Dalam tulisan ringkas ini saya menegaskan bahawa bahawa hari Arafah dihukumkan mengikut matlak masing-masing. Tak perlu ikut Makkah. Tak perlu sama dengan Arab Saudi.
Ada 4 hujjah yang saya akan bawakan untuk menguatkan perkataan ini:
1) Ada negara dalam dunia ini yang harinya tak akan serentak dengan Arab Saudi.Negera itu berselisih 12 jam. Umpamanya negeri Irian Jaya. Bagaimana orang Islam di negeri tersebut hendak puasa pada hari di mana wuquf sedang berlangsung di Arafah?
Jika orang Islam di negeri itu hendak menyamai hari Arafah di Makkah, ia tidak akan sama. Ketika Makkah sedang wuquf pada 9 Zulhijjah, di sebelah Irian Jaya sana sedang berada pada malam hari hari yang lain.
2) Perlu di tanya orang Islam zaman dahulu puasa Arafah ikut Arab Saudi kah? Macam mana mereka tahu kalau hari itu sedang wuquf di Arafah sedangkan negera mereka jauh dari Kota Makkah? Di Morocco misalnya, mereka puasa hari Arafah macam mana? Adakah sampai kepada mereka berita berlakunya wuquf di Arafah pada hari sekian-sekian? Permasalahan tidak sama dengan hari Arafah di Makkah hanya muncul pada zaman kini. Zaman di mana dunia menjadi sebuah perkampungan yang dekat satu sama lain. Seketika berlaku di sebelah barat, di sebelah Timur sudah diketahui orang.
Pada zaman dahulu keadaan itu tidak terjadi. namun orang berpuasa hari Arafah. Justeri, apa sandaran mereka? Mustahil mereka berpandukan hari Arafah di Kota Makkah sebab khabar wuquf tidak sampai kepada mereka serte merta. Maka, sudah tentu mereka berpandukan tarikh 9 Zulhijjah berdasarkan ru'yah yang mereka lakukan.
3) Pensyariatan puasa Arafah itu bila? Nabi SAW melakukan haji hanya pada tahun ke-10 H. Sebelum itu, nabi tak pernah puasa puasa Arafah kah? Di Arafah ada wuqufkan sebelum tahun ke 9H dimana Abu Bakar memimpin rombongan haji ke Makkah? Kalau ada wuquf, adakah orang Islam berwuquf? Jadi , puas aarafah nabi SAW ikut wuquf atau ikut tarikh 9 Zulhijjah?
4) Hadis riwayat Muslim dalam Sahehnya:
رواه مسلم في صحيحه من حديث كريب مولى ابن عباس أن أم الفضل بنت الحارث بعثته في حاجة إلى معاوية بالشام، قال: فقدمت الشام فقضيت حاجتها واستهل علي رمضان وأنا بالشام، فرأيت الهلال ليلة الجمعة، ثم قدمت المدينة في آخر الشهر فسألني عبد الله بن عباس ثم ذكر الهلال فقال متى رأيتم الهلال؟ فقلت رأيناه ليلة الجمعة. فقال: أنت رأيته؟ فقلت: نعم ورآه الناس وصاموا وصام معاوية فقال: لكنا رأيناه ليلة السبت فلا نزال نصوم حتى نكمل ثلاثين أو نراه، فقلت فلا تكتفي برؤية معاوية وصيامه؟ فقال: لا هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم
Jika pada zaman Mu'awiyah sebagai khalifah pun berlaku khilaf penetapan tarikh awal Ramadhan apalah masalahnya jika khilaf berlaklu pada zaman ummat Islam tiada khalifah? Pemahaman yang sama boleh kita terapkan dalam memahami masalah penetapan hari Arafah ini.
Maka, kesimpuylannya, setiap tempat menetapkan hari Arafah mengiky matlaknya. Tidak perlu mengikut Arab Saudi atas dasar di sana wuquf sedang berlangsung.
No comments:
Post a Comment