Tuesday, October 3, 2023

MITOS KESAKTIAN CINCIN NABI SULAIMAN.

Dahulu, aku hampir pecaya kepada kasaktian barang. Aku hampir pecaya ada cincin sakti, tongkat sakti, keris sakti, busur sakti, panah sakti, tombak sakti, kipas hikmat dan beraneka ragam lagi barang sakti. Inilah kesan bila baca hikayat banyak sangat dan larut di dalamnya. Siapa baca Hikayat-hikayat seperti Mahabrata dan Ramayana, Malim Deman, Pandawa Lima dan lain-lain hikayat, akan jumpalah seribu satu barang sakti dan hikmat yang disebutkan.

Hatta, bila baca kisah para nabi, kepercayaan kesaktian barangan ini pun ada. Umpamanya tongkat Nabi Musa yang dikatakan sakti boleh menjelma jadi ular, membelah lautan dan memancutkan air pada batu. Ada cincin sakti yang ada pada nabi Allah Sulaiman yang mana dengannya dia memerintah manusia  dan jin. Konon cerita, tatkala cincin itu dicuri oleh Iblis, maka kekuasaan Sulaiman pun berpindah kepada Iblis yangf menjadi pemegang baru cincin itu. Maka Nabi Allah Sulaiman pun hilang kuasanya gara-gara hilang cincin tersebut.

Siapa yang dapat Cincin Sulaiman itu, dia akan mendapat kuasa seperti Nabi Allah Sulaiman A.S. 

Ini adalah kepercayaan yang ditanamkan oleh Yahudi yang mana sebahagian Yahudi menuduh nabi Allah Sulaiman memerintah dengan bantuan sihir. Maka keberadaan cincin nabi Sulaiman itu merupaka medium sihir yang memungkimkan baginda memerintahkan jin dan manusia serta bercakap dengan binatang. 

Hatta, cerita mengenai cincin Sulaiman ini masuk dalam riwayat-riwayat hadis seperti dalam Musnad Ahmad, Sunan Tarmizi dan Ibn Majah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:  تَخْرُجُ الدَّابَّةُ وَمَعَهَا خَاتَمُ سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ، وَعَصَا مُوسَى بْنِ عِمْرَانَ - عَلَيْهِمَا السَّلَامُ - فَتَجْلُو وَجْهَ الْمُؤْمِنِ بِالْعَصَا، وَتَخْطِمُ أَنْفَ الْكَافِرِ بِالْخَاتِمِ، حَتَّى أَنَّ أَهْلَ الْحِوَاءِ لَيَجْتَمِعُونَ، فَيَقُولُ: هَذَا يَا مُؤْمِنُ, وَيَقُولُ هَذَا: يَا كَافِرُ 

Binatang itu keluar dengan membawa cincin Sulaiman bin Dawud, dan tongkat Musa bin Imran - salam mereka - dan ia memukul muka orang mukmin dengan tongkat, dan menusuk hidungnya Pamerkan cincin itu, maka sehinggakan keluarga Hawa berkumpul, dan dia berkata: Ini adalah mukmin, dan yang ini berkata: Wahai orang kafir.
( Syeikh Albani menyimpulkan dalam Silsilah Al-Ahadith Ad-Daifahnya (No. 1108) hadis ini sebagai munkar)

Itulah juga yang menjadi kepercayaan dalam ajaran Syiah. Kelak bila Imam Al-Mahdi versi Syiah keluar dari keghaiban besarnya, dia akan datang bersama Tongkat Musa dan Cincin Sulaiman. Dia akan mewarisi ilmu hikmat dan pusaka para nabi termasuk kesaktian cincin Sulaiman.

Riwayat-riwayat yang menisbahkan pewarisan Imam-imam Syiah, termasuk Al-Mahdi terhadap pusaka nabi Sulaiman serta nabi-nabi lain disebutkan dalam Biharul Anwar Oleh Al-Majlesi:

إذا ظهر القائم عليه السلام ظهر براية رسول الله صلى الله عليه واله ، وخاتم سليمان ، وحجر موسى وعصاه ، ثم يأمر مناديه فينادي ألا لا يحمل رجل منكم طعاما ولا شرابا ولا علفا ، فيقول أصحابه : إنه يريد أن يقتلنا ، ويقتل دوابنا من الجوع والعطش ، فيسيرو يسيرون معه ، فأول منزل ينزله يضرب الحجر فينبع منه طعام وشراب وعلف ، فيأكلون ويشربون ودوابهم حتى ينزلوا النجف بظهرالكوفة

" Apabila munculnya Al-Qaim A.S, dia muncul bersama panji Rasulullah SAW, cincin nabi Sulaiman, batu Nabi Musa A.S. Kemudian seseorang menyeru dengan katanya: Janganlah mana-mana orang membawa makanan, minuman atau rerumput buat tunggannya. Maka orang ramai pun berkata: Dia nak bunuh kita dan juga binatang tunggangan kita kerana lapar dan dahaga.  Maka berjalanlah Al-Qaim dan mereka pun brjalan bersamanya. Mkaa di tempat perhentian pertama, Al-Qaim pun memukul batu (nabi Musa) lalu keluar daripadanya makanan, air dan rumput ternakan. Lalu mereka pun makan dan binatang mereka pun makan sehinggalah mereka tiba di Najaf di pinggir Kufah."

Syeikh Ali As-Sabuni menyebutkan dalam kitabnya An-Nubuwwah Wal Ambiya , Ms 309:

وعلى كل حال ، فإن ما ورد في قصة الخاتم كله باطل وبهتان

"Kesimpulannya, apa yang diceritakan tentang kisah cincin nabi Sulaiman itu semuanya Batil dan Dusta belaka".

Inilah jenayah antara jenayah keilmuan yang pernah dicoretkan oleh kaum Bani Israil. Mereka bukan sahaja membunuh para nabi, tetapi juga mencorengkan arang ke kanvas sejarah para nabi. Nabi Sulaiman itu sendiri menurut cerita Israiliyyat,  telah menjadi mangsa penipuan Iblis. Iblis merubah istananya menjadi tempat kufur setelah menjadi  tempat beriman pada zaman Sulaiman. Jika cerita nabi Sulaiman hilang cincin yang hebat dan penuh kuasa itu kita percaya, di mana kita mahu letakkan keyakinan kita terhadap sifat  'ismah para Rasul?

Al-Qadhi Iyadh dalam kirtabnya As-Syifa (2/167) menyebutkan :

ولا يصح ما نقله الإخباريون من تشبه الشيطان به، وتسلطه على ملكه، وتصرفه في أمته بالجور في حكمه ، لأن الشياطين لا يسلطون على مثل هذا، وقد عصم الأنبياء من مثله

" Tidak benar apa yang dinukilkan oleh para ahli riwayat sejarah bahawa Syaitan telah menjelma rupa nabi Allah Sulaiman dan merampas kerajaannya serta mentadbirnya dengan kezaliman. Sesungguhnya Syaitan tidak mampu menjalankan kuasanya sedemikian  ke atas para nabi kerana para nabi itu dipelihara oleh Allah SWT".

As- Sabuni menyebutkan dalam kitabnya An-Nubuwwatu Wal Ambiya (ms 305)

وعلى كل حال ، فإن ما ورد في قصة الخاتم كله باطل وبهتان

" Apapun, semua yang diriwayatkan mengenai kisah cicncin (nabi Sulaiman) adalah batil dan dusta belaka".


Bacaan: Islamqa

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...