Tak lama dulu, ada bunyi kuat di bulan Ramadhan. Khabarnya bunyi tersebut adalah letupan sebuah satelit di angkasa bumi. Aku tidak ingat ramadhan mana. Maka, riuh pikuk di media sosial bahawa masa telah sampai untuk kemunculan Imam Al-Mahdi. Bukan sahaja kalangan Syiah yang mendongakkan kepala dan memanjangkan leher bila mendengar khabar seumlama ini. Bahkan ada juga kalangan Sunni yang terpengaruh. Kalangan Syiah memang menyimpan kepercayaan bahawa kemunculan Al-Mahdi versi mereka akan dadahului dengan apa yang disebut sebagai "soihah". Aia adalah tanda muncul Imam Al-mahdi.
Namun, dalam sumber-sumber Sunni, riwayat seperti itu walaupun ada, ia dipertiukaikan kesahehannya. Umpamanya, apa yang disebutkan oleh Nu'aim bin Hamad dalam Kitab Al-Fitan, disebutkan mengenainya dengan sanad sampai kepada Ibn Mas'ud. Hadis tersebut berbunyi:
إذا كان صيحة في رمضان، فإنها تكون معمعة في شوال، وتميز القبائل في ذي القعدة، وتسفك الدِّماء في ذي الحجة، والمحرم وما المحرم - يقولها ثلاثًا - هيهات هيهات، يقتل الناس فيها هرجًا هرجًا قال: قلنا: وما الصَّيحة يا رسول الله؟ قال: هذه تكون في نصف من رمضان، يوم جمعة ضحى، وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة تُوقِظ النائم، وتُخرج العواتق من خُدورهن في ليلة جمعة، سَنَة كثيرة الزلازل والبرد، فإذا وافق رمضان في تلك السَّنة ليلة جمعة، فإذا صليتم الفجر يوم جُمُعة في النصف من رمضان، فادخلوا بيوتكم، وسدِّدوا كواكم، ودثِّروا أنفسكم، وسدُّوا آذانكم، فإذا أحسستم بالصيحة، فخِرُّوا لله سُجَّدًا، وقولوا سبحان القدوس، سبحان القدوس، ربنا القدوس؛ فإنَّه مَن فعل ذلك نجا، ومَن ترك هلك
Sumber: Dorar.net (Ditakhrijkan sebagai Hadis makzub maudhu')
Dalam Sanad hadis itu ada nama Ibn Lahi'ah dan dia adalah seorang yang daif selepas kitabnya terbakar.Ada nama Abdul Wahab bin Hussain dan seorang yang majhul sebagaimana disebutkan oleh Alhakim dan Ibn hajar.
Dalam sanadnya juga ada nama Muhammad bin Tsabit Al-Bannani dan dia adalah dibilangkan sebagai majruh dan daif oleh Ibn Hibban dan Ibn 'Adi. Dalam sandanya juga ada nama Al-Harith bin A'war Al-hamdani yang merupakan pendusta sebagaimana disebutkan oleh As-Sya'bi, Abu hatim dan Ali Ibn Al-Madini serta Ibn Zur'ah mengatakan bahaw ahadis yang ada namanya tidak boleh dijadikan hujjah.
Rujuk : Fatwa Islamweb
No comments:
Post a Comment