Bani Tamim merupakan satu kabilah besar di antara kabilah-kabilah Arab. Ia dinisbahkan kepada Tamim bin Murr bin Idd bin Tobikhah bin Ilyas bin Madhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.
Salasilah Tamim ini bertemu dengan salasilah datuk yang ke-16 bagi nabi SAW iaitu Ilyas bin Madhar.
Ilyas bin Madhar itu, anak-anaknya ialah:
1) Mudrikah-jalur Kaum Quraisy yang melahirkan nabi Muhammad SAW.
2)Tobikhah-jalur Bani Tamim
3) Qum'ah
4)Umrah bt Ilyas
5) Da'ad bt Ilyas
Tamim bin Murr adalah seorang pemimpin di Kota Makkah pada zamannya. Dia menjaga Urusan Sadanah Ka'bah(menjaga hal ehwal berkaitan kaabah). Dia hidup antara zaman Sulaiman dan Isa A.S. Dalam kitab Akhbar Makkah (jil 5 Ms 151) oleh Al-Fakihi, disebutkan:
ان البيت في تميم فلما مات صارت الرئاسة إلى ابنه عمرو بن تميم، ثم صارت إلى أسيد بن عمرو بن تميم
Tamim mengikut agama nabi Ibrahim. Ketika Tamin telah mencapai usia lanjut, dia telah bertemu dengan Isa A.S dan beriman dengannya.
Dalam Hadis yang Muttafaq Alaihm dari Abu Hurairah disebutkan:
لاَ أَزَالُ أُحِبّ بَنِي تَمِيمٍ مِنْ ثَلاَثٍ. سَمِعْتُهُنّ مِنْ رَسُولِ اللّهِ صلى الله عليه وسلم: سَمِعْتُ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: "هُمْ أَشَدّ أُمّتِي عَلَىَ الدّجّالِ" قَالَ: وَجَاءَتْ صَدَقَاتُهُمْ فَقَالَ النّبِيّ صلى الله عليه وسلم: "هَذِهِ صَدَقَاتُ قَوْمِنَا" قَالَ: وَكَانَتْ سَبِيّةٌ مِنْهُمْ عِنْدَ عَائِشَةَ. فَقَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم: أَعْتِقِيهَا فَإِنّهَا مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ
Dalam hadis ini Nabi SAW menyebutkan 3 perkara yang menyebabkan Bani Tamim menjadi kabilah yang dicintai oleh perawinya iaitu Abu Hurairah iaitu:
1) Bani Tamim paling kuat menantang agenda dajal.
-dalam beberapa riwayat disebutkan bahawa dalam perang-perang akhir zaman(Malahim) , mereka adalah tunggaknya dan pihak yang paling banyak menghadapi cobaan dan getirnya perang.
-Ini melatakkan bani Tamim sebagai pemilik kepada Panji Hitam yang menjadi pendokong Imam Mahdi.
- Dalam hadis riwayat Ahmad disebutkan sabda nabi SAW:
لا تقل لبني تميم إلا خيرًا؛ فإنهم أطول الناس رماحًا على الدجال
2) Nabi SAW menisbahkan Bani Tamim sebagai salah satu kaum yang sama dengan nabi. Bila datang harta zakat dari Bani Tamin ke Madinah, nabi SAW menyifatkan ia zakat dari kaum baginda. Ini kerana keturunan Nabi SAW dengan Bani Tamim bertemu pada Ilyas bin Mudhor iaitu datuk nabi SAW yang ke-16
3) Keturunan Bani Tamim disifatkan sebagai dari anak-anak nabi Ismail. Nabi SAW mengatakan kepada Aisyah isterinya agar memerdekakan seorang tawanan perang perempuan yang diperolehinya kerana tawanan itu adalah daripada Bani Tamim dan mereka disifatkan sebagai kalangan anak-anak Ismail.
Selain itu bebrapa kelebihan lain Bani Tamim adalah:
4) Bani Tamim kuat berpegang dengan sunnah nabi SAW.
5) Bahasa Arab mereka paling fasih.
6) Wanita Bani Tamim terkenal dengan jatidirinya.(isolah)
Dalam hadis riwayat Tabrani dalam Al-Ausat disebutkan pujian nabi SAW ke atas Bani Tamim dengan sabdanya:
ثبت الأقدام، رجح الأحلام، عظماء الهام، أشد الناس على الدجال في آخر الزمان، هضبة حمراء لا يضرها من ناوأها
Tokoh Muslih Saudi Arabia yang delebelkan sebagai pengasas Wahabiyyah, Muhammad bin Abdul Wahab adalah seorang yang berketurunan Bani Tamim.
Kalau masih ingat, dulu Abuya Asha'ari Muhamamd, pengasas Al-Arqam, pernah mendakwa dirinya pemuda Bani Tamim!
Ada ustaz di Malaysia cuba mengangkat definisi gharib tentang makna TAMIM dengan memaksudkannya sebagai Bangsa Melayu kerana Ta itu bermaksud Tanah dan Mim itu adalah Melayu! Ada-ada sahaja cerita bagi mereka yang suka berdongeng atas nama agama. Bani Tamim itu telah pun dikenali pada zaman nabi SAW. Telah ada rombongan daripada Bani Tamim yang datang bertemu Rasulullah SAW dan masuk Islam. Hadis-hadis yang menyebutkan tentang Bani Tamim berawal daripada Asbabul Wurud yang telah maklum dan ianya berkait dengan kabilah Bani Tamim sebagai satu sulalah kabilah Arab. Ia bukan satu yang majhul dan hanya diketahui kemudiannya seperti hal menafisrkannya dengan Tanah Melayu.
Saking pekatnya semangat asobiyyah kemelayuan yang sedang berjangkit, maka Bani Tamim pun ditafsirkan sedemikian.
No comments:
Post a Comment