Tuesday, July 4, 2023

ISU-ISU DAN POLIMIK TAUHID TIGA

  1. Tauhid Rububiyyah itu bukanlah pembahagian yang dirintis oleh Ibn Taimiyyah  sebagaimana dakwaan sesetengah kalangan yang menyifatkan mereka yang membahagiankan Tauhid kepada 3 itu adalah golongan Taimiyyun
  2. Pembahagian Tauihid kepada Uluhiyyah, Rububuiyyah dan Asma' Was Sifat telah pun ditemui dalam kalam salaf seperti warad dalam kitab mereka seperti Ibn Jarir At-Tobari, Imam Abu Hanifah dll.
  3. Adalah melampau sesiapa yang menyamakan pembahagian Tauhid kepada 3 sebagai persamaan dengan akidah trinity yang ada pada Kristian.
  4. Pernayaan bahawa orang kafir percaya dengan Tauhid Rububiyyah adalah secara umum dan bukan bermakna bahawa tiada kelompongan dalam Tauhid Rububiyyah di kalangan ornag kafir.
  5. Adalah dakui bahawa Firuan mengakui dirinya sebagai Tuhan dan itu melanggar Tauhid RUbubiyyah, namunnya sebab dia melakukan hal tersebut adalah kerana kesombongan dan meninggi diri.
  6. Adalah diakui juga bahaw aorang Majusi percaya kepada Tuhan Cahaya dan Tuhan gelap. Tuhan Cayaha mencipta cahaya dan Tuhan Gelap mencipta kegelapan. Ini juga menyalahi ketauhidan dalam aspek rububuyyah. Namun, ornag Majusi percaya bahawa Tuhan Cahaya lebih utama daripada Tuhan kegelapan.
  7. Demikian pula golongan Aties/mulhid yang tidak pecaya wujudnya Tuhan, mereka sekaligus tidak bertauhid dengan Rububiyyah kerana menafikan adalah Tuhan yang maha mencipta, memberi arzeki dan menghidupakn serta mematikan, itu adalah keengkaran terhadap Tauhid Rububiyyah.
  8. Justeru, pernyaatan bahaw aKaum Musyrikin di Zaman nabi SAW bertauhid dalam aspek Rububiyyah adalah pernyataan umum dan ianya dibuktikan dengan dalil-dalil Quran. Namun, jika didetailkan , tentu tauhid rububiyyah mereka tidak sempurna.
  9. Kafir Musyrikin zaman nabi SAW percaya Allah menciptakan makhluk tetapi mereka tidak beriman dengan kebangkitan. Maka itu kecacatan dalam Tauhid Rububiyyah.
  10. Golongan yang mempersoalkan Istilah Tauhid Rububiuyyah ini menjadikan alasan takfir sebagai punca penolakan.
  11. Ini kerana, kalangan yang meminta pertolongan kepada selain Allah dalam doa mereka (dalam bentuk tawassul dan istighasah) dipersoalkan 


Sebuah perbualan:

Isteriku menceritakan bagamiana Takfir berlaku dalam parti PAS ke atas orang-orang UMNO sehingga dalam peristiwa Memali, para pejuang PAS yang diketui oleh Ust Ibrahim (Libya) yang gugur dianggap syahid dan ditanam tanpa dimandikan dan disolatkan sebagaimana layaknya orang yang mati syahid.. Tindakan itu membawa justifikasi bahawa yang membunuh mereka adalah kumpulan kafir harbi. Itu didakwa bermula daripada fatwa TG Haji Hadi dalam amanatnya di ceramah di Banggol Pradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.. 

Saya mengingatkan bahawa Hj Hadi tidaklah mengkafirkan orang UMNO dalam amanat yang disebarkan itu. Ia adalah masalah penafsiran oleh tok-tok guru PAS di pondok-pondok pengajian dan lebai-lebai serta penceramah Pas di ceruk rantau negeri hingga ke kampung-kampung. Merekalah yang menterjemahkan secara berani dan melampau dari amanat Hj Hadi itu sehingga menghukumkan tidak sah sembelihan orang UMNO, tidak sah berimamkan imam UMNO dan pelbagai salah sangka lagi. Dari Mulut TG Haji Hadi sendiri, tiada bukti takfir secara ta'yin. Kalau ada salah Hj Hadi, ianya kerana dia tidak bangkit membetulkan tafsiran salah itu semasa sedang hangat dan panas.

Implikasi yang dikaitkan dengan amanat Hj. Hadi itu adalah terbit daripada penafsiran. Demikian halnya dalam masalah Tauhid Tiga itu. Konsep Tauhid 3 itu tidak bertentangan dengan syarak. Ia bukan bid'ah Ibn Taimiyyah. Bukan salah orang seperti Muhammad bin Abdul Wahab yang menjadikan dakwahnya berteraskan Tauhid 3. Apa yang salah adalah budaya takfiri yang menjangkit dan dianuti oleh kalangan yang kurang cermat dan gelojoh.

Maka. dituduh Ibn Taimiyyah itu seorang takfiri. Muhammad bin Abdul Wahab seorang takfiri. Hatta. para pendakwah sunnah digelembongkan dalam istilah takfiri. 

Sesungguhnya Takfiri itui bukan terkait dengan aliran. Ia adalah pemikiran yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Sebahagian dari lontaran kafir itu perlu dilayani dengan takwilan seumpama takfiran yang berlaku sesama sahabat dan ulama sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...