Kalangan Syiah mengkafirkan para sahabat nabi SAW. Hanya sedikit yang selamat daripada dihukumkan sebagai kafir oleh golongan Syiah.
Antara hujah mereka dalam mengkafirkan sahabat nabi SAW adalah riwayat-riwayat dalam sumber Ahli Sunnah sendiri yang menyebutkan perkataan melebelkan dengan gelaran kafir, nifaq dan fasik kepada sesama sahabat.
Itu men urut mereka, menunjukkan bahawa sahabat menajdi kafir bukanlah mumtani' bahkan boleh berlaku.
Saidina Umar Al-Khattab pernah menuduh sahabat nabi yang lain sebagai Munafiq dan berkata (mengenai sahabat nabi yang lain bernama Hatib bin Abi Balta'ah):
دعني يا رسول الله أضرب عنق هذا المنافق
Namun, Rasulullah membalas kata Umar dengan sabdanya:
إنه قد شهد بدرا، وما يدريك لعل الله اطلع على أهل بدر فقال اعملوا ما شئتم فقد غفرت لكم
Ibn Umar pernah berkata:
صلاة السفر ركعتان ، من خالف السنة كفر
" Solat masa musafir itu dua rakaat, siapa menyalahi sunnah sesungguhnya dia telah kafir!".
(Ibn Humaid meriwatakannya dalam musnadnya. Ibn Abdul Bar menukilkannya dalam Jami' Bayanil Al-'Ilmi.)
Apakah anda akan mengatakan bahawa Ibn Umar, sahabat Nabi SAW yang mulia lagi banyak ilmu itu seorang TAKFIRI?
Sesungguhnya perkataan Ibn Umar ini hendaklah ditakwilkan. Dia bukan bermaksud bahawa sesiapa yang tidak solat qasar semasa musafir menjadi kafir, keluar dari Islam. Perkataannya itu adalah dalam rangka Taghliz dan Tasydid. Dalam seni sastera Bahasa Melayu disebut hipabola. Ia adalah satu perkataan yang diungkapkan secara melampau untuk membesarkannya. kafir yang dimaksudkannya adalah kafir dari sudut kafir amali, iaitu perbuatan yang menunjukkan pengingkara terhadap sunnah nabi SAW. Kafir dengan nikmat rukhsoh yang dikurniakan Allah SWT. (Rujuk Syarah Al-Ibanah oleh Syeikh Ar-Rajihi)
Boleh juga difahami bahawa Ibn Umar mengkafirkan orang yang menolak \Slat Qosar yang telah disunnahkan itu juga menafikan pensyariatannya sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran:
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنْ الصَّلاةِ
[النساء: 101]
Sesiapa yang menolak satu ayat atau hukum Al-Quran bermakna dia kufur dengan ayat Allah dan layak dipanggil kafir dalam erti terkeluar dari Islam.
Demikian kita mengadaptasikan konsep mentakwilkan perkataan para ulama agar kita tidak terburu-buru menghukum mereka disebabkan perkataan mereka yang kita salah fahami.
Ingat! PERKATAAN ULAMA. Bukan perkataan orang yang cuma mengulamakan dirinya sedangkan dia tergolong kalangan JUHALA.
No comments:
Post a Comment