Menanam anak perempuan hidup-hidup adalah sebahagian daripada tradis jahiliyyah dalam sesetengah kabilah Arab. Ia disebut sebagai "wa'dul banat". Sebab mengapa mereka berbuat demikian adalah kerana takut keaiban dan juga masalah bimbangkan razeki mereka.
Terdapat cerita yang mengatakan Umar Al-Khattab pernah terbabit dalam perbuatan keji tersebut semasa jahiliyyah. Apakah cerita ini benar.
Berikut beberapa fakta yang perlu diketahui dahulu sebelum membahaskan benar atau tidaknya cerita yang disandarkan ekpada Umar Al-Khattab tersebut:
1) Wanita pertama yang Umar kahwini adalah Zainab binti Maz'un iaitu saudara perempuan kepada Uthman bin Maz'un dan Qudamah bin Maz'un.2) Hasil perkahwinan Umar Al-Khattab dengan Zainab bt Maz'un itu lahirlah anak perempuan yang bernama Hafsah binti Umar dan anak lelakinya yang bernama Abdullah dan Abdurrahman Al-Akbar.3) Kelahiran Hafsah bt Umar adalah 5 tahun sebelum nabi diutuskan sebagai Rasul. (Dengan kata lain, beza umur antara nabi Muhammad SAW dengan hafsah adalah 35 tahun)4) Riwayat dalam Al-Mustadrak daripada Umar Al-Khattab menyebutkan:ولدت حفصة وقريش تبني البيت قبل مبعث النبي صلى الله عليه وسلم بخمس سنين" Hafsah lahir ketika kaum Quraisy sedang membina Kaabah iaitu 5 tahun sebelum nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul".5) Jika anak perempuan Umar Al-Khattab yang paling sulung tidak ditanam hidup-hidup bahkan membesar dan kemudian berkahwin dan kemudian menjadi isteri nabi SAW, bagaimana mungkin logik Umar menanam anak-anak perempuannya yang lain setelah Hafsah?6) Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab dalam Mu'jam Al-Kabir Oleh At-Tobrani juga Musnad Al-Bazzar dan ada juga dalam Majma' Az-Zawaid. Hadis tersebut dinilai Saheh oleh Albani dalam Silsilah As-Sohehahnya. Nu'man bin Basyir meriwayatkand ari Umar Al-Khattab bahawa telah datang kepada nabi SAW Qais bin 'Asim dan memberitahu nabi SAW bahawa pada masa Jahiliyyah dia telah menamam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya. Maka nabi SAW menyuruhnya agar memerdekakan untuk setiap anak yang ditanam itu seorang hamba. Qais bin 'Asim pun berkata bahawa dia ada banyak unta. maka nabi SAW menyuruhnya untuk menyembelih buat setia anaknya yang ditanam itu seekor unta. Umar Al-Khattab yang meriwayatkan hadis ini tidak pula disebutkan melakukan apa yang nabi perintahkan kepada Qais bin 'Asim dan itu menunjukkan bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut.7) Umar Al-Khattab adalah dari kabilah Bani 'Adi dan perbuatan membunuh anak perempuan dengan cara tanam hidup-hidup bukan kebiasaan Bani Adi. Hatta Umar ada adik perempuan bernama Fatimah dan lagi anaknya bernama Hafsah. Ini menjadi bukti bahawa bukan kebiasaan Bani Adi membunuh anak perempuan. Lagi pula tidak pernah ada riwayat daripada anak-anak Umar Al-Khattab yang menyebutkan hal sedemikian.8) Kisah umar membunuh anak perempuannya itu riwayat seorang yang bernama Jabir bin Yazid Al-Ju'fi yang merupakan tokoh ulama besar Syiah yang tianggal di Kufah (60H-132H). Secara ringkas, disebutkan bahawa Umar pada satu ketika dilihat ketawa dan kemudian dan menangis. Lalu orang bertanya kepadanya sebab apa. Umar pun menceritakan bahawa pada zaman Jahiliyyah dulu dia bersama teman-temannya membuat patung berhala daripada kurma lalu menyembahnya tetapi kemudian memakannya. Sebab itu dia ketawa. Adapun sebab dia menangis pula adalah kerana dia ada seorang anak permpuan yang ditanamnya hidup-hidup dan sewaktu ditanam itu, bayinya itu menendang pasir sehinga bertebaran pasir mengenai janggutnya. Riwayat ini tidak boleh dipercayai kerana jalurnya melalui seorang Syiah. Jabir bin Yazid Al-Ju'fi itu , walaupun dianggap tsiqah sebahagian ahli hadis seperti Waki', Syu'bah, Sufyan As-Tsauri dan Zuhair bin Mu'awiyah namun mojoriti ulamak hadis menolaknya dan menyifatkannya sebagai pendusta. Bahkan dia dituduh mempercayai akidah Ar-Raja'.9) Telah masyhur dalam sejarah tentang bapa kepada ipar Umar Al-Khattab yang bernama Said bin Zaid bin Amru bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyyah bin Adi bin Kaab bin Lui (salah satu 10 sahabat nabi yang dijanjikan syurga) yang berkahwin dengan Fatimah adik Umar (lihat kisah Islamnya Umar) adalah seorang yang rajin menebus anak-anak perempuan yang hendak ditanam hidup-hidup. Zaid bin Nufail adalah seorang yang sering menebus mau-udat, sama seperti seorang yang bernama So'soah bin Najiah Al-Mujasyi'i (datuk kepada farazdaq) yang sempat masuk islam. Demikian wataknya dan itulah sikap qabilah Bani Adi. Bahkan perbuatan bunuh anak perempuan ini bukan perangai kaum Quraisy.
Rujuk: Islamqa
Rujuk: Islamway
Semak kisah: Said bin Zaid
No comments:
Post a Comment