Friday, October 27, 2023

Majunya Baitul Maqdis dan runtuhnya Kota Madinah.

Di kala konflik Israel-Hamas kembali memanas, kalangan para mimbariyyin dalam masyarakat Islam pun kembali mengingatkan hadis-hadis akhir zaman. Antara hadis yang kembali memicu perhatian kita ialah hadis mengenai penaklukan Baitul Maqdis sebagai awal kepada keruntuhan kota Madinah.

Hadis disebutkan dalam Sunan Abu Daud dan Musnad Imam Ahmad dan merupakan riwayat sahabat Nabi Mu'az bin Jabal.

عُمْرانُ بيتِ المقدسِ خرابُ يَثْرِبَ، وخرابُ يَثْرِبَ خروجُ المَلحَمَةِ، وخُروجُ المَلْحَمةِ فَتْحُ القُسْطَنْطينيَّةِ، وفَتْحُ القُسْطَنْطينيَّةِ خروجُ الدَّجَّالِ، ثمَّ ضرَب بيدِه على فخِذِ الَّذي حدَّثه أو مَنْكِبَيْهِ، ثمَّ قال: إنَّ هذا الحقُّ كما أنَّكَ ها هنا.

Bila Baitul Maqdis menjadi makmur, itulah tandanya Madinah akan runtuh. Bila Madinah runtuh, maka ketika itu berlakulah perang besar. Bila perang besar, akan menyusul kemudiannya pembukaan Qostantiniah. Bila Qastaniniah dibuka, keluarlah Dajjal. Kemudian Nabi SAW menepuk paha Muaz bin Jabal sambil bersabda: Sesungguhnya perkara ini pasti terjadi seperti hakikat kamu sednag dudduk di sini.
( Hadis Saheh) 

Apakah yang dimaksudkan dengan " Umran Baitul Maqdis" dalam hadis tersebut?

Umran maksudnya makmur. Manusia ramai, perniagaan dan kesenangan harta yang melimpah terjadi. Itulah maksud Umran Baitul Maqdis. Maka, Nabi SAW menyebutkan bahawa baitul Maqdis akan mengalami masa-masa kemakmuran.

Satu kefahaman mengenainya ialah khilafah akan ditegakkan di sana. Ia difahami dari sebuah hadis dalam Sunan Abu Daud, diriwayatkan oleh Abdullah bin Hawwalah Al-Azdi. Beliau berkata:


 بعثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم لنغنم على أقدامنا فرجعنا ، فلم نغنم شيئا ، وعرف الجهد في وجوهنا ، فقام فينا فقال: (اللهم لا تكلهم إليّ فأضعف عنهم ، ولا تكلهم إلى أنفسهم فيعجزوا عنها ، ولا تكلهم إلى الناس فيستأثروا عليهم) ثم وضع يده على رأسي أو قال: على هامتي ، ثم قال: (يا ابن حوالة ، إذا رأيت الخلافة قد نزلت أرض المقدسة فقد دنت الزلازل والبلابل والأمور العظام ، والساعة يومئذ أقرب من الناس من يدي هذه من رأس


" Rasulullah SAW telah mengutuskan kami untuk kami dalam satu siri peperangan kecil dengan berjalan kaki. Lalu, kami pulang ke Madinah tanpa memenangi mendapat sebarang ghanimah. Baginda menlihat keletihan pada wajah-wajah kami. Lalu baginda bangun dan bersabda: Ya Allah , janganlah Kau beratkan mereka kepadaku, lalui aku rasa lemah terhadap mereka. Dan janganlan Kau berat mereka terhadap diri mereka sendiri lalu mereka rasa lemah terhadapnya. Dan janganlah kau jadikan mereka bergantung kepada manusia lalu ornag ramai mementingkan diri mereka di atas mereka.

Kemudian nabi SAW meletakkan tangannya di atas kepalaku dan bersabda: Wahai Ibn Hawwalah, apabila engkau melihat khilafah telah berdiri di bumi Al-Quds, maka ketika itu telah hampirlah gempa dan dukalara serta perkara-perkara besar. Hari kiamat pada hari itu lebih dekat dengan manusia berbanding tanganku ini dengan kepalamu".

(Hadis ini disahehkan menurut penilaian Albani)


Maka, dari hadis di atas, bolehlah dikaitkan bahawa maksud dibangunkan Baitul Maqdis adalah munculnya atau berdirinya khilafah di sana.

Kemusykilan mungkin timbul dalam benak orang yang berfikir.  Bukankan pada masa Dajjal keluar, kota Madinah masih berdiri? Ini berdasarkan hadis nabi SAW yang diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

ليس من بلد إلا سيطؤه الدجال إلا مكة والمدينة ليس له من نقابها نقب إلا عليه الملائكة صافين يحرسونها ثم ترجف المدينة بأهلها ثلاث رجفات فيخرج الله كل كافر ومنافق
Tiada satu negeri pun selamat daripada dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-duanya tidak dapat ditembusi dajal kerana para malaikat berbasir mengawalnya. Maka di Madinah berlaku gempa 3 kali yang menyebabkan keluar daripadanya semua orang kafir dan munafiq.

Maka, bagaimana pula disebutkan dalam hadis terdahulu bahawa runtuhnya kota Madinan itu berlaku dahulu sebelum dajjal keluar?

Memahami hal ini, Ibn Kathir ada menyebutkan padangannya dalam Al-Bidayah Wan Nihayah. Katanya, keruntuhan Madinah yang disebutkan itu bukanlah keruntuhan total. Kota Madinah masih ada dan dihuni. Hanya, warga terbaiknya telah keluar dan Madinah menjadi kota terbiar. Dalam Kitab Qissatul Hayat oleh Abdullah bin Abdullah As-Su'aidi, beliau menyebutkan bahawa selepas tegaknya Khilafah di Baitul Maqdis, orang ramai meninggalkan Kota Madinah sehingga burung-burung datang memakan kurmanya yang masak dan serigala menggeru di tiang-tiang masjid hinggalah ke membarnya. Keadaan itu berlangsung selama 40 tahun. 

Dalam riwayat Umar bin Syabbah dalam kitabnya Tarikh Al-Madinah, disebutkan riwayat dengan sanadnya sehingga Abu Hurairah: Kata Abu Hurairah:

لَيَخْرُجَنَّ أَهْلُ الْمَدِينَةِ مِنَ الْمَدِينَةِ خَيْرَ مَا كَانَتْ، نِصْفًا زَهْوًا، وَنِصْفًا رُطَبًا. قِيلَ: مَنْ يُخْرِجُهُمْ مِنْهَا يَا أَبَا هُرَيْرَةَ؟ قَالَ: أُمَرَاءُ السُّوءِ.

Penduduk terbaik Kota Madinah akan keluar meninggalkan Madinah. Sebahagiannya dengan sombong dan sebahagiannya dalam keadaan bsah???

Rujuk syarah:hadisthprophet



Rujuk: Dorar.net




Wednesday, October 25, 2023

Fitnah Ahlas, As-Sarra' dan Duhaima'

 عن عبد الله بن عمر يقول: 

كُنَّا قُعُودًا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ فَذَكَرَ الْفِتَنَ فَأَكْثَرَ فِي ذِكْرِهَا حَتَّى ذَكَرَ فِتْنَةَ الْأَحْلَاسِ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا فِتْنَةُ الْأَحْلَاسِ قَالَ هِيَ هَرَبٌ وَحَرْبٌ ثُمَّ فِتْنَةُ السَّرَّاءِ دَخَنُهَا مِنْ تَحْتِ قَدَمَيْ رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يَزْعُمُ أَنَّهُ مِنِّي وَلَيْسَ مِنِّي وَإِنَّمَا أَوْلِيَائِي الْمُتَّقُونَ ثُمَّ يَصْطَلِحُ النَّاسُ عَلَى رَجُلٍ كَوَرِكٍ عَلَى ضِلَعٍ ثُمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْمَاءِ لَا تَدَعُ أَحَدًا مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ إِلَّا لَطَمَتْهُ لَطْمَةً فَإِذَا قِيلَ انْقَضَتْ تَمَادَتْ يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا حَتَّى يَصِيرَ النَّاسُ إِلَى فُسْطَاطَيْنِ فُسْطَاطِ إِيمَانٍ لَا نِفَاقَ فِيهِ وَفُسْطَاطِ نِفَاقٍ لَا إِيمَانَ فِيهِ فَإِذَا كَانَ ذَاكُمْ فَانْتَظِرُوا الدَّجَّالَ مِنْ يَوْمِهِ أَوْ مِنْ غَدِهِ.

(Terjemahan tidak disediakan)

Fitnah Ahlas: Ahlas ada kata jamak kepada kata " Hilsun" iaitu kain selimut yang diletakkan di belakang unta. Ia dijadikan perbandingan  untuk persamaan sifat lama masa berada di tempatnya. Lalu, para sahabat bartanya tentang maksud Ahlas. Baginda nabi menyimpulkannya dengan dua perkataan yang menjadi ciri dalam fitnah Ahlas itu iaitu Harabun ( lari) dan Harbun (perang). Maksudnya ketika terjadi fitnah itu, ada orang jadi pelarian dan adapula yang terjun ke emdan perang . Maka, untuk mudah faham, fitnah Ahlas ini fitnah kacaubilau disebabkan peperangan yang tak terkawal. Bila peang terjadi, mangsanya adalah rakyat yang merupakan golongan Mustadh'afin. Demi menyelamatkan nyawa, rakyat terpaksa jadi pelarian.

Apa yang terjadi di Syria , adalah fitnah Ahlas. Apa yang melanda Gaza, juga fitnah Ahlas. Apa yang jadi di Iraq dulu, masa serangan US. juga fitnah Ahlas. Krisis bumi Arakan yang menyaksikan pelarian rakyat etnik Rohingya ke negara-negara tetangga, juga satuy bentuk fitnah Ahlas.

Mungkin ke depan nanti, keadaannya akan menjadi lebih dahsyat bersama dengan peredaran masa dan memanasnya konflik peperangan.

Fitnah As-Sarra': Fitnah ini menyusul selepas fitnah Ahlas. Ia adalah fitnah kesenangan yang membiakkan kemaksiatan dan menyongsang kebenaran. Kata nabi SAW, sumber fitnah ini adalah dari orang yang mengaku keturunan Rasulullah SAW sedangkan dia bukan keturunan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW membarra'kan dirinya daripada orang itu kerana dakwaannya sebagai keturunan Rasulullah SAW tidak datang bersama sifat takwa.

Setelah datang Fitnah As-Sarra' itu, orang bersepakai untuk memilih pemimpin yang sebenarnya tidak layak memimpin. 

Fitnah Duhaima': Duhaima' bermaksud hitam gelap pekat.

Contoh penggunaan kata dalam bahasa Arab ialah:

دَهَّمَتِ النَّارُ القِدْرَ : سَوَّدَتْها

" Api telah menghitamkan periuk",

Fitnah ini dinamakan "hitam gelap pekat" kerana ia amat sangat bahaya dan meliputi segalanya. Tiada yang terselamat daripadanya. Di kala orang menyangka bahawa fitnah itu telah selesai, datang gelombang kedua dan seterusnya. Ia bersilih ganti laksana ombak yang mendebur. Kala ini, imam menjadi dagangan. Ada orang beriman di kala pagi, jadi kafir bila senja. Iman dan nifaq ketika itu jelas.  Ia dibaratkan dengan Fustat (khemah). Ada khemah orang yang punya iman dan ada khemah orang munafiq.

Inilah fitnah pada periode yang paling dekat dengan masa kemunculan Dajal. Tiada lagi fitnah lain selepas itu kecuali FITNAH DAJJAL.

Rujuk: Dorar.net

Syarah Hadis: Islamweb


Friday, October 20, 2023

Kaedah Usul Feqah: Apabila seuatu perkara itu luas, maka ia perlu disempitkan. Demikian Sebaliknya , bila ia sempit, maka hendaklah diluaskan.

Dalam situasi seseorang berdepan dengan kesulitan, kesempyan dan kepayahan, maka dia dibenarkan meluaskan untuknya pada kadar yang memadai untuknya. Bukan meluaskan seluas-luasnya pada situasi yang tidak perlu. 

 Kaedah ini adalah:


(الأمر إذا ضاق اتسع)

Kaedah ini dicetuskan oleh Imam As-Syafie dan dia menajwab masalah feqah berdasarkan kaedah ini dalam 3 fatwanya: Salah satunya ialah dalam kes seorang perempuan yang dalam musafir dan tiada walinya, maka perempuan itu melantik seornag lelaki lain sebagai walinya.  Murid Iamm Syafie, Yunus bin Abdul A'la  bertanya mengenai alasan kenapa boleh begitu? Maka dijawab oleh Imam Syafie: الأمر إذا ضاق اتسع



Contoh-contoh praktis kaedah ini:

1) Seorang perempuan yang ditalakkan atau kematian suami tidak boleh keluar rumah dalam tempoh iddah. Namun, jika ada keperluan, diberikan kepadanya keluasan. Terdapat hadis riwayat Muslim dan juga Ahmad , dari Jabir bin Abdullah, katanya:

طُلِّقت خالتي، فأرادت أن تجُدَّ نخلها -أي تصرمه وتقطع ثمرته -، فزجرها رجل أن تخرج، فأتت النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: بلى، فجُدِّي نخلك، فإنك عسى أن تصَدَّقي، أو تفعلي معروفا

2) Jika ada pruduk dalam pasaran yang tiada pilihan lain, sedangkan ia meragukan, umpamanya keju, maka dibenarkan menggunakannya sekadar perlu. Namun, ia menjadi fardhu kifayah bagi ornag Islam untuk memprudukkan yang halal.

3) Dahulu, pembuatan tembikar adalah dari bahan yang bernajis. Ia digunakan untuk bekas minuman dan wudhuk. Dihukumkan boleh atas kaedah ini.



4)Menerima kesaksian kanak-kanak dalam kes melibatkan sesama mereka demi menjaga hak.

5) Harus makan harta orang lain ketika darurat.

6) Harus memberi upah bagi pengajar Al-Quran, tukang azan, imam dan lain-lain kerja dakwah jika tiada orang melakukannya dengan percuma. Ia adalah demi menjaga syiar agama agar jangan lenyap. Kaedah ini yang dipakai.

7)Para ulama jarah dan Ta'dil yang meneritakan keburukan seseorang tidak dikira mengumpat . ia adalah demi menjaga otentik sesuatu riwayat agar datang dari jalan yang terpercaya. Kaedah inilah yang digunakan untuk membenarkan elaan dan umpatan  tersebut.

8) Ada satu maslah mengenai harta anak yatim yang diangkat kepada Ibn As-Solah. Seorang ayah mati meninggalkan 2 anak dan isteri. Maka isteri itu telah serahkan harta anak yatim itu kepada saudara lelakinya yang soleh untuk dikembangkan agar tidak habis dimakan perbelanjaan. Ia di dalam bnegeri yang tidak ada badan yang menguruskan harta anak yatim. Tiada pula wasiat si mati untuk demikian. Maka Ibn Soleh menghukumkan harus demikian atas dasar kaedah ini.

9) Keharusan wanita yang sedang dalam iddah untuk keluar rumanya untuk keperluan juga tertakluk di bawah kaedah ini.

10) Dalam kondisi seorang wanita tiada wali saat dia bermusafir, dan keperluan menikah menjadi mendesak, maka diwalikan untuknya seornag lelaki yang lain. Ini juga tertakluk bawah kaedah ini.





Tuesday, October 17, 2023

Hakikat kecurian ketika Yusuf masih kecil

Riwayat yang disandarkan kepada Mijahid dan lain-lain menyebutkan bahawa:

Di masa Yusuf alaihisalam masih kecil, telah berlaku satu kecurian yang dituduhkan ke atas Yusuf. Ia adalah sebuah muslihat yang dilakukan oleh makciknya Faiqah binti Ishak yang merupakan saudara perempuan Yaakob alaihissalam yang merpakan anak tertua nabi Ishak. Perlu diketahui bahawa nabi Ishak itu ada 3 anak iaitu Aisu, Yaakob dan Faiqah.

Apabila Rahil ibu Yusuf meninggal selepas melahirkan Bunyamin, Faiqah menjaga Yusuf. Yusuf ketika itu berisia 5 tahun. Nabi Yaakob a.s  mempercayai saudara perempuannya untuk menjaga anaknya Yusuf. Namun, nabi Yaakob juga tidak tahan berpisah dengan anaknya Yusuf. Maka satu hari dia meminta Yusuf diserahkan kepadanya untuk dia sendiri yang menjaganya.

Faiqah, selaku anak sulung dalam keluarga nabi Ishak, dia mewarisi barang pusaka nabi Ishak. Antaranya adalah selengkar tali pinggang. Demikian mengikut ajaran syariat di masa itu, anak sulung yang mewarisi pusaka ayah tidak kira lelaki atau perempuan.

Namun, tali pinggang itu hilang. Ini menimbulkan keriuhan dalam keluarga besar nabi Yaakob. Setelah dicari sana sini, didapati tali pinggang itu ada di tempat yang membawa kepada Yusuf dipertanggungjawabkan. Ketika itu Yusuf pun dituduh sebagai pencuri. Mencuri barang makciknya itu.  Hal ini membuatkan makciknya menuntut agar Yusuf dihukum. Mengikut ajaran agama ketika itu, perbuatan itu membolehkan mangsa menuntut hukuman dan Faiqah menuntut agarYusuf menjadi hambanya selama 4 tahun. 

Itulah matlamat Faiqah. Dia mahu sepenuhnya Yusuf tinggal bersamanya disebabkan dia amat sayangkan Yusuf. Padahal kes kehilangan talipinggang itu adalah mainannya. ZDia sendiri yang letak di tempat Yusuf dan  bila ditemui Yusuf yang kena getahnya. Namun, matlamatnya adalah mahu bersama Yusuf.

Maka dapatlah Faiqah itu apa yang menjadi kemahuannya. Sebelum dia meninggal beberapa tahun selepas kejadian tersebut, dia mengkhabarkan makar yang dia buat itu kepada keluarga dan minta ia disebarkan agar nama baik Yusuf dibersihkan.

Pun begitu, setelah lebih 30 tahun berlalu dan Yusuf telah dikurniakan Allah kelebihan besar menajadi Aziz dalam negeri Mesir, ia masih menjadi momokan saudaranya. Ini terakam dalam kata-kata mereka:

إن يسرق فقد سرق أخٌ له من قبل

" Kalau dia (bunyamin ) mencuri, maka sesungguhnya saudaranya (Yusuf) juga pernah mencuri sebelumnya".


Apakah merreka tidak tahu pembersihan nama Yusuf yang sudah dinayatakan makcik mereka faiqah sebelum wafatnya. Atau mereka buat-buat lupa lantaran dalam keadaan sangat kecewa dengan kes tangkapan atas Bunyamin. Manusia, pada ketika tertekan, akan mengungkit masa hal-hal masa lepas biarpun masa lepas itu telah pun diselesaikan pada msa tersebut. Sekadar melegakan hati yang terpukul, dikaitkanlah kes kecurian Yusuf walaupun telah jelas bagi mereka bahawa Yusuf bebas daripada pelebelan sebagai pencuri semasa kecilnya.

Ada pendapat-pendapat lain kalangan mufassirin salaf bahawa perbuatan curi yang dinisbahkan kepada nabi Yusuf itu adalah kes yang lain. 

Disebutkan dalam riwayat yang disanadkan kepada Said bin Jubair bahwa Faiqah menyuruh Yusuf mencuri berhala  milik datuknya (Ayah Faiqah) lalu berhala itu dihancurkan dan dilemparkan ke jalanan. Perbuatan itu dilakukan dalam rangkan mencegah kemungkaran. Maka kejadian itu dikaitkan dengan Yusuf dan Yusuf dituduh mencuri dan diaibkan. Qatadah menambah dalam kitabnya Az-Zujaj bahawa berhala itu terbuat daripada emas.

'Athiyyah Al-'Aufi menyebutkan bahawa perbuatan curi yang dinisbahkan kepada Yusuf itu adalah kejadian satu ketika tatkala Yusuf dan saudara-saudara sedang berada depan hidangan.Yusuf melihat ada bahagian urat dalam makanan itu lalu dia mengambil dan menyembunyikannya. Maka perbuatan itu jadi ejekan saudara-saudaranya. Dikatakan tujuan Yusuf adalah untuk memberikan kepada orang miskin.

Bahkan, ada yang menyebutkan bahawa perbuatan curi tersebut tidak pernah ada sama sekali. hanya saudara Yusuf yang mengada-adakannya. Pendapat ini dikemukakan oleh Al-Hasan Al-Basri dan dan disebutkan oleh As-Syaukani dalam Fathul Qadir dan Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya dari perkataan Az-Zujaj. Kata As-Syaukani, inilah yang lebih tepat.Kecurian itu hanya kebohongan saudara Yusuf dan Yusuf tidak pernah terlibat dalam mana-mana perbuatan mencuri.

Rujuk: Islamweb

Monday, October 16, 2023

ADAKAH BENAR UMAR AL-KHATTAB PERNAH MENANAM ANAK PEREMPUANNYA HIDUP-HIDUP?

Menanam anak perempuan hidup-hidup adalah sebahagian daripada tradis jahiliyyah dalam sesetengah kabilah Arab. Ia disebut sebagai "wa'dul banat". Sebab mengapa mereka berbuat demikian adalah kerana takut keaiban dan juga masalah bimbangkan razeki mereka.

Terdapat cerita yang mengatakan Umar Al-Khattab pernah terbabit dalam perbuatan keji tersebut semasa jahiliyyah. Apakah cerita ini benar.

Berikut beberapa fakta yang perlu diketahui dahulu sebelum membahaskan benar atau tidaknya cerita yang disandarkan ekpada Umar Al-Khattab tersebut:

1) Wanita pertama yang Umar kahwini adalah Zainab binti Maz'un iaitu saudara perempuan kepada Uthman bin Maz'un dan Qudamah bin Maz'un.

2) Hasil perkahwinan Umar Al-Khattab dengan Zainab bt Maz'un itu lahirlah anak perempuan yang bernama Hafsah binti Umar dan anak lelakinya yang bernama Abdullah dan Abdurrahman Al-Akbar.

3) Kelahiran Hafsah bt Umar adalah 5 tahun sebelum nabi diutuskan sebagai Rasul. (Dengan kata lain, beza umur antara nabi Muhammad SAW dengan hafsah adalah 35 tahun)

4) Riwayat dalam Al-Mustadrak daripada Umar Al-Khattab menyebutkan:


ولدت حفصة وقريش تبني البيت قبل مبعث النبي صلى الله عليه وسلم بخمس سنين 
" Hafsah lahir ketika kaum Quraisy sedang membina Kaabah iaitu 5 tahun sebelum nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul".

5) Jika anak perempuan Umar Al-Khattab yang paling sulung tidak ditanam hidup-hidup bahkan membesar dan kemudian berkahwin dan kemudian menjadi isteri nabi SAW, bagaimana mungkin logik Umar menanam anak-anak perempuannya yang lain setelah Hafsah?

6) Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab dalam Mu'jam Al-Kabir  Oleh At-Tobrani juga Musnad Al-Bazzar dan ada juga dalam Majma' Az-Zawaid. Hadis tersebut dinilai Saheh oleh Albani dalam Silsilah As-Sohehahnya.  Nu'man bin Basyir meriwayatkand ari Umar Al-Khattab bahawa telah datang kepada nabi SAW Qais bin 'Asim dan memberitahu nabi SAW bahawa pada masa Jahiliyyah dia telah menamam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya. Maka nabi SAW menyuruhnya agar memerdekakan untuk setiap anak yang ditanam itu seorang hamba. Qais bin 'Asim pun berkata bahawa dia ada banyak unta. maka nabi SAW menyuruhnya untuk menyembelih buat setia anaknya yang ditanam itu seekor unta. Umar Al-Khattab yang meriwayatkan hadis ini tidak pula disebutkan melakukan apa yang nabi perintahkan kepada Qais bin 'Asim dan itu menunjukkan bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut.

7) Umar Al-Khattab adalah dari kabilah Bani 'Adi dan perbuatan membunuh anak perempuan dengan cara tanam hidup-hidup bukan kebiasaan Bani Adi. Hatta Umar ada adik perempuan bernama Fatimah dan lagi anaknya bernama Hafsah. Ini menjadi bukti bahawa bukan kebiasaan Bani Adi membunuh anak perempuan. Lagi pula tidak pernah ada riwayat daripada anak-anak Umar Al-Khattab yang menyebutkan hal sedemikian.

8) Kisah umar membunuh anak perempuannya itu riwayat seorang yang bernama Jabir bin Yazid Al-Ju'fi yang merupakan tokoh ulama besar Syiah yang tianggal di Kufah (60H-132H). Secara ringkas, disebutkan bahawa Umar pada satu ketika dilihat ketawa dan kemudian dan menangis. Lalu orang bertanya kepadanya sebab apa. Umar pun menceritakan bahawa pada zaman Jahiliyyah dulu dia bersama teman-temannya membuat patung berhala daripada kurma lalu menyembahnya tetapi kemudian memakannya. Sebab itu dia ketawa. Adapun sebab dia menangis pula adalah kerana dia ada seorang anak permpuan yang ditanamnya hidup-hidup dan sewaktu ditanam itu, bayinya itu menendang pasir sehinga bertebaran pasir mengenai janggutnya. Riwayat ini tidak boleh dipercayai kerana jalurnya melalui seorang Syiah. Jabir bin Yazid Al-Ju'fi itu , walaupun dianggap tsiqah sebahagian ahli hadis seperti Waki', Syu'bah,  Sufyan As-Tsauri dan Zuhair bin Mu'awiyah namun mojoriti ulamak hadis menolaknya dan menyifatkannya sebagai pendusta. Bahkan dia dituduh mempercayai akidah Ar-Raja'.

9) Telah masyhur dalam sejarah tentang bapa kepada ipar Umar Al-Khattab yang bernama Said bin Zaid bin Amru bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyyah bin Adi bin Kaab bin Lui (salah satu 10 sahabat nabi yang dijanjikan syurga) yang berkahwin dengan Fatimah adik Umar (lihat kisah Islamnya Umar) adalah seorang yang rajin menebus anak-anak perempuan yang hendak ditanam hidup-hidup. Zaid bin Nufail adalah seorang yang sering menebus mau-udat, sama seperti seorang yang bernama So'soah bin Najiah Al-Mujasyi'i  (datuk kepada farazdaq) yang sempat masuk islam. Demikian wataknya dan itulah sikap qabilah Bani Adi. Bahkan perbuatan bunuh anak perempuan ini bukan perangai kaum Quraisy. 

Rujuk: Islamqa
Rujuk: Islamway
Semak kisah: Said bin Zaid

Friday, October 13, 2023

An-Nutaqa' As-Sab'ah (Tujuh jurucakap)

Istilah ini adalah istilah yang berlegar di kalangan pengikut Syiah Ismailiyyah. Apa yang dimaksudkan dengan TUJUH JURUCAKAP tersebut adalah:

1) Adam A.S

2) Nuh A.S

3) Ibrahim A.S

4) Musa A.S

5) Isa A.S

6) Muhammad SAW

7) Al-Qaim

Tujuh orang , di sisi Ismailiyyah adalah bilangan Imam dalam satu Daur (pusingan) Daur bagi Nutaqa' As- Sab'ah di atas dinamakan Daur As-Sitr (Pusingan Rahsia).

Ada Daur dinamakan Daur Az-Zohir. Ia disi oleh imam-imam mereka yang dikenali dan masyhr seperti khalifah-khalifah mereka pada zaman Fatimiyyah berkuasa di Mesir. Antara Al-Mu'iz Lidinilah.yang diletakkan sebagai Imam ke-4 Dalam daur Az-Zohir.

Wednesday, October 11, 2023

Kisah Abu Bakar Al-Miski

Sebuah kisah seorang pemuda yang berjualan barang dari rumah ke rumah. Namanya Abu Bakar. Parasnya kacak dan memikat para wanita. Satu hari, seornag wanita kaya dalam sebuah rumah agam memanggilnya untuk melihat barangannya. Apabila dia masuk ke dalam, rupanya wanita itu mahukan yang lain. Wanita itu mahu Abu Bakar itu melayaninya selaku lelaki. Dengan kita lain, mengajaknya berzina. Abu Bakar itu orangnya sangat bertakwa dan menjaga maruah diri. Akalnya berputar mencari helah.

Lalu ditanya di mana dalam rumah itu ada tandas. Dia mahu membersihkan dirinya. Kononnya agar dirinya dalam keadaan bersih dan menyenangkan sebelum melayani cik puan itu. Apabila dia masuk ke dalam tandas, dan tandas zaman itu ada tong bekas simpana najis, dia mengambil najis dan melumuri badannya. 

Bila dia keluar dengan bau busuk dan najis yang berlumurna di badan, tentu perempuan itu tidak suka dan patahlah nafsu jahatnya. Dia menghalau Muhammad itu keluar dari rumahnya. Namun, bagi Abu Bakar, itulah jalan selamat. Ketika dia lalu di tempat orang, mereka mencium bau harum daripadanya. Bukan bau yang busuk. Itulah karamah kurniaan Allah buat hambaNya yang soleh dan bertakwa. 

Sejak itu, dia dikenali dengan Abu Bakar Al-Miski.

Kisah ini sellalu diceritakan orang. Sumber cerita boleh diambil daripada kitab Zammul Hawa karya Ibn Al-Jauzi( Dalam Bab Al-Mawa'iz Wal Majalis)

Tuesday, October 10, 2023

BEZA ANTARA ( إمرأة ) DAN ( إمرأت )

Kalimah perempuan dalam Quran ada dua jenis. Satu perempuan dikenali (Ma'rifah) dan ada perempuan yang tidak dikenali (Nakirah). Maka, kedua-dua jenis ini ditulis dengan kaedah yang berbeza.

Jika perempuan dikenali, hujungnya adalah ta' maftuhah (ta' terbuka)

Jika perempuan tidak dikenali, hujungnya adalah ta' marbuthoh ( Ta' simpul)

Mari kita lihat contoh dalam Quran yang menyebut kalimah perempuan yang DIKENALI:


إِذْ قَالَتِ ( امْرَأَتُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (35)
سورة آل عمران


وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ ( امْرَأَتُ الْعَزِيزِ ) تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَن نَّفْسِهِ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ (30)
سورة يوسف

وَقَالَتِ ( امْرَأَتُ فِرْعَوْنَ ) قُرَّتُ عَيْنٍ لِّي وَلَكَ ۖ لَا تَقْتُلُوهُ عَسَىٰ أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ (9)
سورة القصص

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا ( اِمْرَأَتَ نُوحٍ وَاِمْرَأَتَ لُوطٍ ) كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ (10)
سورة التحريم


وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا ( اِمْرَأَتَ فِرْعَوْنَ) إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (11)
سورة التحريم

Mari kita lihat contoh dalam Quran yang menyebut kalimah perempuan yang TIDAK DIKENALI:


إِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلاَ جُنَاْحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا وَالصُّلْحُ ... (128)
سورة البقرة

إِنِّي وَجَدتُّ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِن كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ (23) سورة النمل

(وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً إِن وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَن يَسْتَنكِحَهَا خَالِصَةً لَّكَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ .. (50)
سورة الأحزاب


Inilah antara keindahan bahasa Arab dan bahasa Al-Quran. Pada tulisan ada nila yang membezakan



Kisah tipudaya wanita: Saudagar yang diperdaya.


 

Ada seoraang wanita telah datang ke satu tempat di mana para saudagar berkumpul. Dia bercakap dengan seorang daripada saudagar tersebut.

" Saya ada satu hajat, jika kau boleh tunaikan hajat saya, saya berikan 20 dinar", nkata wanita itu.

" Haja apa?" tanya saudagar itu.

" Suamiku telah  pergi ke emdan jihad . Sudah 10 tahun tak balik-balik....",

" Insya Allah dia akan pulang dengan selamat.." Ujar Saudagar.

" Saya sudah tidak tahan menunggunya. Saya mahu ada seseorang pergi ke hakim dan katakan dia suami saya lalu menceraikan saya".

" Baiklah...saya akan [ergi bersamamu kepada hakim",

Lalu pergilah perempuan tadi kepada hakim bersama saudagar yang berpura-pura sebagai suaminya.

Di depan hakim, perempuan itu pun berkata...

" Wahai tuan hakim, ini suamiku baru pulang dari jihad setelah 10 tahun tak balik. Sekarang dia mahu menceraikan aku".

Hakim pun bertanya

" Apakah engkau suaminya?",

"Ya', jawab saudagar

" Adakah engkau redha diceraikan suamimu?", tanya hakim kepada perempuan itu.

"Ya", jawab perempuan.

"Jika demikian, ceraikanlah isterimu itu!", putus hakim.

" Aku ceraikanisteriku...", kata saudagar itu.

Kemudian perempuan yang telah diceraikan itu pun berkata pula.

"Wahai tuan hakim, suamiku ini telah meninggalkan aku selama 10 tahun tanpa sebarang nafkah dan tidak mempedulikan aku. Sekarang aku mahu nafkah yang diabaikannya selama 10 tahun dan juga nafkah talaq", kata perempuan itu. Saudagar terkejut dan dia sedar bahawa dia telah termasuk ke dalam perangkap makar perempuan itu.

" Kenapa engkau tidak berikan nafkah kepadanya? ', tanya hakim.

" Aku sibuk dan tidak dapat pulang kepadanya", jawab saudagar serba salah

" Kalau demikian. awak dihukum membayar 2000 dinar bayuaran nafkah tertunggak". Putus hakim.

Dalam fikiran saudagar, jika dia membantah apa yang dikatakan perempuan itu, akan ada hukuman lain pula yang lebih ebrat menantinya. Maka, dia pun terpaksa  mengikut sahaja dan menyerahkan urusan kepada Allah SWT.

Terpaksalah dia menyerahkan 2000 dinar kepada wanita itu dan beredar. 

Maka wanita itu mendapat 2000 dinar dengan cara tersebut. Dengan makarnya, lelaki tersebut telah jatuh ke dalam perangkap scammer zaman tersebut.


Syair -Hikmah Saidina Ali

Ilmu dan akhlak hendaklah berjalan seiring. Kedua-duanya adalah yang termahal dalam hidup kita sebagai manusia. Bila hilang salah satu keduanya atau kedua-duanya, maka itulah sebesar-besar kerugian. 

Sebuah syair oleh Ali bin Abi Talib menceritakan pentingnya ilmu dan akhlak. :


لَيسَ البَلِيَّةُ في أَيّامِنا عَجَباً

بَلِ السَلامَةُ فيها أَعجَبُ العَجَبِ

لَيسَ الجَمالُ بِأَثوابٍ تُزَيِّنُنا

إِنَّ الجَمالَ جَمالُ العَقلِ وَالأَدَبِ

لَيسَ اليَتيمُ الَّذي قَد ماتَ والِدُهُ

إِنَّ اليَتيمَ يَتيمُ العِلمِ وَالأَدَبِ
















Bukanlah ujian dalam hidup kita itu satu yang menakjubkan
Akan tetapi apabila selamat daripada ujian itulah yang lebih ajaib!

Bukanlah kecantikan itu dengan memakai pakaian yang berhias
Akan tetapi kecnatikan itu adalah kecantikan akal dan adab!

Bukanlah dinamakan yatim itu disebabkan matinya bapa
akan tetapi yatim itu adalah mereka yang hilang ilmu dan adab!

Monday, October 9, 2023

HADIS TENTANG GEMPITA DI BULAN RAMADHAN

Tak lama dulu, ada bunyi kuat di bulan Ramadhan. Khabarnya bunyi tersebut adalah letupan sebuah satelit di angkasa bumi. Aku tidak ingat ramadhan mana. Maka, riuh pikuk di media sosial bahawa masa telah sampai untuk kemunculan Imam Al-Mahdi. Bukan sahaja kalangan Syiah yang mendongakkan kepala dan memanjangkan leher bila mendengar khabar seumlama ini. Bahkan ada juga kalangan Sunni yang terpengaruh. Kalangan Syiah memang menyimpan kepercayaan bahawa kemunculan Al-Mahdi versi mereka akan dadahului dengan apa yang disebut sebagai "soihah". Aia adalah tanda muncul Imam Al-mahdi.


Namun, dalam sumber-sumber Sunni, riwayat seperti itu walaupun ada, ia dipertiukaikan kesahehannya. Umpamanya, apa yang disebutkan oleh Nu'aim bin Hamad dalam Kitab Al-Fitan, disebutkan mengenainya dengan sanad sampai kepada Ibn Mas'ud. Hadis tersebut berbunyi:

إذا كان صيحة في رمضان، فإنها تكون معمعة في شوال، وتميز القبائل في ذي القعدة، وتسفك الدِّماء في ذي الحجة، والمحرم وما المحرم - يقولها ثلاثًا - هيهات هيهات، يقتل الناس فيها هرجًا هرجًا قال: قلنا: وما الصَّيحة يا رسول الله؟ قال: هذه تكون في نصف من رمضان، يوم جمعة ضحى، وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة تُوقِظ النائم، وتُخرج العواتق من خُدورهن في ليلة جمعة، سَنَة كثيرة الزلازل والبرد، فإذا وافق رمضان في تلك السَّنة ليلة جمعة، فإذا صليتم الفجر يوم جُمُعة في النصف من رمضان، فادخلوا بيوتكم، وسدِّدوا كواكم، ودثِّروا أنفسكم، وسدُّوا آذانكم، فإذا أحسستم بالصيحة، فخِرُّوا لله سُجَّدًا، وقولوا سبحان القدوس، سبحان القدوس، ربنا القدوس؛ فإنَّه مَن فعل ذلك نجا، ومَن ترك هلك

Sumber: Dorar.net (Ditakhrijkan sebagai Hadis makzub maudhu')

Dalam Sanad hadis itu ada nama Ibn Lahi'ah dan dia adalah seorang yang daif selepas kitabnya terbakar.Ada nama Abdul Wahab bin Hussain dan seorang yang majhul sebagaimana disebutkan oleh Alhakim dan Ibn hajar.


Dalam sanadnya juga ada nama Muhammad bin Tsabit Al-Bannani dan dia adalah dibilangkan sebagai majruh dan daif oleh Ibn Hibban dan Ibn 'Adi. Dalam sandanya juga ada nama Al-Harith bin A'war Al-hamdani yang merupakan pendusta sebagaimana disebutkan oleh As-Sya'bi, Abu hatim dan  Ali  Ibn Al-Madini serta Ibn Zur'ah mengatakan bahaw ahadis yang ada namanya tidak boleh dijadikan hujjah.

Saturday, October 7, 2023

Anggur tidak dipetik dari durinya

 كما لا يجتني من الشوك العنب كذلك لا ينزل الفجار منازل الأبرار فاسلكوا أي طريق شئتم فأي طريق سلكتم وردتم على أهله

Sebagaimana anggur tidak dipetik dari duri, demikian juga orang fasik tidak menetap di rumah orang benar. Ikutilah olehmu jalan mana yang kamu mahu, kelak kamu akan menemui tuan punya jalan itu di hujungnya.


Al-Munawi menjelaskan maksudnya dalam Faidhul Qadir:

 فمن سلك طريق أهل الله ورد عليهم فسار من السعداء ومن سلك طريق الفجار ورد عليهم فصار من الأشقياء

DR. MUHAMAMD SAYYID TONTOWI



Saya tergerak hati untuk mengenali tokoh ini lebih mendalam apabila membaca satu tafsir bernama Tafsir Al-Wasit. Itulah karya  tafsirnya untuk Al-Quranul Karim.

Beliau dilahirkan di kampung Sulaim Timur dalam daerah Suhaj pada 14 Jamadil Awal  tahun 1347H bersamaan 28 Oktober 1928M. Pendidikan awalnya adalah di kampungnya yang membawanya menyempurnakan hafazan Quran. Kemduian , beliau menyambung pengajian di Ma'ahad Agama  Iskandariah pada tahun 1944.Setelah menamatkan pengajian peringkat menengahnya, beliau menyambung ke Universiti Al-Azhar dan graduate pada tahun 1958 dan seterusnya mendapat kelayakan ikhtisas dalam pendidikan pada tahun 1959. 6 Sept 1966, beliau menyempurnakan PHD dalam bidang tafsir dan hadis dengan pangkat cemerlang.

Karya beliau, Tafsir Al-Wasit terdiri daripada 15 Jilid dengan dengan jumlah muka surat lebih daripada 7 ribu.

Beliau adalah Syeikhul Azhar antara tahun 1996 hingga 2010 dan merupakan Syeikhul Azhar yang ke 45 selepas Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq. ia adalah semenjak jawatan itu diwujudkan pada zaman Othmaniyyah.

Beliau menjadi mufti Negara Mesir pada tahun 1986

Pada 12 November 2008, Syeikh Muhamamd Sayyid Tantawi telah mendapat kritkan keras pelbagai pihak kerana tersebar gambarnya bersalaman dengan Shimon Perez , Perdana Menteri Israil, ketika dia menghadiri Konference Dialog Antara Agama anjuran Arab Saudi dengan PBB di New York.

Beliau meninggal pada pagi Rabu 24 Rabiul Awal 1431 bersamaan 10 Mac 2010 di Riyadh Arab Saudi dalam umur 81 tahun. Beliau ketika itu dalam perjalanan pulang daripada Muktamar Antarabangsa yang diadakan oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz untuk Anugerah Penghargaan Raja Faisal kepadanya atas khidmatnya kepada Islam bagi tahun 2010.  Jenazahnya diterbangkan ke Madinah dan dikebumikan di perkuburan Al-Baqi'.

Setahun sebelum beliau wafat, pada saat rehlah hajinya, tatkala dia menziarahi perkuburan Al-Baqi' di Kota Maidnah, beliau berdoa:

اللهم اجعل لنا الدفنة فيه


" Ya Allah, jadikan pengebumian kami di sini".




Subhanallah! Allah makbulkanb doanya.


Rujuk : Wiki

Thursday, October 5, 2023

KITAB BIHARUL ANWAR

Kitab ini adalah salah satu kitab yang menghimpun hadis-hadis kalangan Syiah dan ia adalah antara kitab utama dalam Syiah Imamiyyah. Nama penuh kitab itu ialah (    بحار الأنوار الجامعة لدرر أخبار الأئمة الأطهار    )Ia ditulis oleh Muhamamd Baqir Al-Majlisi (1037-1111H) pada zaman tegaknya kerajaan Sofawiyyah yang bermazhab Syiah. Ia dianggap kitab hadis terbesar Syiah dan mengandungi 110 Jilid.Beberapa jilid daripadanya, disebabkan mengandungi celaan dan cemuhan melampau ke atas Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, Aisyah dan Hafsah, ia dilarang pencetakan di Iran.

Sayyid Kamal Al-Haidari(seorang ulama mufakkir Syiah) menyebutkan dalam satu rakaman videonya bahawa Allamah Al-Majlisi itu tidaklah mengatakan semua dalam kitahbnya adalah Saheh. Ini berbeza dengan Al-Kulaini dalam Al-Kafi, dia menegaskan bahawa tidaklah dia memasukkan dalam kitabnya melainkan hadis-hadis yang saheh.

Menurut Al-Haidari, tiada dalil dakwaan bahawa semua dalam Biharul Anwar itu saheh adalah berdasarkan beberapa hujjah:

1) Penamaan kitab itu sendiri dengan nama "bihar" (laut), ia membawa maksud bercampurnya pelbagai di dalamnya. Dalam laut ada permata, marjan, lu'lu' dan juga batu batan serta sampah sarap.

2) Metodologi Al-Majlisi adalah mengumpulkan secara pukul semua hadis yang sampai kepadanya daripada pelbagai sumber, tidak kira madu atau racun dan membiarkan ia dinilai oleh orang kemudian, Dalam Al-Bihar itu kedapatan hadis-hadis yang jelas rekaannya menurut Syiah dan tak mungkin diucapkan atau dilakukan oleh para imam Syiah.

3) Kedapatan ramai ulama yang menyifatkan Al-Majlisi sebagai penulis sejarah dan bukan hadis dan Biharul Anwar itu bercampur aduk dalamnya permata dan batu.

Catatan: Umpamanya kisah Auj bin Unuq disebutkan dalam Biharul Anwar. Ianya sebuah ksiah yang tidak logik dan membuatkan akal mentertawakannya. Kisah tersebut juga diwaradkan dalam kitab-kitab tafsir tatkala menafsirkan kisah keengganan Bani Israil memerangi negeri yang dijanjikan Allah sebagaimana yang diarahkan Musa. Alasan mereka adalah kerana di dalamnya ada "Qauman Jabbarin". Maka Qauman Jabbarin itu dikatakan adalah Auj bin Unuq, seorang manusia gergeasi yang amat besar dan tinggi.


Rujuk: Alhaydari 

Wednesday, October 4, 2023

KITAB-KITAB UTAMA SYIAH

 Dalam agama Syiah Imamiyah, ada 4 buah kitab rujukan utama mereka iaitu:

1) Al-Kafi oleh Al-Kulaini

2) Man La Yahdhuruhul Faqih oleh Ibn Babawaih Al-Qumi

3) Tahzibul Ahkam oleh Syeikh Abu Jaafar bin Muhammad Al-Hasan At-Tusi yang digelar  Syeikhut Taifah.

4)Al-Istibsor Fi Ma Ikhtalafa Minal Akhbar juga oleh  Syeikh Abu Jaafar bin Muhammad Al-Hasan At-Tusi

Selain itu ada beberapa lagi kitab yang tidak kurang pentingnya iaitu:

1) Al-Wafi Lil Faidh  Al-Kasyani oleh Muhammad Al-Murtadha yang terkenal dengan gelaran Mulla Muhsin.

2)   Biharul Anwar oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi

3) Wasailus Syi'ah Ila Tahsili Masailis Syari'ah oleh Muhammad bin Al-hasan Al-Hurr Al-'Amili

4) Mustadrak Al-Wasail oleh Hussain An-Nuri At-Tabrasi

 Lapan buah kitab di atas di sebut sebagai " Al-Kutubus Tsamaniyyah" ( Lapan Kitab utama ) di kalangan Syiah Imamiyyah.

Rujuk: Ketabonline.com

Tuesday, October 3, 2023

MITOS KESAKTIAN CINCIN NABI SULAIMAN.

Dahulu, aku hampir pecaya kepada kasaktian barang. Aku hampir pecaya ada cincin sakti, tongkat sakti, keris sakti, busur sakti, panah sakti, tombak sakti, kipas hikmat dan beraneka ragam lagi barang sakti. Inilah kesan bila baca hikayat banyak sangat dan larut di dalamnya. Siapa baca Hikayat-hikayat seperti Mahabrata dan Ramayana, Malim Deman, Pandawa Lima dan lain-lain hikayat, akan jumpalah seribu satu barang sakti dan hikmat yang disebutkan.

Hatta, bila baca kisah para nabi, kepercayaan kesaktian barangan ini pun ada. Umpamanya tongkat Nabi Musa yang dikatakan sakti boleh menjelma jadi ular, membelah lautan dan memancutkan air pada batu. Ada cincin sakti yang ada pada nabi Allah Sulaiman yang mana dengannya dia memerintah manusia  dan jin. Konon cerita, tatkala cincin itu dicuri oleh Iblis, maka kekuasaan Sulaiman pun berpindah kepada Iblis yangf menjadi pemegang baru cincin itu. Maka Nabi Allah Sulaiman pun hilang kuasanya gara-gara hilang cincin tersebut.

Siapa yang dapat Cincin Sulaiman itu, dia akan mendapat kuasa seperti Nabi Allah Sulaiman A.S. 

Itulah yang menjadi kepercayaan dalam ajaran Syiah. Kelak bila Imam Al-Mahdi versi Syiah keluar dari keghaiban besarnya, dia akan datang bersama Tongkat Musa dan Cincin Sulaiman. Dia akan mewarisi ilmu hikmat dan pusaka para nabi termasuk kesaktian cincin Sulaiman.

Riwayat-riwayat yang menisbahkan pewarisan Imam-imam Syiah, termasuk Al-Mahdi terhadap pusakan nabi Sulaiman serta nabi-nabi lain disebutkan dalam Biharul Anwar Oleh Al-Majlesi:

إذا ظهر القائم عليه السلام ظهر براية رسول الله صلى الله عليه واله ، وخاتم سليمان ، وحجر موسى وعصاه ، ثم يأمر مناديه فينادي ألا لا يحمل رجل منكم طعاما ولا شرابا ولا علفا ، فيقول أصحابه : إنه يريد أن يقتلنا ، ويقتل دوابنا من الجوع والعطش ، فيسيرو يسيرون معه ، فأول منزل ينزله يضرب الحجر فينبع منه طعام وشراب وعلف ، فيأكلون ويشربون ودوابهم حتى ينزلوا النجف بظهرالكوفة

" Apabila munculnya Al-Qaim A.S, dia muncul bersama panji Rasulullah SAW, cincin nabi Sulaiman, batu Nabi Musa A.S. Kemudian seseorang menyeru dengan katanya: Janganlah mana-mana orang membawa makanan, minuman atau rerumput buat tunggannya. Maka orang ramai pun berkata: Dia nak bunuh kita dan juga binatang tunggangan kita kerana lapar dan dahaga.  Maka berjalanlah Al-Qaim dan mereka pun brjalan bersamanya. Mkaa di tempat perhentian pertama, Al-Qaim pun memukul batu (nabi Musa) lalu keluar daripadanya makanan, air dan rumput ternakan. Lalu mereka pun makan dan binatang mereka pun makan sehinggalah mereka tiba di Najaf di pinggir Kufah."

Syeikh Ali As-Sabuni menyebutkan dalam kitabnya An-Nubuwwah Wal Ambiya , Ms 309:

وعلى كل حال ، فإن ما ورد في قصة الخاتم كله باطل وبهتان

"Kesimpulannya, apa yang diceritakan tentang kisah cincin nabi Sulaiman itu semuanya Batil dan Dusta belaka".

Inilah jenayah antara jenayah keilmuan yang pernah dicoretkan oleh kaum Banbi Israil. Mereka bukan sahaja membunuh para nabi, tetapi juga mencerengkan arang ke kanvas sejarah para nabi. Nabi Sulaiman itu sendiri menurut cerita bani Israil telah menjadi mangsa penipuan Iblis. Iblis merubah istananya menjadi tempat kufur setelah menjaid tempat beriman pada zaman Sulaiman. Jika cerita nabi Sulaiman hilang cincin yang hebat dan penuh kuasa itu kita percaya, di mana kita mahu letakkan keyakinan kita terhadap sifat "ismah" para Rasul?

Al-Qadhi Iyadh dalam kirtabnya As-Syifa (2/167) menyebutkan :

ولا يصح ما نقله الإخباريون من تشبه الشيطان به، وتسلطه على ملكه، وتصرفه في أمته بالجور في حكمه ، لأن الشياطين لا يسلطون على مثل هذا، وقد عصم الأنبياء من مثله

" Tidak benar apa yang dinukilkan oleh para ahli riwayat sejarah bahawa Syaitan telah menjelma rupa nabi Allah Sulaiman dan merampas kerajaannya serta mentadbirnya dengan kezaliman. Sesungguhnya Syaitan tidak mampu menjalankan kuasanya sedemikian  ke atas para nabi kerana para nabi itu dipelihara oleh Allah SWT".



Bacaan: Islamqa

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...