ركعتان ، من خالف السنة كفر

" Solat masa musafir itu dua rakaat, siapa menyalahi sunnah sesungguhnya dia telah kafir!".

(Ibn Humaid meriwatakannya dalam musnadnya. Ibn Abdul Bar menukilkannya dalam Jami' Bayanil Al-'Ilmi.)


Apakah anda akan mengatakan bahawa Ibn Umar, sahabat Nabi SAW yang mulia lagi banyak ilmu itu seorang TAKFIRI?

Sesungguhnya perkataan Ibn Umar ini hendaklah ditakwilkan. Dia bukan bermaksud bahawa sesiapa yang tidak solat qasar semasa musafir menjadi kafir, keluar dari Islam. Perkataannya itu adalah dalam rangka Taghliz dan Tasydid. Dalam seni sastera Bahasa Melayu disebut hipabola. Ia adalah satu perkataan yang diungkapkan secara melampau untuk membesarkannya. kafir yang dimaksudkannya adalah kafir dari sudut kafir amali, iaitu perbuatan yang menunjukkan pengingkara terhadap sunnah nabi SAW. Kafir dengan nikmat rukhsoh yang dikurniakan Allah SWT. (Rujuk Syarah Al-Ibanah oleh Syeikh Ar-Rajihi)

Boleh juga difahami bahawa Ibn Umar mengkafirkan orang yang menolak \Slat Qosar yang telah disunnahkan itu juga menafikan pensyariatannya sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran:

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنْ الصَّلاةِ
[النساء: 101]

Sesiapa yang menolak satu ayat atau hukum Al-Quran bermakna dia kufur dengan ayat Allah dan layak dipanggil kafir dalam erti terkeluar dari Islam.

Demikian kita mengadaptasikan konsep mentakwilkan perkataan para ulama agar kita tidak terburu-buru menghukum mereka disebabkan perkataan mereka yang kita salah fahami.

Ingat! PERKATAAN ULAMA. Bukan perkataan orang yang cuma mengulamakan dirinya sedangkan dia tergolong kalangan JUHALA.

Sunday, June 25, 2023

Qutailah binti Qais bukan isteri Nabi Muhammad SAW

 Wanita yang menjadi isteri nabi, bila baginda meninggal dunia, haramlah atas mereka menikahi lelaki lain. Ini kerana isteri nabi itu adalah ibu bagi orang-orang yang beriman(Ummahatul Mukminin). Sebagaimana seorang anak haram menikahi ibunya, maka haramlah lelaki yang beriman menikahi isteri-isteri nabi setelah baginda wafat.

Ada seorang yang disebut namanya Qutailah binti Al-Asy'ath. Dia dikatakan telah dinikahi oleh nabi pada hujung usia nabi SAW. 

Disebutkan dalam hadis yang dicatatkan oleh laman Dorar.net:


أنَّ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ تزوَّجَ قُتَيلَةَ أختَ الأشعثِ بنِ قيسٍ ، فماتَ قبلَ أن يخيِّرها ، فبرَّأَها اللَّهُ منهُ

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : ابن دقيق العيد | المصدر : الاقتراح في بيان الاصطلاح | الصفحة أو الرقم : 108 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | التخريج : أخرجه ابن الأعرابي في ((المعجم)) (1071)، وأبو نعيم في ((معرفة الصحابة)) (7481)، والضياء في ((الأحاديث المختارة)) (395) واللفظ لهما.


Qutailah binti Qais ini telah murtad bersama saudara lelakinya Al-Asy'ath setelah wafatnya Rasulullah SAW. Namun, kemudiannya dia kembali kepada Islam dan dinikahi oleh Ikrimah bin Abi Jahal. Abu Bakar As-Siddiq merasa terganggu dengan berita Ikrimah menikahi Qutailah binti Qais tersebut dan mempertimbangkan untuk menghukum Ikrimah dan Qutailah dengan dibakar dengan api. Ini kerana telah melakukan satu jenayah yang dilarang oleh agama iaitu menikahi isteri Rasulullah yang merupakan ibu kepada orang beriman. Lalu Umar Al-Khattab mententeramkan Abu Bakar As-Siddiq dan mengatakan bahawa Qutailah binti Qais tidak boleh dibilangkan sebagai kalangan Ummahatul Mukminin.

Nabi Muhammad dikatakan menikahi Qutailah binti Qais pada tahun yang ke-11H. Pada tahun itu telah datang kepada nabi SAW rombongan daripada Puak Kindah yang disertai oleh Al-Asy'ath. Al-Asy'ath menawarkan kepada nabi SAW untuk berkahwin dengan saudara perempuannya yang bernama Qutailah dan nabi SAW telah menyetujuinya. Namun, ketika Al-Asy'ath dalam rangka membawa Qutailah dari tempatnya kepada nabi dan mereka sampai di Hadhramaut, sampai berita kewafatan nabi SAW. 

Berdasarkan plot riwayat pernikahan ini, para ulama menyifatkan Qutailah belum menjadi isteri nabi SAW. Dia tidak dibilangkan Ummahatul Mukminin. Ada tiga alasan penting kenapa kesimpulan itu dibuat:
1) Qutailah belum bertemu dengan nabi SAW dan tidak berlaku dukhul.
2) Perintah Hijab belum dikenakan kepada Qutailah sebaagaimana dikenakan kepada ieteri-isteri nabi yang lain.
3) Qutailah belum diberikan khiyar (pilihan) iaitu samada hendak memilih dunia atau Allah dan rasul serta Ahari Akhirat sebagaimana yang telah khiyar diberikan kepada isteri-isteri nabi yang lain.
Kerana itu perbuatan Ikrimah menikahinya tidak menjadi satu kesalahan. Qutailah bukan isteri nabi. Ada pendapat yang menyebutkan bahawa proses yang berlaku antara nabi dan Al-Asy'ath itu hanya di peringkat Khitbah dan bukan pernikahan.

Telah masyhur disebutkan dalam sumber-sumberi sejarah, baik kalangan Sunni maupun Syi'i, bahawa ketika nabi wafat, dia meninggalkan 9 orang isteri. Ibn Hajar menukilkan dalam At-Talkhisul Habir (3/288):


 قَوْلُهُ مَاتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ تِسْعِ نِسْوَةٍ، قُلْت هُوَ أَمْرٌ مَشْهُورٌ لَا يَحْتَاجُ إلَى تَكَلُّفِ تَخْرِيجِ الْأَحَادِيثِ فِيهِ وَهُنَّ عَائِشَةُ ثُمَّ سَوْدَةُ ثُمَّ حَفْصَةُ ثُمَّ أُمُّ سَلَمَةَ ثُمَّ زَيْنَبُ بِنْتُ
جَحْشٍ ثُمَّ صَفِيَّةُ ثُمَّ جُوَيْرِيَةُ ثُمَّ أُمُّ حَبِيبَةَ ثُمَّ مَيْمُونَةُ 





Ibn Mutahhir Al-Hulli (Meninggal:726H), seorang tokoh Syiah menukilkan dalam bukunya Tazkiratul Fuqaha (2/567):

ومات رسول الله صلى الله عليه وآله عن تسع نسوة عايشة وحفصة وأم سلمة بنت ابن أمية المخزومي وام حبيبه رمله بنت أبي سفيان وميمونة بنت الحرث الهلالية وجويرية بنت الحرث الخزاعية وسودة بنت زمعة وصفية بنت حيى ابن اخطب الخيبرية وزينب بنت جحش

Rujukan: fnoor.com

Kalangan Syiah menggunakan cerita ini untuk mencemarkan mencemar isteri-isteri nabi SAW. Mereka menimbulkan syubhat tentang apa yang terjadi kepada Qutailah itu sebagai pembuka jalan kepada mereka untuk menghalalkan perbuatan mereka menerakakan Aisyah r.a dan Hafsah r.a. Mereka juga mengangkat cerita Qutailah binti Qais ini untuk menolak perkataan Ibn Abbas r.a yang mengatakan:


ما زنت امرأة نبي قط
" Isteri para nabi tidak tidak pernah berzina sama sekali".

Perkatan Ibn Abbas ini dijadikan sandaran oleh kalangan mufassirin untuk menolak pentafsiran khianat yang disandarkan kepada isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut sebagai khaianat ranjang(Al-Firasy).

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ ۖ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ (10)

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)".
(Surah At-Tahrim: Ayat 10)

Sebenarnya, kelancangan Syiah dalam hal ini adalah kerana merreka ingin membuka jalan kepada celaan buat dua sahabat agung nabi SAW iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Bila anak-anak kedua-duanya yang jadi isteri nabi SAW dijatuhkan maruah, dihiloangkan kesucian, maka mudahlah mereka memburukkan kedua-duanya.

Saturday, June 24, 2023

PUASA ARAFAH IKUT MATLAK MASING-MASING

Perbezaan hari raya antara Makkah dengan negara-negara lain menyebabkan timbul polimik. Mahu sambut raya serentak dengan Arab Saudi atau ikut perkiraan negara masing-masing? Selanjutnya diperdebatkan juga tentang jatuhnya hari Arafah bagi negara-negara selain Arab Saudi. Ini kerana pada hari itu umat Islam seluruh dunia disunatkan berpuasa. Puasa hari Arafah. 

Imam Muslim meriwayatkan dalam sahehnya:

يكفِّر السنة الماضية والباقية
" Puasa hari Arafah menjadi kifarat dosa setahun sebelumnya".

Tuntutan sunat puasa Hari Arafah ini hanyalah buat yang bukan sedang melaksanakan haji dan berwuquf di Arafah. Bagi yang sedang wuquf, disunatkan buat mereka tidak berpuasa

Hari Arafah yang kita disunatkan puasa itu sebenarnya hari apa? Hari para hujjaj sedang wuquf di Arafah atau hari yang menepati tanggal 9 Zulhijjah?

Kalau jawapannya hari wuquf, maka itulah keluarnya pandangan yang mengatakan hari itulah ummat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa. Namun ada masyakil yang perlu dileraikan. Namun, jika definisinya 9 Zulhijjah, maka di sana ada keluasan.

Kata setengah orang siapa puasa hari raya hukumnya Haram. Jika pada hari 9 Zulhijjah itu sebenarnya hari raya bagi Arab Saudi, dihukumkan puasa pada 9 Zulhijjah itu haram!

Apakah benar cara berfikir sedemikian?

Dalam tulisan ringkas ini saya menegaskan bahawa bahawa hari Arafah dihukumkan mengikut matlak  masing-masing. Tak perlu ikut Makkah. Tak perlu sama dengan Arab Saudi.

Ada 4 hujjah yang saya akan bawakan untuk menguatkan perkataan ini:

1) Ada negara dalam dunia  ini yang harinya tak akan serentak dengan Arab Saudi.Negera itu berselisih 12 jam. Umpamanya negeri Irian Jaya. Bagaimana orang Islam di negeri tersebut hendak puasa pada hari di mana wuquf sedang berlangsung di Arafah?

Jika orang Islam di negeri itu hendak menyamai hari Arafah di Makkah, ia tidak akan sama. Ketika Makkah sedang wuquf pada 9 Zulhijjah, di sebelah Irian Jaya sana sedang berada pada malam hari hari yang lain.

2) Perlu di tanya orang Islam zaman dahulu puasa Arafah ikut Arab Saudi kah? Macam mana mereka tahu kalau hari itu sedang wuquf di Arafah sedangkan negera mereka jauh dari Kota Makkah? Di Morocco misalnya, mereka puasa hari Arafah macam mana? Adakah sampai kepada mereka berita berlakunya wuquf di Arafah pada hari sekian-sekian? Permasalahan tidak sama dengan hari Arafah di Makkah hanya muncul pada zaman kini. Zaman di mana dunia menjadi sebuah perkampungan yang dekat satu sama lain. Seketika berlaku di sebelah barat, di sebelah Timur sudah diketahui orang. 

Pada zaman dahulu keadaan itu tidak terjadi. namun orang berpuasa hari Arafah. Justeri, apa sandaran mereka? Mustahil mereka berpandukan hari Arafah di Kota Makkah sebab khabar wuquf tidak sampai kepada mereka serte merta. Maka, sudah tentu mereka berpandukan tarikh 9 Zulhijjah berdasarkan  ru'yah yang mereka lakukan.

3) Pensyariatan puasa Arafah itu bila? Nabi SAW melakukan haji hanya pada tahun ke-10 H. Sebelum itu, nabi tak pernah puasa puasa Arafah kah? Di Arafah ada wuqufkan sebelum tahun ke 9H dimana Abu Bakar memimpin rombongan haji ke Makkah? Kalau ada wuquf, adakah orang Islam berwuquf? Jadi , puas aarafah nabi SAW ikut wuquf atau ikut tarikh 9 Zulhijjah?

4) Hadis riwayat Muslim dalam Sahehnya:

رواه مسلم في صحيحه من حديث كريب مولى ابن عباس أن أم الفضل بنت الحارث بعثته في حاجة إلى معاوية بالشام، قال: فقدمت الشام فقضيت حاجتها واستهل علي رمضان وأنا بالشام، فرأيت الهلال ليلة الجمعة، ثم قدمت المدينة في آخر الشهر فسألني عبد الله بن عباس ثم ذكر الهلال فقال متى رأيتم الهلال؟ فقلت رأيناه ليلة الجمعة. فقال: أنت رأيته؟ فقلت: نعم ورآه الناس وصاموا وصام معاوية فقال: لكنا رأيناه ليلة السبت فلا نزال نصوم حتى نكمل ثلاثين أو نراه، فقلت فلا تكتفي برؤية معاوية وصيامه؟ فقال: لا هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم

Jika pada zaman Mu'awiyah sebagai khalifah pun berlaku khilaf penetapan tarikh awal Ramadhan apalah masalahnya jika khilaf berlaklu pada zaman ummat Islam tiada khalifah? Pemahaman yang sama boleh kita terapkan dalam memahami masalah penetapan hari Arafah ini.

Maka, kesimpuylannya, setiap tempat menetapkan hari Arafah mengiky matlaknya. Tidak perlu mengikut Arab Saudi atas dasar di sana wuquf sedang berlangsung.

Tuesday, June 20, 2023

Kedudukan anak-anak orang kafir yang mati kacil di hari akhirat kelak.

Anak-anak orang Islam yang mati kecil, ada kesepakatan kalangan ulama bahawa mereka dalam syurga sebagaimana disebutkan oleh Al-Qadhi AbuYa'la bin Al-Farra' Al-Hambali perkataan yang direkodkannya daripada Imam Ahmad bin Hambal. Hal ini telah masyhur kalangan orang Islam dan jadi pegangan umum. 

Imam An-Nawawi menyebutkan dalam Syarah Saheh Muslim (16/207):

 أَجْمَعَ مَنْ يُعْتَدّ بِهِ مِنْ عُلَمَاء الْمُسْلِمِينَ عَلَى أَنَّ مَنْ مَاتَ مِنْ أَطْفَال الْمُسْلِمِينَ فَهُوَ مِنْ أَهْل الْجَنَّة ; لِأَنَّهُ لَيْسَ مُكَلَّفًا 


Adapun yang menjadi isu adalah anak-anak ornag kafir yang mati waktu kecil. Isu ini memancing khilaf pendapat di kalangan ulama.

1) Pandangan Pertama: Mereka akan masuk syurga.

Dalil-dali yang digunakan:

a) Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk, ayat 15:

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولً


b) Firman Allah dalam Surah Al-Qosas, ayat 59:

وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَى حَتَّى يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَى إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ


c) Hadis Muttafaq alaih, riwayat Abu Hurairah:

 مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ ؛ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ ... الحديث 


d) Hadis yang panjang dalam Saheh Bukhari:


 كانَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ممَّا يُكْثِرُ أنْ يَقُولَ لأصْحابِهِ: هلْ رَأَى أحَدٌ مِنكُم مِن رُؤْيا قالَ: فَيَقُصُّ عليه مَن شاءَ اللَّهُ أنْ يَقُصَّ، وإنَّه قالَ ذاتَ غَداةٍ: إنَّه أتانِي اللَّيْلَةَ آتِيانِ، وإنَّهُما ابْتَعَثانِي، وإنَّهُما قالا لي انْطَلِقْ، وإنِّي انْطَلَقْتُ معهُما، وإنَّا أتَيْنا علَى رَجُلٍ مُضْطَجِعٍ، وإذا آخَرُ قائِمٌ عليه بصَخْرَةٍ، وإذا هو يَهْوِي بالصَّخْرَةِ لِرَأْسِهِ فَيَثْلَغُ رَأْسَهُ، فَيَتَدَهْدَهُ الحَجَرُ ها هُنا، فَيَتْبَعُ الحَجَرَ فَيَأْخُذُهُ، فلا يَرْجِعُ إلَيْهِ حتَّى يَصِحَّ رَأْسُهُ كما كانَ، ثُمَّ يَعُودُ عليه فَيَفْعَلُ به مِثْلَ ما فَعَلَ المَرَّةَ الأُولَى قالَ: قُلتُ لهما: سُبْحانَ اللَّهِ ما هذانِ؟ قالَ: قالا لِي: انْطَلِقِ انْطَلِقْ قالَ: فانْطَلَقْنا، فأتَيْنا علَى رَجُلٍ مُسْتَلْقٍ لِقَفاهُ، وإذا آخَرُ قائِمٌ عليه بكَلُّوبٍ مِن حَدِيدٍ، وإذا هو يَأْتي أحَدَ شِقَّيْ وجْهِهِ فيُشَرْشِرُ شِدْقَهُ إلى قَفاهُ، ومَنْخِرَهُ إلى قَفاهُ، وعَيْنَهُ إلى قَفاهُ، - قالَ: ورُبَّما قالَ أبو رَجاءٍ: فَيَشُقُّ - قالَ: ثُمَّ يَتَحَوَّلُ إلى الجانِبِ الآخَرِ فَيَفْعَلُ به مِثْلَ ما فَعَلَ بالجانِبِ الأوَّلِ، فَما يَفْرُغُ مِن ذلكَ الجانِبِ حتَّى يَصِحَّ ذلكَ الجانِبُ كما كانَ، ثُمَّ يَعُودُ عليه فَيَفْعَلُ مِثْلَ ما فَعَلَ المَرَّةَ الأُولَى قالَ: قُلتُ: سُبْحانَ اللَّهِ ما هذانِ؟ قالَ: قالا لِي: انْطَلِقِ انْطَلِقْ، فانْطَلَقْنا، فأتَيْنا علَى مِثْلِ التَّنُّورِ - قالَ: فأحْسِبُ أنَّه كانَ يقولُ - فإذا فيه لَغَطٌ وأَصْواتٌ قالَ: فاطَّلَعْنا فِيهِ، فإذا فيه رِجالٌ ونِساءٌ عُراةٌ، وإذا هُمْ يَأْتِيهِمْ لَهَبٌ مِن أسْفَلَ منهمْ، فإذا أتاهُمْ ذلكَ اللَّهَبُ ضَوْضَوْا قالَ: قُلتُ لهما: ما هَؤُلاءِ؟ قالَ: قالا لِي: انْطَلِقِ انْطَلِقْ قالَ: فانْطَلَقْنا، فأتَيْنا علَى نَهَرٍ - حَسِبْتُ أنَّه كانَ يقولُ - أحْمَرَ مِثْلِ الدَّمِ، وإذا في النَّهَرِ رَجُلٌ سابِحٌ يَسْبَحُ، وإذا علَى شَطِّ النَّهَرِ رَجُلٌ قدْ جَمع عِنْدَهُ حِجارَةً كَثِيرَةً، وإذا ذلكَ السَّابِحُ يَسْبَحُ ما يَسْبَحُ، ثُمَّ يَأْتي ذلكَ الذي قدْ جَمع عِنْدَهُ الحِجارَةَ، فَيَفْغَرُ له فاهُ فيُلْقِمُهُ حَجَرًا فَيَنْطَلِقُ يَسْبَحُ، ثُمَّ يَرْجِعُ إلَيْهِ كُلَّما رَجَعَ إلَيْهِ فَغَرَ له فاهُ فألْقَمَهُ حَجَرًا قالَ: قُلتُ لهما: ما هذانِ؟ قالَ: قالا لِي: انْطَلِقِ انْطَلِقْ قالَ: فانْطَلَقْنا، فأتَيْنا علَى رَجُلٍ كَرِيهِ المَرْآةِ، كَأَكْرَهِ ما أنْتَ راءٍ رَجُلًا مَرْآةً، وإذا عِنْدَهُ نارٌ يَحُشُّها ويَسْعَى حَوْلَها قالَ: قُلتُ لهما: ما هذا؟ قالَ: قالا لِي: انْطَلِقِ انْطَلِقْ، فانْطَلَقْنا، فأتَيْنا علَى رَوْضَةٍ مُعْتَمَّةٍ، فيها مِن كُلِّ لَوْنِ الرَّبِيعِ، وإذا بيْنَ ظَهْرَيِ الرَّوْضَةِ رَجُلٌ طَوِيلٌ، لا أكادُ أرَى رَأْسَهُ طُولًا في السَّماءِ، وإذا حَوْلَ الرَّجُلِ مِن أكْثَرِ وِلْدانٍ رَأَيْتُهُمْ قَطُّ قالَ: قُلتُ لهما: ما هذا ما هَؤُلاءِ؟ قالَ: قالا لِي: انْطَلِقِ انْطَلِقْ قالَ: فانْطَلَقْنا فانْتَهَيْنا إلى رَوْضَةٍ عَظِيمَةٍ، لَمْ أرَ رَوْضَةً قَطُّ أعْظَمَ مِنْها ولا أحْسَنَ قالَ: قالا لِي: ارْقَ فيها قالَ: فارْتَقَيْنا فيها، فانْتَهَيْنا إلى مَدِينَةٍ مَبْنِيَّةٍ بلَبِنِ ذَهَبٍ ولَبِنِ فِضَّةٍ، فأتَيْنا بابَ المَدِينَةِ فاسْتَفْتَحْنا فَفُتِحَ لنا فَدَخَلْناها، فَتَلَقَّانا فيها رِجالٌ شَطْرٌ مِن خَلْقِهِمْ كَأَحْسَنِ ما أنْتَ راءٍ، وشَطْرٌ كَأَقْبَحِ ما أنْتَ راءٍ قالَ: قالا لهمْ: اذْهَبُوا فَقَعُوا في ذلكَ النَّهَرِ قالَ: وإذا نَهَرٌ مُعْتَرِضٌ يَجْرِي كَأنَّ ماءَهُ المَحْضُ في البَياضِ، فَذَهَبُوا فَوَقَعُوا فِيهِ، ثُمَّ رَجَعُوا إلَيْنا قدْ ذَهَبَ ذلكَ السُّوءُ عنْهمْ، فَصارُوا في أحْسَنِ صُورَةٍ قالَ: قالا لِي: هذِه جَنَّةُ عَدْنٍ وهذاكَ مَنْزِلُكَ قالَ: فَسَما بَصَرِي صُعُدًا فإذا قَصْرٌ مِثْلُ الرَّبابَةِ البَيْضاءِ قالَ: قالا لِي: هذاكَ مَنْزِلُكَ قالَ: قُلتُ لهما: بارَكَ اللَّهُ فِيكُما ذَرانِي فأدْخُلَهُ، قالَا: أمَّا الآنَ فلا، وأَنْتَ دَاخِلَهُ قالَ: قُلتُ لهمَا: فإنِّي قدْ رَأَيْتُ مُنْذُ اللَّيْلَةِ عَجَبًا، فَما هذا الذي رَأَيْتُ؟ قالَ: قالَا لِي: أما إنَّا سَنُخْبِرُكَ، أمَّا الرَّجُلُ الأوَّلُ الذي أتَيْتَ عليه يُثْلَغُ رَأْسُهُ بالحَجَرِ، فإنَّه الرَّجُلُ يَأْخُذُ القُرْآنَ فَيَرْفُضُهُ ويَنَامُ عَنِ الصَّلَاةِ المَكْتُوبَةِ، وأَمَّا الرَّجُلُ الذي أتَيْتَ عليه، يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إلى قَفَاهُ، ومَنْخِرُهُ إلى قَفَاهُ، وعَيْنُهُ إلى قَفَاهُ، فإنَّه الرَّجُلُ يَغْدُو مِن بَيْتِهِ، فَيَكْذِبُ الكَذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ، وأَمَّا الرِّجَالُ والنِّسَاءُ العُرَاةُ الَّذِينَ في مِثْلِ بنَاءِ التَّنُّورِ، فإنَّهُمُ الزُّنَاةُ والزَّوَانِي، وأَمَّا الرَّجُلُ الذي أتَيْتَ عليه يَسْبَحُ في النَّهَرِ ويُلْقَمُ الحَجَرَ، فإنَّه آكِلُ الرِّبَا، وأَمَّا الرَّجُلُ الكَرِيهُ المَرْآةِ، الذي عِنْدَ النَّارِ يَحُشُّهَا ويَسْعَى حَوْلَهَا، فإنَّه مَالِكٌ خَازِنُ جَهَنَّمَ، وأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الذي في الرَّوْضَةِ فإنَّه إبْرَاهِيمُ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، وأَمَّا الوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ علَى الفِطْرَةِ قالَ: فَقالَ بَعْضُ المُسْلِمِينَ: يا رَسولَ اللَّهِ، وأَوْلَادُ المُشْرِكِينَ؟ فَقالَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: وأَوْلَادُ المُشْرِكِينَ، وأَمَّا القَوْمُ الَّذِينَ كَانُوا شَطْرٌ منهمْ حَسَنًا وشَطْرٌ قَبِيحًا، فإنَّهُمْ قَوْمٌ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وآخَرَ سَيِّئًا، تَجَاوَزَ اللَّهُ عنْهمْ.

الراوي : سمرة بن جندب | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري | الصفحة أو الرقم : 7047 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Mafhumnya:

( Hanya diterjemahkan bahagian yang bewarna biru dalam teks hadis yang menyebutkan bahawa anak-anak orang musyrikin disebutkan mati di atas fitrah)

Lihat terjemahan lengkapnya di: Islam.nu.or

Lalu anak-anak yang ada di sekitarnya adalah anak-anak yang meninggal dalam keadaan masih suci (belum balig). Termasuk di dalamnya anak-anak kaum musyrikin. Sementara kaum yang separuh tampan dan separuh jelek, mereka adalah yang suka mencampuradukkan amal saleh dan amal buruk. Namun kemudian Allah mengampuni mereka’.” 


e) Hadis yang diriwayatkan oleh Hasnaa bt Mu'awiyah daripada bani Suraim, katanya: Pakcikku telah meneritakan bahawa dia telah bertanya kepada Rasulullah SAW:

 يَا رَسُولَ اللَّهِ ‏، ‏مَنْ فِي الْجَنَّةِ ؟ قَالَ : النَّبِيُّ فِي الْجَنَّةِ ، وَالشَّهِيدُ فِي الْجَنَّةِ ، وَالْمَوْلُودُ ، وَالْوَلِيدَةُ .

(Dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Daud. Ibn Hajar menyebutkan dalam Fathul bari bahawa sanadnya Hasan dan Albani mensahehkannya dalam Saheh Sunan Abu Daud)


2) Pendapat Kedua: Mereka masuk neraka bersama ibu bapa mereka.

Dalil-dali bagi pandangan ini ialah:

a) Firman Allah dalam Surah Nuh, ayat 26:

رَبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الْأَرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا  

b) Hadis:

عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ أَنَّهَا سَأَلَتْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَوْلَاد الْمُسْلِمِينَ : أَيْنَ هُمْ ؟ قَالَ : فِي الْجَنَّة , وَسَأَلَتْهُ عَنْ أَوْلَاد الْمُشْرِكِينَ أَيْنَ هُمْ يَوْم الْقِيَامَة ؟ قَالَ فِي النَّار , فَقُلْت : لَمْ يُدْرِكُوا الْأَعْمَال , وَلَمْ تَجْرِ عَلَيْهِمْ الْأَقْلَام ؟ قَالَ : رَبّك أَعْلَم بِمَا كَانُوا عَامِلِينَ , وَاَلَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ , لَوْ شِئْت أَسْمَعْتُك تَضَاغِيهمْ فِي النَّار " .
رواه أبو داود الطيالسي (1576) ، وأحمد (6/208) مختصرا .

قال الحافظ ابن حجر في الفتح (3/290) : وهو حديث ضعيف جدا لأن في إسناده أبا عقيل مولى بهية وهو متروك .


c) Hadis:

 ‏عَنْ ‏‏سَلَمَةَ بْنِ يَزِيدَ الْجُعْفِيِّ ‏‏قَالَ ‏: انْطَلَقْتُ أَنَا وَأَخِي إِلَى رَسُولِ اللَّهِ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏، ‏قَالَ : قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ أُمَّنَا ‏ ‏مُلَيْكَةَ ‏كَانَتْ تَصِلُ ‏الرَّحِمَ ‏ ، ‏وَتَقْرِي ‏الضَّيْفَ ، وَتَفْعَلُ وَتَفْعَلُ هَلَكَتْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَهَلْ ذَلِكَ نَافِعُهَا شَيْئًا ؟ قَالَ : لَا ، قَالَ : قُلْنَا : فَإِنَّهَا كَانَتْ ‏وَأَدَتْ ‏أُخْتًا لَنَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَهَلْ ذَلِكَ نَافِعُهَا شَيْئًا ؟ قَالَ :‏‏ الْوَائِدَةُ ‏وَالْمَوْءُودَةُ ‏فِي النَّارِ ؛ إِلَّا أَنْ تُدْرِكَ ‏الْوَائِدَةُ ‏الْإِسْلَامَ فَيَعْفُوَ اللَّهُ عَنْهَا .

رواه أحمد (3/478) .
وهذا من الأحاديث التي ألزم الدار قطني فيها البخاري ومسلم بإخراجها (الالزمات والتتبع ص99) .
وصححه العلامة الألباني في المشكاة (1/39ح112) .



3) Pendapat Ketiga: Tawaqquf (Yakni serah urusannya kepada Allah SWT)

Qaul ini disandarkan kepada Hamamd bin Salamah dan Hammad bin Zaid. Demikian juga , ianya adalah Qaul Abdullah bin Al-Mubarak sebagaimana yang dinukilkan oleh Al-Baihaqi dalam Al-I'tiqad


4) Pendapat Keempat: Mereka berada di antara syurga dan neraka (A'raf)


5) Pendapat Kelima: Anak-anak orang kafir jadi Khadam kepada ahli syurga.

Pandangan ini disebutkan oleh Ibn Qayyim dalam "Ahkam Ahli Zimmah"(2/1127) dan ia disandarkan kepada Salman.


6) Pendapat Keenam: Mereka mengikut hukum ibu bapa mereka di dunia.

Jika ibu bapa mereka mati sebagai kafir maka nerakalah, kerana ibu bapa mereka adalah ahli neraka. Soal mati sebagai kafir atau mukmin ini, Allah sahaja yang tahu. Kita hanya melihat kepada yang zahir. Hakikatnya mungkin berbeza dengan yang zahir. Seorang yang mati kelihatan seornag Islam, tetapi hakikatnya mungkin seorang kafir kerana dia munafiq atau rosak akidahnya. Maka ornag sebegini, jika ada anak kecil yang mati, maka kedudukan anak itu di akhirat mengikut hukum bapanya di dunia. Yakni, hakikatnya dia mati sebagai apa?


7) Pendapat Ketujuh: Mereka akan diuji di dataran Mahsyar.




TANBIH:

Ada sebuah hadis dalam Saheh Muslim yang perlu difahami dalam mencerahkan pemahaman dalam persoalan ini. 

Hadisnya adalah seperti berikut:


دُعِيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ إلى جِنَازَةِ صَبِيٍّ مِنَ الأنْصَارِ، فَقُلتُ: يا رَسُولَ اللهِ، طُوبَى لِهذا؛ عُصْفُورٌ مِن عَصَافِيرِ الجَنَّةِ، لَمْ يَعْمَلِ السُّوءَ وَلَمْ يُدْرِكْهُ، قالَ: أَوَغيرَ ذلكَ؟ يا عَائِشَةُ، إنَّ اللَّهَ خَلَقَ لِلْجَنَّةِ أَهْلًا، خَلَقَهُمْ لَهَا وَهُمْ في أَصْلَابِ آبَائِهِمْ، وَخَلَقَ لِلنَّارِ أَهْلًا، خَلَقَهُمْ لَهَا وَهُمْ في أَصْلَابِ آبَائِهِمْ.
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2662 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]


Hadis ini memberikan kefahaman bahawa:

a) Kanak-kanak yang mati kecil perlu disolatkan jenazahnya.

b) Tidak boleh menetapkan syurga dan neraka secara "ta'yin" kerana ia adalah hal ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT.

c) Anak-anak yang mati kecil mengikut agama bapanya.

d) Ada kanak-kanak yang mati kecil itu, bapa nampak zahir Islam tetapi munafiq, maka tidak boleh ditentukan anak-anak itu ahli syurga kerana tidak diketahui kesudahan akhirat bapanya. (Ulasan fatwa Bin Baz). Anak-anak yang mati kecil mengikut ibu bapanya. Jika ibu bapanya Islam, mereka dalam syurga. Jika kafir, mereka akan diuji pada hari akhirat sebagaimana disebutkan dalam Hadis Imtihan. 

Kerana ini ada perkataan nabi SAW  yang berbunyi:

الله أعلم بما كانوا عاملين .

Rujuk laman: Said.net



Monday, June 19, 2023

Tafa-ul dan Tasya-um.

 Tafa'ul adalahkalimah yang baik yang didengari oleh seseornag.  Maksudnya ini dinayatakan dalam hadis nabi SAW:

(لا طِيَرَةَ، وخَيْرُها الفَأْلُ. قالوا: وما الفَأْلُ؟ قالَ: الكَلِمَةُ الصَّالِحَةُ يَسْمَعُها أحَدُكُمْ)


Tafa-ul dengan nama yang elok:

Apabila orang Quraisy menghantarkan Suhail bin Amru kepada nabi SAW untuk membincnagkan perjanjian Hudaibiyah, nabi SAW telah bertafa'ul dengan nama Suhail bin Amrul dengan sabdanya:

لقد سَهُل لكم من أمركم

Dikatakan bahawa isteri Imran telah menamakan anaknya dengan MARYAM kerana bertafa-ul dengan nama itu kerana Maryam dalam bahasanya bermaksud "abidah" . Maka maryam menjadi seorang ahli ibadat.

Bila anda pergi hospital, lalu anda jumpa seorang yang bernama Salim. Maka ketika itu anda bertafa-ul dengan namanya bahawa orang yang anda akan lawati dihospital itu akan sihat.

Demikian, jika kita lihat ada nama klinik "Klinik Syifa", Ia adalah satu bentuk tafa-ul dengan nama kerana Syifa ertinya kesembuhan. Sesuailah dinamakan nama klinik. 

Nabi SAW bila tiba di Yathrib, ditukar namanya kepada Thibah. Ini kerana Yathrib membawa maksud dicela dan dikutuk. Ia adalah nama yang buruk. Menukarkan nama kepada Thibah  adalah satu bentuk tafa-ul dengan nama yang elok kerana Thibah bererti BAIK.


Sabda Nabi SAW  mengenai keburukan Tasya'um yang membatalkan peluang masuk Syurga tanpa Hisab:


 يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي سَبْعُونَ أَلْفًا بِغَيْرِ حِسَابٍ لا يَرْقُونَ ، وَلا يَسْتَرْقُونَ ، وَلا يَكْتَوُونَ ، وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ


Wednesday, June 14, 2023

Dakwaan kapal Nabi Nuh dibuat dariapda kayu kokka tidak berasas

Demikianlah, permainan mengaut keuntungan yang dijalankan oleh orang-orang yang menunggang agama. Dakwaan bahawa kapal nabi Nuh A.S dibina dengan pokok kokka dibuat oleh para peniaga kayu yang memproduksi daripadanya pelbagai bahan. Ada yang buat tasbih, tongkat, sarung senjata dan sebagainya. Ditambah pula khasiat-khasiat perubatan yang diceritakan tentang kayu kokka. Tidak ada nas  dalam teks Turas Islam  untuk mengaitkan kayu kokka dengan kapal nabi Nuh. Tidak juga terkait dengan tongkat nabi Musa A.s.

Bahkan, bagi sesiapa yang meneliti dengan cermat kita-kitab tafsir, akan menemui riwayat yang diriwayatkan bahawa kapal nabi Nuh A.S dibuat dari kayu Saj. Saj dalam bahasa Inggeris disebutkan "teak wood". 

Baca: https://sunshinemobilya.com/ar/%D9%85%D8%A7-%D9%87%D9%88-%D8%AE%D8%B4%D8%A8-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D8%A7%D8%AC-teak-wood-%D8%9F




Kalau dalam bahasa melayu namanya kayu Jati.

Boleh rujuk Tafsir Al-Qurtubi  ketika menafsirkan ayat 38 Surah Hud:

﴿وَيَصْنَعُ الْفُلْكَ وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ مَلَأٌ مِنْ قَوْمِهِ سَخِرُوا مِنْهُ قَالَ إِنْ تَسْخَرُوا مِنَّا فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنْكُمْ كَمَا تَسْخَرُونَ﴾


Maka disebutkan dalam tafsir Al-Qurtubi:

واختلفوا في طولها وعرضها ; فعن ابن عباس - رضي الله عنهما - ( كان طولها ثلاثمائة ذراع ، وعرضها خمسون ، وسمكها ثلاثون ذراعا ; وكانت من خشب الساج



Monday, June 12, 2023

Bicara tentang Bani Tamim

Bani Tamim merupakan satu kabilah besar di antara kabilah-kabilah Arab. Ia dinisbahkan kepada Tamim bin Murr bin Idd bin Tobikhah bin Ilyas bin Madhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan

Salasilah Tamim ini bertemu dengan salasilah datuk yang ke-16 bagi nabi SAW iaitu Ilyas bin Madhar.

Ilyas bin Madhar itu, anak-anaknya ialah:

1) Mudrikah-jalur Kaum Quraisy yang melahirkan nabi Muhammad SAW.
2)Tobikhah-jalur Bani Tamim
3) Qum'ah
4)Umrah bt Ilyas
5) Da'ad bt Ilyas

Tamim bin Murr adalah seorang pemimpin di Kota Makkah pada zamannya. Dia menjaga Urusan Sadanah Ka'bah(menjaga hal ehwal berkaitan kaabah). Dia hidup antara zaman Sulaiman  dan Isa A.S. Dalam kitab Akhbar Makkah (jil 5 Ms 151) oleh Al-Fakihi, disebutkan:

ان البيت في تميم فلما مات صارت الرئاسة إلى ابنه عمرو بن تميم، ثم صارت إلى أسيد بن عمرو بن تميم

Tamim mengikut agama nabi Ibrahim. Ketika Tamin telah mencapai usia lanjut, dia telah bertemu dengan Isa A.S dan beriman dengannya.

Dalam Hadis yang Muttafaq Alaihm dari Abu Hurairah disebutkan:


لاَ أَزَالُ أُحِبّ بَنِي تَمِيمٍ مِنْ ثَلاَثٍ. سَمِعْتُهُنّ مِنْ رَسُولِ اللّهِ صلى الله عليه وسلم: سَمِعْتُ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: "هُمْ أَشَدّ أُمّتِي عَلَىَ الدّجّالِ" قَالَ: وَجَاءَتْ صَدَقَاتُهُمْ فَقَالَ النّبِيّ صلى الله عليه وسلم: "هَذِهِ صَدَقَاتُ قَوْمِنَا" قَالَ: وَكَانَتْ سَبِيّةٌ مِنْهُمْ عِنْدَ عَائِشَةَ. فَقَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم: أَعْتِقِيهَا فَإِنّهَا مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ


Dalam hadis ini Nabi SAW menyebutkan 3 perkara yang menyebabkan Bani Tamim menjadi kabilah yang dicintai oleh perawinya iaitu Abu Hurairah iaitu:

1) Bani Tamim paling kuat menantang agenda dajal.
-dalam beberapa riwayat  disebutkan bahawa dalam perang-perang akhir zaman(Malahim) , mereka adalah tunggaknya dan pihak yang paling banyak menghadapi cobaan dan getirnya perang.
-Ini melatakkan bani Tamim sebagai pemilik kepada Panji Hitam yang menjadi pendokong Imam Mahdi.
- Dalam hadis riwayat Ahmad disebutkan sabda nabi SAW:

لا تقل لبني تميم إلا خيرًا؛ فإنهم أطول الناس رماحًا على الدجال


2) Nabi SAW menisbahkan Bani Tamim sebagai salah satu kaum yang sama dengan nabi. Bila datang harta zakat dari Bani Tamin ke Madinah, nabi SAW menyifatkan ia zakat dari kaum baginda. Ini kerana keturunan Nabi SAW dengan Bani Tamim bertemu pada Ilyas bin Mudhor iaitu datuk nabi SAW yang ke-16


3) Keturunan Bani Tamim disifatkan sebagai dari anak-anak nabi Ismail. Nabi SAW mengatakan kepada Aisyah isterinya agar memerdekakan seorang tawanan perang perempuan yang diperolehinya kerana tawanan itu adalah daripada Bani Tamim dan mereka disifatkan sebagai kalangan anak-anak Ismail.

Selain itu bebrapa kelebihan lain Bani Tamim adalah:

4) Bani Tamim kuat berpegang dengan sunnah nabi SAW.

5) Bahasa Arab mereka paling fasih.

6) Wanita Bani Tamim terkenal dengan jatidirinya.(isolah)


Dalam hadis riwayat Tabrani dalam Al-Ausat disebutkan pujian nabi SAW ke atas Bani Tamim dengan sabdanya:

ثبت الأقدام، رجح الأحلام، عظماء الهام، أشد الناس على الدجال في آخر الزمان، هضبة حمراء لا يضرها من ناوأها





Tokoh Muslih Saudi Arabia yang delebelkan sebagai pengasas Wahabiyyah, Muhammad bin Abdul Wahab adalah seorang yang berketurunan Bani Tamim.

Kalau masih ingat, dulu Abuya Asha'ari Muhamamd, pengasas Al-Arqam, pernah mendakwa dirinya pemuda Bani Tamim!

Ada ustaz di Malaysia cuba mengangkat definisi gharib tentang makna TAMIM dengan memaksudkannya sebagai Bangsa Melayu kerana Ta itu bermaksud Tanah dan Mim itu adalah Melayu! Ada-ada sahaja cerita bagi mereka yang suka berdongeng atas nama agama. Bani Tamim itu telah pun dikenali pada zaman nabi SAW. Telah ada rombongan daripada Bani Tamim yang datang bertemu Rasulullah SAW dan masuk Islam. Hadis-hadis yang menyebutkan tentang Bani Tamim berawal daripada Asbabul Wurud yang telah maklum dan ianya berkait dengan kabilah Bani Tamim  sebagai satu sulalah kabilah Arab. Ia bukan satu yang majhul dan hanya diketahui kemudiannya seperti hal menafisrkannya dengan Tanah Melayu.

Saking pekatnya semangat asobiyyah kemelayuan yang sedang berjangkit, maka Bani Tamim pun ditafsirkan sedemikian.




HADIS MENGENAI UWAIS AL-QARNI

 




Contoh dan model wali Allah menurut kacamata Islam adalah seperti watak Uwais Al-Qarni. Dia adalah seorang yang hidu sezaman dengan rasulullah SAW tetapi tidak sempat bertemu dengan Rasulullah SAW. Dia sempat bertemu dengan para sahabat nabi. Maka dia namakan Kibar Tabi'in.

Imam Az-Zahabai menyebut tentangnya dalam Siyar A'lam (4/19):

 القدوة الزاهد ، سيد التابعين في زمانه ، كان من أولياء الله المتقين ، ومن عباده المخلصين

"Contoh ikutan dan seorang yang zuud, penghulu golongan tabi;in pada zamannya, seornag wali Allah yang soleh dan hamba Allah yang ikhlas".



Diriwayat dalam Sunan At-Tirmizi, hadis riwayat Abdullah bin Abi LA-Jad'aa bahawa nabi SAW telah bersabda:

ليدخُلَنَّ الجنة بشفاعة رجل من أمتي أكثر من بني تميم 

"Ada sekumpulan dari kalangan ummatku yang akan masuk syurga lebih ramai daripada bani Tamim kerana syafaat seornag lelaki".

Lelaki yang dimaksudkan dalam hadis ini dikatakan samada Uthman bin Affan atau Uwais Al-Qarni.


Baca: Islamqa


Saturday, June 10, 2023

Burung yang dicincang datang berlari, bukan terbang!

Memahami makna "sa'ya": 


Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 260:


وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖ قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ ۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَٰكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي ۖ قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا ۚ وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati". Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kalimah Sa'ya membawa erti berjalan dengan  laju dan cepat.


قال القرطبي: " السعي: المشي بسرعة وخفة


Hikmah kenapa burung itu digambar Allah datang kepada nabi Ibrahim dalam keadaan berjalan dengan laju dan bukan terbang adalah untuk menunjukkan bahawa burung yang datang itu adalah burung yang dicincang. Kalau terbang, mungkin burung lain. Atau, kalau terbang, mungkin disangka tiada kakinya. Kakinya tak tercantum. Bila datang berjalan, nampaklah kembalinya burng itu hidup sempurna.


Baca: Khutabaa

Friday, June 9, 2023

Hubungan antara jin dan manusia.

Manusia telah dipilih oleh Allah untuk jadi khalifah di muka bumi. Namun, sebelum manusia diciptakan, Allah telah menciptakan jin. Dalam alam musyahadah manusia hidup dan beraktiviti. tetapi, jin pula berada di alam sebalik mata. Alam mastur. Alam mahjub. Dan boleh juga disebut alam ghaib.

Kerana perbezaan tersebut, manusia menajdi makhkluk Allah yang berdepan dengan cabaran diperkotak katikkan oleh jin. Kerana jin tak dapat dilihat oleh manusia sedangkan  jin pula melihat manusia, maka manusia boleh dipermainkan oleh jin. Hanya, kerana Allah berikan manusia benteng keimanan, maka angkara murka jin ke atas manusia dapat dibataskan.

Renungkan firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am, ayat 128:


ويوم يحشرهم جميعا يا معشر الجن قد استكثرتم من الإنس وقال أولياؤهم من الإنس ربنا استمتع بعضنا ببعض وبلغنا أجلنا الذي أجلت لنا قال النار مثواكم خالدين فيها إلا ما شاء الله إن ربك حكيم عليم 

Dan (ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpunkan mereka semuanya (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia", lalu berkatalah kawan-kawan meraka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Para mufassirin menjelaskan maksud istimta' yang dinikmati oleh manusia dan jin. Bagi manusia, mereka mendapat istimta' daripada jin dalam bentik perlindungan dan pembelaan daripada jin. Manakala jin pula mendapat istimta' daripada manusia dalam bentuk rasa bangga, sombing dan siyadah atas manusia. 

Namun, sebenarnya bukan itu sahaja kadar istimta' yang dinikmati oleh kedua-dua pihak, jin dan manusia itu. Ada bentuuk istimta' yang lebih lebar dan lebih luas . Ia adalah seperti berikut:

1) Rasa seronak jin apabila dapat merosakkan dan menyesatkan manusia. 

2) Keseronakan jin apabila disembah oleh manusia

3) Keseronakan jin bila dapat menyakiti dan buat aniaya atas mansia. Umpamanya merasuk, membuat sakit, terkena sihir, ikut serta dalam makan dan jimak dan mengintip aurat manusia.

Rujuk: Islamweb




Wednesday, June 7, 2023

Hadis: Tambahan bacaan dalam iktidal

 عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ الزُّرَقِيِّ، قَالَ: " كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ "، قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ: رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ، قَالَ:  مَنِ المُتَكَلِّمُ  قَالَ: أَنَا، قَالَ:  رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ 

وقد روى البخاري (799) 


Bacaan: Islamqa, Islamonline


Hadis di atas bukan menajdi dalil bahawa penambahan bacaan dalam ibadat dibenarkan. ia hanya penambahan lafaz pujian dan tidak boleh difahami penambahan baru.Pemahaman sesetengah pihak yang mengizinkan penambahan zikir-zikir yang tidak warid daripada nabi SAW berdasarkan peristiwa dalam hadis ini dan yang seumpamanya adalah tidak benar. Apa yang perlu difahami dengan jelas bahawa bacaan yang dilakukan oelh sahabat atau apa-apa amalan yang mereka lakukan, apabila datang endorsement dari Rasulullah SAW, akan menjadi sunnah menerusi jalan TAQRIR. Adapun penambahan uang dibuat setelah Rasulullah wafat dan tidak mendapat TAQRIR dari Rasul, maka ia akan berlegar dalam ruang bid'ah dalam agama yang dicela.

Sahabat Rifa'ah bin Rafi'  yang mengucapkan kata-kata tersebut lalu diakui oleh Rasulullah SAW , maka ia menjadi sunnah. Ibn Hajar dalam Fathul Bari menyebutkan bahawa solat yang berlaku kejadian yang sepertimana dalam hadis adalah solat Maghrib. Maka, ia adalah solat fardhu.

Nabi menyatakan fadhilat yang berupa ghaibiyyat iaitu lebih 30 malaikat berebut menulis pahalanya. Fadhilat sedemikian hanya boleh datang dari Rasul dan ia adalah khabar yang meyakinkan. Adapun jika seseorang yang mengkhabat fadhilat ghaibiyyat berdasarkan kasyafnya, mimpinya atau apa sahaja sahaja jalan seumpamanya, maka ia tidak menduduki tempat sahehul khabar. 

Namun, hadis-hadis yang lain yang menyebutkan bacaan tambahan semasa iktidal diriwayatkan daripada Rasulullah SA melalui jalan yang juga saheh, maka ia lebih layak dan utama diamalkan. 

Lihat hadis-hadis ini:


روى مسلم (476) عَنِ ابْنِ أَبِي أَوْفَى، قَالَ: " كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا رَفَعَ ظَهْرَهُ مِنَ الرُّكُوعِ، قَالَ:  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، اللهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، مِلْءُ السَّمَاوَاتِ، وَمِلْءُ الْأَرْضِ وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ

وروى مسلم (476) عَبْدَ اللهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى، يُحَدِّثُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ:  اللهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ مِلْءُ السَّمَاءِ، وَمِلْءُ الْأَرْضِ، وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ، اللهُمَّ طَهِّرْنِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَالْمَاءِ الْبَارِدِ اللهُمَّ طَهِّرْنِي مِنَ الذُّنُوبِ وَالْخَطَايَا، كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْوَسَخِ 

وروى مسلم (477) عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ: "كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ قَالَ:  رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ، أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ، وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ: اللهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

وروى مسلم (478) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: " أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ، قَالَ:  اللهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءُ الْأَرْضِ، وَمَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ، أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ






Hadis:70 Malaikat penat menulis pahala 1000 hari.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


مَنْ قَالَ: جَزَى اللَّهُ عَنَّا مُحَمَّدًا بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ، أَتْعَبَ سَبْعِينَ كَاتِبًا أَلْفَ صَبَاحٍ


Sesiapa yang berkata: Allah memberika ganjaran kepada nabi Muhammad SAW apa yang selayaknya buatnya, maka 70 malaikat akan berpenat menulis pahalanya selama seribu pagi.

Ibn Hajar Al-Haithami dalam Majma' Az-Zawaid ada menyebutkan hadis ini.

Hadis di atas disebutkan oleh Imam At-tabrani dalam Al-Kabir dan Al-Ausat dan ia merupakan hadis yang daif. Statusnya adalah MUNKAR.

فى هذا الشأن أشار الدكتور مختار مرزوق_العميد السابق لكلية أصول الدين بجامعة الأزهر_إلى ذكر بعض أهل العلم بأن هذا الحديث رواه الطبراني في "المعجم الأوسط" (235) ، وفي "المعجم الكبير" (11509) ، وأبو نعيم في "الحلية" (3/206) ، وإسماعيل الأصبهاني في "الترغيب والترهيب" (2/331) ، والخلعي في "الفوائد المنتقاة" (2/153) ، والخطيب في "تاريخه" (9/295) كلهم من طريق هَانِئ بْن الْمُتَوَكِّلِ قَالَ: نا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ قَالَ: جَزَى اللَّهُ عَنَّا مُحَمَّدًا بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ، أَتْعَبَ سَبْعِينَ كَاتِبًا أَلْفَ صَبَاحٍ ) .
Sumber: Goumharia

Rujuk: Dorar , Islamqa

Kemelampauan dalam mempercayai karamah wali

1)Berlebihan dalam memuji mereka dan membangunkan kubur-kubur mereka.

Mulanya sikap berlebihan-lebihan dalam memuji para wali ini menjadi makanan ornag Syiah, kemudian ia menjadi feel yang dicontohi oleh golongan Sufi.

Siapa yang mengamati apa yang berlaku dalam sejarah pemerintahan Fatimiyyah di bumi Mesir selama ratusan tahun itu, akan menemui hakikat dakwaan ini. Sepanjang mereka memerintah, berapa banyak masyahid ( kubur berhias) yang telah mereka bangunkan!?

Semasa daulah Islam Abbasiyyah dan sebelumnya dalam fasa kuat, tiada kubur yang dibangunkan. Namun, bila kerajaan Ababsiyyah melemah mulai dari zaman Al-Muqtadir, muncul pula di sana sini para zindiq yang memakai jubah ulama dan Islam, maka bermula zaman di mana kubur-kubur orang soleh dibangunkan.

Kubur Saidina Ali yang ada di Najaf, sejak bila ia terkenal? Ali meninggal tahun 40 H.Selepas itu ummat Islam diperintah oleh Khilafah Bani Umayyah dan seterusnya Ababsiyyah. Orang tidak pernah menyebut kubur Ali di Najaf. Tidak pernah orang melakukan ziarah ke kuburnya. namun, bila di Mesir terbangun Fatimiyyah Syiah dan di ibu kota Abbasiyyah Syiah Buwaihiyyah berkuasa, baru timbul cerita kubur Ali di Najaf. Inilah contoh dan hujjah bahawa pembuat sunnah membangunkan kubur ini adalah golongan Syiah. 

Sayang sekali, golongan Sufi menghirup racun itu dan kemudian mengikut sunnah dan tradis Syiah yang rosak dan menyongsang sunnah nabi SAW!

Rujuk: Shamela, Islamway

 5) Wali tahu siapa yang buat maksiat

Ada diceritakan bahawa ada wali yang dapat memncium bau maksiat. Dalam kitab Jami' Karamatul Auliya, Jil 1 MS 327 disebutkan bahawa ada seorang wali yang bernama Syeikh Ahmad An-Najati, dia diberikan Allah karamah dapat mengetahui perbuatan maksiat yang dilakukan seseorang. Bila dia jumpa si pelaku maksiat, dia akan meludahinya.

Bukankah perbuatan maksiat yang dilakukan seseorang itu kita perlu sembunyikan?. Kalau ingin mengubahnya, bukan dengan cara membongkar maksiatnya, bahkan hendaklah menasihatinya. Apa lagi meludahi si pelaku maksiat. Adab dan tasawwuf Islam jauh daripada perlakuan seperti yang diceritakan mengenai Syeikh Ahmad An-Najati ini!

Ibn Ataillah As-Sakandari  meriwayatkan perkataan Abdul Wahab As-Sya'rani dalam Lataif Al-Minan MS 689 menyebutkan tentang dirinya yang mampu mencium bau maksiat ahli tariqat dan juga bau amal soleh ahli tariqat. Dia juga menyebutkan bahawa gurunya Ali Al-Khawwas, apabila melihat kepada air sisa wuduk seseorang, dia tahu apa dosa yang telah gugur bersamanya dan siapa tuannya.(Lihat : Lataif Al-Minan MS 50)

Disebutkan dalam Jami' Karamatul Auliya, Jil 1 MS 267 seorang murid kepada Syeikh Abu Bakar bin Isa menceritakan tentang gurunya itu. Apabila dia dibelakang gurunya, gurunya boleh tahu apa yang dilakukannya. Jika dia buat perkara baik, gurunya akan menerima dengan gembira dan jika dia buat benda sia-sia, gurunya akan menunjukkan reaksi sebaliknya.



Siapa wali Allah?

 Satu ketika, seorang teman berkata kepadaku.

"Jom , hari ini kita pergi ziarah wali Allah!",

Seorang yang dikatakan orang sebagai wali Allah, tinggal di kampung antah berantah. Namanya siyanu. Aku menyahut ajakannya dan pergi. Ramai juga orang datang ke rumahnya, mendengar kalamnya. Namun, bila masuk waktu, sang wali Allah itu seperti tidak berhenti daripada menabur madah katanya. Sedangkan para muridin pun terus khusyuk mengutip mutiara katanya. Aku sendirian yang gelisah. Asar sudah makin senja. Aku ajak kawanku pulang. Kami minta diri.

" Inikah wali Allah?" tempelakku sewaktu dalam perjalanan balik dari rumah orang yang dikatakan wali Allah itu.

Sebenarnya , ramai kalangan orang Islam yang salah faham konsep wali Allah. Jika ada seorang yang mengalunkan zikir-zikir khusus , ada wirid yang diijazahkan, tasbih melengkar dilehernya, orang berdatangan mencium tangannya, boleh pula memetik kalam daripada kitab futuhat dan fusus, menghuraikan seni akidah wehdatul wujud, itulah Wali Allah. Bahkan, ada yang menganggap wali Allah seorang yang berjalan ke sana ke mari tidak berkaki ayam dengan pakaian yang comot dan kotor. Mereka mengatakan si fulan itu ada rahsia dengan Allah. Tambahan kalau ada hal Khawariqul 'Adah yang berlaku atasnya. Hatta, ada orang yang gila diangkat jadi wali Allah. Lalu diberi nama Majzub!

Di sisi orang yang karam dalam memahami maksud wali Allah sebegini tidak akan sekali-kali melihat satu orang yang rajin dan istiqamah solat berjemaah di masjid sebagai wali Allah. Tidaklah, pada mereka, seorang hartawan yang banyak menderma dan infaq untuk ummat dan agama itu wali Allah. Bukanjuga seoang mujahid yang berjuang di medan jihad itu wali Allah!. Haiha...

Itulah rumusan para sufahaa ahlam yang acap kali berlaku.

Siapa sebenarnya wali Allah?

Untuk jawab pertanyaan ini, kita memang wajib kembali kepada Quran dan hadis. Apa kata kedua-dua sumber ini. Kita tidak mahu tersilap. Wali Syaitan dikata wali Allah! Alangkah malang dan rugi kalau sampai demikian yang terjadi.

Allah menyebutkan dalam Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ} [المائدة:51]،


{إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ} [المائدة:55]،


{أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ . الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ} [يونس:62-63]،



Bacaan: Islamway

Bagaimanalah orang gila boleh dianggap wali oleh kalangan pengembang tasawwuf. Ada dalam buku-buku rujukan para sufi, ada banyak kisah orang gila yang dianggap wali. Sebut sahaja namanya. Al-Bahlul, Abu Ali Al-Ma'tuh, Ibn Al-Qusob Al-Majnun, As-Syibli, Umar Al-Majzub dan Ibrahim Al-'Iryan. Itulah sebahagian nama ornag gila yang diangkat sebagai wali Allah. Kalau mereka orang gila, mereka adalah bukan mukallaf. Bagaimana orang bukan mukallaf jadi wali? Kalau demikian, orang kafir pun boleh jadi wali. Haiwan-haiwan ternak pun boleh jadi wali, sebab semua itu tidak mukallaf. Kanak-kanak yang mumayyiz lebih mulia daripada mereka!

Ke mana hendak dibawa kita dengan adanya fikrah wali majzub ini? Tidakkah pernah anda melihat ada orang hindu menyembah lembu kerana menganggap lembu itu haiwan muqaddas? Apa sebab yang mendorong para paganis menyembah pokok kayu? Adakah mereka suka-suka menyembah pokok kayu tanpa menyakini benda yang tidak berakal dan tidak mukallaf itu mempunyai keistimewaan yang khusus? Apa beza dengan kelompok yang mewalikan orang-orang gila?

Bacaan yang lebih berat: Islamhouse

Tuesday, June 6, 2023

Mazhab Ta'wil dan tafwidh

 Baca pendahuluan: al-eman.com


Ada dua madrasah yang menajdi tumpuan tulisan ini iaitu:

1) Madrasah Ibn Taimiyyah

2) Madrasah Imam Al-Ghazali

Kedua-dua madrasah ini menunjuk jalan yang berbeza dalam memahami ayat-ayat sifat yakni ayat-ayat menyebutkan sifat Allah SWT yang bertembung dengan sifat makhluk.


Membangunkan kubur bukan amalan Islam.

Nas-nas Hadis menjelaskan larangan kubur dibanguinkan. Pun begitu, di seluruh dunia Islam, ada kubur yang dibangunkan. Pelakunya bukan sebarang orang. Ada kalangan mereka dikatakan wali, ulama dan ada penguasa Muslim yang berjasa. Kenapa ini berlaku? 

Amalan membangunkan kubur dan menjadikannya masjid dipertahankan oleh mereka yang so called Ulama. Bahkan ditambah pula sebagai titisan silsilah nabi Muhammad SAW. 

Apakah susah sangat hendak menadaptasikan perintah nabi SAW tanpa takwilan-takwilan yang memenangkan kelompok? Susahkah hendak mensucikan tauhid dari anasir yang mengelirukannya? Mengapa ada itu dan ini. 

Nabi tak benarkan kubur dijadikan masjid! Khalas!. Masjid adalah masjid dan kubur adalah kubur! Khalas!

Kubur tempat simpan orang mati dan masjid tempat menyimpan ornag hidup!Khalas!


Padahal ada hadis jelas melarangnya:


لا تجعلوا بيوتكم مقابر، ولا تجعلوا قبري عيداً، وصلّوا عليّ؛ فإن صلاتكم تبلغني حيث كنتم -أخرجه الإمام أحمد، [2/367]

Nabi juga bersabda menerusi doanya:


اللهم لا تجعل قبري وثناً يُعبد، لعن الله قوماً اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد
(أخرجه الإمام أحمد بن حنبل [2/246]، وصححه الألباني في تحذير الساجد من اتخاذ القبور مساجد، [ص:25]).


عن علي رضي الله عنه أنه قال لأبي الهياج: "ألا أبعثك على ما بعثني عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم: أن لا تدع تمثالاً إلا طمسته، ولا قبراً مشرفاً إلا سوّيته

(أخرجه مسلم في الجنائز، باب الأمر بتسوية القبور، وأبو داود والترمذي والنسائي).


Sesiapa yang mengamati sejarah kemunculan kubur-kubur yang dibangunkan (masyahid) ini, akan melihat angkara siapa ia. Kubur-kubur yang dibangunkan di Iraq dan Iran hari ini, siapa pencetusnya? Siapa yang bangunkan kubur saidina Ali di Najaf,  Iraq?Siapa? 

Dulu, kerajaan Abbasiyyah berada pada fasa yang lemah dan lemas. Yang memegang ubun-ubunnya pernah satu kerajaan yang dinamakan Kerajaan Buwaihiyyah. Akidah dan amalan kerajaan ini adalah Syiah. Dalam wilayah kekuasaannya, Qaramitah, Batiniyyah, menjadi semak subur yang meliar.


Baca: Islamway



Kubur-kubur yang dibangunkan masjid atasnya

 Lihatlah di negara Mesir, negara yang Syiah pernah berkuasa. Syiah Ismailiyyah. Menubuhkan kerajaan yang bernama Fatimiyyah. Berapa banyak kubur-kubur orang mulia yang di bangunkan maqam dan dijadikan tempat orang berziarah. Ziarah yang menimbulkan musykil tentang tujuannya. Apakah ia ziarah yang nabi SAW suruh atauy ziarah sebagai ziarah penganut-penganut agama selain Islam?

Kalaulah Makkah dan Madinah tidak dikuasai Muhammad bin Abdul Wahab yang ditohmahkan sebagai pengasas ajaran Wahabi yang disesatkan setengah pihak, jadilah dua kota mulia umat Islam itu berceracak dengan kubur-kubur yang dimaqamkan sebagaimana di Mesir, Iraq, Iran, Pakistan, Maghribi dan bahkan Indonesia dan Malaysia. 

Di Mesir, ada beberapa kubur yang ditasyidkan. Berikut adalah yang paling masyhur di anataranya:

1) Masjid Al-Husain. Di dalamnya di semadikan kepala Saidina Hussain yang sebelumnya dikebumikan di Askalon. Atas perintah Khalifah Fatimiyyah, ia dipindahkan ke Mesir kerana ketika itu tanah Palastin dirampas oleh tentera Salibi.

2) Masjid Sayyidah Zainab

3) Masjid Sayyidah Nafisah

4) Masjid Al-Ahmadi yang di dalamnya kubur  Sayyid Al-Badawi di Tanta.

5) Masjid Sayyidah A'ishah- Iaitu Aisyah binti Jaafar bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin

6) Masjid Sayyidah Sakinah. Dia adalah Aminah bt Hussain bin Ali bin Abi Talib

7) Masjid Al-Mursi Abu Al-Abbas

8) Masjid Abu Al-Hajjaj Al-Aqsari


Semua masjid yang dibina bermula dari wujudnya kubur orang soleh seperti di atas adalah tabiat kaum Syiah. Ia kemudiannya mempengaruhi aliran sufi dan akhirnya bertapak dalam kalangan Sunni melalui pintu aliran kesufian. Jika disemak dan diteliti satu persatu, tokoh-tokoh yang dibangunkan masjid atas kubur mereka itu, ada kaitan dengan semangat dan hamasah Syiah. 

La haula wala Quwwata illa billah!


Rujuk bacaan: Shorouknews

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...