Friday, June 2, 2023

MUKASYAFAH TIDAK TERJAMIN BENAR

Istilah Mukasyafah adalah antara istilah yang berlegar di kalangan agli tasawwuf. Para wali Allah diberikan mukasyafah sebagai karamah buat mereka. Beberapa hal yang tergolong dalam hal-hal ghaib dibukakan buat mereka. Hal ini berlalu ke atas para sahabat dan tokoh-tokoh berikutnya. Hatta, jadi syiar ketinggian maqam seseorang salik itu apabila dia mendapat mukasyafah. Ada yang menjalani latihan-latihan kesufiannya untuk mendapat mukasyafah tersebut.


Namun, bagaimana berhadapan dengan mukasyafah ini? Bagaimana kalau mukasyafah itu muncul  pada seseorang dalam bentuk yang menyalahi Al-Quran dan Hadis? Apakah mukasyafah itu masih boleh diterima? Apakaha ia masih layak dinamakan mukasyafah atau sebaliknya hanya sejenis wahyu syaitoniyyah?

Berkaitan masalah ini, telah dinaqalkan perkatan Abu Hasan As-Syazili (meninggal : 622H):

إذا عارض كشفُك الكتابَ والسنة فتمسَّك بالكتاب والسنة، ودعِ الكشف، وقل لنفسك: إنّ الله تعالى قد ضمِن لي العصمةَ في الكتاب والسنة، ولم يضمنها لي في جانب الكشف ولا الإلهام ولا المشاهدة

" Apabila berlawanan kasyafmu dengan Kitab dan Sunnah, maka hendaklah kamu berpegang dengan apa yanga da dalam Kitab dan Sunnah. Tinggalkan kasyafmu dan bisikan buat dirimu bahawa Allah SWT telah menjamin 'Ismah terhadap Kitab dan Sunnah tetapi tidak menjamin 'Ismah terhadap kasyaf, ilham dan Musyahadah".

(Rujuk At-Tobaqatul Kubra oleh As-Sya'rani MS 2 Jil 4)


Terdapat nukilan-nukilan tokoh Sufi yang mengikat Quran dan Sunnah dengan ilmu kasyaf. Pun begitu, realitinya, ada pertentangan antara penegasan itu dengan pernyataan mereka dalam menjelaskan jalan ahli syariat dan jalan ahli hakikat. Hal tersebut wujud dalam banyak tempat dalam kitab-kitab kaum sufi seperti kitab Al-Futuhat Al-makkiyyah dan Al-Fusus oleh Ibn 'Arabi At-To-i.

Hatta, kasyaf dilihat sebagai sumber ambilan utama ilmu para ahli Sufi ( Masdar At-Talaqqi) yang menyamai sumber yang disepakati ulama iaitu Al-Quran dan Hadis.

Para ulama muktabar kalangan Ahli Sunnah tidak menolak kewujudan kasyaf. Namun kasyaf yang mereka fahami berbeza dengan kasyaf yang difahami oleh kaum Sufi.

Perbezaannya adalah dari sudut konsep dan juga kehujahannya dalam agama.

KASYAF diertikan oleh ramai orang dari sudut istilahnya sebagai teangkat hijab dan menggapa mussyahadah sehingga terlihat oleh mata hal-hal ghaib dan hakikat sesuatu perkara.

Di bawah KASYAF ada jenis-jenisnya iaitu:
  1. lham
  2. Dakwaan yaqazoh dengan nabi Muhammad SAW
  3. Dakwaan bertemu dengan nabi Khidir.
  4. Mimpi-mimpi yang disebut sebagai Ar-Ru'ya As-Sodiqah.
  5. Firasat
  6. Hawatif-Dengar suara-suara ghaib.
  7. Israk dan Mikraj Rohani
Dakwaan Yaqozoh banyak dibuat oleh tokoh-tokoh Sufi atau yang cenderung kepada kesufian. Kerana banyak tokoh besar mendakwanya, ramai yang mengambil pendekatan selamat tidak menafikan Imkaniyyah Yaqozaoh. Namun, penjelasan Ust Noor Derus menganainya agak menarik. Beliau meletakkan Yaqozoh itu adalah fenomena yang berlaku disebabkan Microsleep.  Orang yang mendakwa yaqozoh mengalami vivid dream disebabkan latihan-latihan kerohanian yang menekan fizikalnya. Kurang tidur, lapar, gelap dan bersendirian adalah aktiviti yang dilihat sebagai latihan kerohanian tetapi ia memberi efek kepada minda dan ia membawa kepada mimpi yang dianggap sebagai kasyaf.

Lihat Video:




Baca: http://saaid.org




Perbezaan antara pemahaman Ulama Sunnah dengan Tokoh Sufi dalam memahami Kasyaf:

1) Kasyaf kesufian dipengaruhi oleh Falsafah Gnosticisme

2) Kehujahan Kasyaf : Di kalangan ulama Sunnah ia bukan hujjah tetapi kalangan Sufi ia menjadi hujjah.

3) Di kalangan ulama Sunnah, kasyaf bukan hujjah berkembar dengan Quran dan hadis tetapi hujjah yang tersendiri dan hanya menjadi penenang hati di kala ia sejajar dengan Quran dan Hadis.

4) Kasyaf dan Kewalian tidak talazum.

5) Dakwaan sufi tentang kasyaf tidak dipasakkan dengan dalil yang saheh.

6) Jalan kasyaf di kalangan Sufi adalah amalan bid'ah yang tidak bersandarkan syariat seperti melaparkan diri, khulwat, tinggalkan manusia, hidup gaya kerahiban dan kependetaan.










No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...