Tuesday, October 17, 2023

Hakikat kecurian ketika Yusuf masih kecil

Riwayat yang disandarkan kepada Mijahid dan lain-lain menyebutkan bahawa:

Di masa Yusuf alaihisalam masih kecil, telah berlaku satu kecurian yang dituduhkan ke atas Yusuf. Ia adalah sebuah muslihat yang dilakukan oleh makciknya Faiqah binti Ishak yang merupakan saudara perempuan Yaakob alaihissalam yang merpakan anak tertua nabi Ishak. Perlu diketahui bahawa nabi Ishak itu ada 3 anak iaitu Aisu, Yaakob dan Faiqah.

Apabila Rahil ibu Yusuf meninggal selepas melahirkan Bunyamin, Faiqah menjaga Yusuf. Yusuf ketika itu berisia 5 tahun. Nabi Yaakob a.s  mempercayai saudara perempuannya untuk menjaga anaknya Yusuf. Namun, nabi Yaakob juga tidak tahan berpisah dengan anaknya Yusuf. Maka satu hari dia meminta Yusuf diserahkan kepadanya untuk dia sendiri yang menjaganya.

Faiqah, selaku anak sulung dalam keluarga nabi Ishak, dia mewarisi barang pusaka nabi Ishak. Antaranya adalah selengkar tali pinggang. Demikian mengikut ajaran syariat di masa itu, anak sulung yang mewarisi pusaka ayah tidak kira lelaki atau perempuan.

Namun, tali pinggang itu hilang. Ini menimbulkan keriuhan dalam keluarga besar nabi Yaakob. Setelah dicari sana sini, didapati tali pinggang itu ada di tempat yang membawa kepada Yusuf dipertanggungjawabkan. Ketika itu Yusuf pun dituduh sebagai pencuri. Mencuri barang makciknya itu.  Hal ini membuatkan makciknya menuntut agar Yusuf dihukum. Mengikut ajaran agama ketika itu, perbuatan itu membolehkan mangsa menuntut hukuman dan Faiqah menuntut agarYusuf menjadi hambanya selama 4 tahun. 

Itulah matlamat Faiqah. Dia mahu sepenuhnya Yusuf tinggal bersamanya disebabkan dia amat sayangkan Yusuf. Padahal kes kehilangan talipinggang itu adalah mainannya. ZDia sendiri yang letak di tempat Yusuf dan  bila ditemui Yusuf yang kena getahnya. Namun, matlamatnya adalah mahu bersama Yusuf.

Maka dapatlah Faiqah itu apa yang menjadi kemahuannya. Sebelum dia meninggal beberapa tahun selepas kejadian tersebut, dia mengkhabarkan makar yang dia buat itu kepada keluarga dan minta ia disebarkan agar nama baik Yusuf dibersihkan.

Pun begitu, setelah lebih 30 tahun berlalu dan Yusuf telah dikurniakan Allah kelebihan besar menajadi Aziz dalam negeri Mesir, ia masih menjadi momokan saudaranya. Ini terakam dalam kata-kata mereka:

إن يسرق فقد سرق أخٌ له من قبل

" Kalau dia (bunyamin ) mencuri, maka sesungguhnya saudaranya (Yusuf) juga pernah mencuri sebelumnya".


Apakah merreka tidak tahu pembersihan nama Yusuf yang sudah dinayatakan makcik mereka faiqah sebelum wafatnya. Atau mereka buat-buat lupa lantaran dalam keadaan sangat kecewa dengan kes tangkapan atas Bunyamin. Manusia, pada ketika tertekan, akan mengungkit masa hal-hal masa lepas biarpun masa lepas itu telah pun diselesaikan pada msa tersebut. Sekadar melegakan hati yang terpukul, dikaitkanlah kes kecurian Yusuf walaupun telah jelas bagi mereka bahawa Yusuf bebas daripada pelebelan sebagai pencuri semasa kecilnya.

Ada pendapat-pendapat lain kalangan mufassirin salaf bahawa perbuatan curi yang dinisbahkan kepada nabi Yusuf itu adalah kes yang lain. 

Disebutkan dalam riwayat yang disanadkan kepada Said bin Jubair bahwa Faiqah menyuruh Yusuf mencuri berhala  milik datuknya (Ayah Faiqah) lalu berhala itu dihancurkan dan dilemparkan ke jalanan. Perbuatan itu dilakukan dalam rangkan mencegah kemungkaran. Maka kejadian itu dikaitkan dengan Yusuf dan Yusuf dituduh mencuri dan diaibkan. Qatadah menambah dalam kitabnya Az-Zujaj bahawa berhala itu terbuat daripada emas.

'Athiyyah Al-'Aufi menyebutkan bahawa perbuatan curi yang dinisbahkan kepada Yusuf itu adalah kejadian satu ketika tatkala Yusuf dan saudara-saudara sedang berada depan hidangan.Yusuf melihat ada bahagian urat dalam makanan itu lalu dia mengambil dan menyembunyikannya. Maka perbuatan itu jadi ejekan saudara-saudaranya. Dikatakan tujuan Yusuf adalah untuk memberikan kepada orang miskin.

Bahkan, ada yang menyebutkan bahawa perbuatan curi tersebut tidak pernah ada sama sekali. hanya saudara Yusuf yang mengada-adakannya. Pendapat ini dikemukakan oleh Al-Hasan Al-Basri dan dan disebutkan oleh As-Syaukani dalam Fathul Qadir dan Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya dari perkataan Az-Zujaj. Kata As-Syaukani, inilah yang lebih tepat.Kecurian itu hanya kebohongan saudara Yusuf dan Yusuf tidak pernah terlibat dalam mana-mana perbuatan mencuri.

Rujuk: Islamweb

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...