Ini menurut kepercayaan dalam Ajaran Syiah. Sebelum munculnya Imam yang ke-12 yang dinamakan mereka sebagai Al-Qaim, iaitu Muhammad bin Hasan Askari yang ghaib dalam Sirdab di Samanraa, Iraq, akan terjadi 5 perkara. 5 Perakara itu ialah:
1) Al-Yamani
2) As- Sufyani
-Riwayat Syiah menyebutkan bahawa Sufyani itu adalah dari keturunan Abu Sufyan dan kemunculannya adalah di Syam dan lebih tepat lagi di tempat bernama Wadi Yabis (Lembah Kontang)
-Ada riwayat menyebutkan bahaw anamanya adalah Uthman bin 'Ambathah.
-Riwayat dalam sumber Sunnah menyebutkan:
روى أبو هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( يخرج رجل يقال له السفياني في عمق دمشق ، وعامة من يتبعه من كلب ، فيقتل حتى يبقر بطون النساء ويقتل الصبيان ، فتجمع لهم قيس فيقتلها حتى لا يمنع ذنب تلعة ، ويخرج رجل من أهل بيتي في الحرة فيبلغ السفياني فيبعث إليه جنداً من جنده فيهزمهم ، فيسير إليه السفياني بمن معه ، حتى إذا صار ببيداء من الأرض خسف بهم ، فلا ينجو منهم إلا المخبر عنهم )
Mustadrak Al-Hakim
3) As-Soihah
-Menurut kepercayaan Syiah. Soihah (jeritan/gempita dari langit) itu ada dua kali.
-Kali Pertama adalah Soihah Jibrail yang memaklumkan kemunculan Al-Qaim. Ianya gempita dari langit.
-Kali Kedua adalah Soihah Iblis yang cuba mengelirukan ke atas Soihah Jibrail. Ianya gempita dari bumi.
-Sumber Syiah menyebutkan bahawa 2 bulan selepas kemunculan Sufyani, dan 5 bulan sebelum kemunculan Al-Qaim, terjadilah Soihah Jibrail.
-Riwayat Syiah yang disandarkan kepada Muhammad Al-Baqir menyebutkan secara spesifik bahawa gempita tersebut terjadi pada malam Jumaat di bulan Ramadhan dan pada malam ke-23 Ramadhan.Lalu, mejelang siangnya kedengaranlah gempita Iblis yang cuba mengelirukan gempita Jibrail. Gempita Jibrailmenyebutkan dalamnya nama Al-Qaim , tetapi gempita Iblis menyatakan bahawa si fulan telah dibunuh dengan zalim.
4) Terbunuhnya An-Nafsu Az-Zakiyyah
-Peristiwa ini berlaku pada zaman Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur. An-Nafsu Az-Zakiyyah adalah Muhammad bin Abdullah bin Hasan 2 bin Hasan 1 bin Ali bin Abi Talib. Ia terjadi dalam peperangan yang dinamakan Perang Al-Fakh.
-Menurut Syiah, terbunuhnya An-Nafsu Az-Zakiyyah itu disebutkan dalam riwayat yang disandarkan perkataan Jaafar As-Sodiq:
ليس بين قيام قائم آل محمد وبين قتل النّفس الزكية إلاّ خمسة عشر ليلة
Baca: https://attawarikh-almukhtarat.blogspot.com/2023/05/peperangan-al-fakh.html
5) Khasaf( jerlus ) ke dalam bumi di Baidaa.
No comments:
Post a Comment