Namanya adadalah Abdullah bin Lahi'ah bin Uqbah bin Far'an bin Rabi'ah bin Tsauban Al-Hadrami. Kunyahnya adalah Abu Abdurrahman Al-Misri dan pernah menjwat jawatan Qadhi Mesir.
Beliau merupakan seorang yang Tsiqah dalam agamanya , namun dalam hafalannya adalah seorang yang lemah.
Nama ini sering ditemui dalam sanad hadis dan apabila ditemui namanya dalam sanad hadis, maka hadis itu dihukumkan daif.
Ibn Hajar dalam Tobaqat Al-Mudallisin mnyebutkan bahawa Abdullah bin Lahi'ah Al-Hadhrami yang merupakan Qadhi bagi negeri Mesir pada hayatnya adalah seornag yang telah berlaku ikhtilat pada akhir hidupnya dan banyak manakir
Ibn Hibban mengatakan dia seorang yang soleh namun seorang mudallis.
Dia mengalami kelupaan selepas kitabnya terbakar pada tahun 170H.
Kata Ruh bin Solah: Ibn Lahi'ah telah bertemu dengan 72 orang tabi'in.
Imam Al-Laith lebih tua daripadanya 2 tahun. Keika meninggalnya Ibn Lahi'ah, Imam Al-laith berkata: Tiadalah ditinggal orang yang setanding dengannya!
No comments:
Post a Comment