Friday, October 27, 2023

Majunya Baitul Maqdis dan runtuhnya Kota Madinah.

Di kala konflik Israel-Hamas kembali memanas, kalangan para mimbariyyin dalam masyarakat Islam pun kembali mengingatkan hadis-hadis akhir zaman. Antara hadis yang kembali memicu perhatian kita ialah hadis mengenai penaklukan Baitul Maqdis sebagai awal kepada keruntuhan kota Madinah.

Hadis disebutkan dalam Sunan Abu Daud dan Musnad Imam Ahmad dan merupakan riwayat sahabat Nabi Mu'az bin Jabal.

عُمْرانُ بيتِ المقدسِ خرابُ يَثْرِبَ، وخرابُ يَثْرِبَ خروجُ المَلحَمَةِ، وخُروجُ المَلْحَمةِ فَتْحُ القُسْطَنْطينيَّةِ، وفَتْحُ القُسْطَنْطينيَّةِ خروجُ الدَّجَّالِ، ثمَّ ضرَب بيدِه على فخِذِ الَّذي حدَّثه أو مَنْكِبَيْهِ، ثمَّ قال: إنَّ هذا الحقُّ كما أنَّكَ ها هنا.

Bila Baitul Maqdis menjadi makmur, itulah tandanya Madinah akan runtuh. Bila Madinah runtuh, maka ketika itu berlakulah perang besar. Bila perang besar, akan menyusul kemudiannya pembukaan Qostantiniah. Bila Qastaniniah dibuka, keluarlah Dajjal. Kemudian Nabi SAW menepuk paha Muaz bin Jabal sambil bersabda: Sesungguhnya perkara ini pasti terjadi seperti hakikat kamu sednag dudduk di sini.
( Hadis Saheh) 

Apakah yang dimaksudkan dengan " Umran Baitul Maqdis" dalam hadis tersebut?

Umran maksudnya makmur. Manusia ramai, perniagaan dan kesenangan harta yang melimpah terjadi. Itulah maksud Umran Baitul Maqdis. Maka, Nabi SAW menyebutkan bahawa baitul Maqdis akan mengalami masa-masa kemakmuran.

Satu kefahaman mengenainya ialah khilafah akan ditegakkan di sana. Ia difahami dari sebuah hadis dalam Sunan Abu Daud, diriwayatkan oleh Abdullah bin Hawwalah Al-Azdi. Beliau berkata:


 بعثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم لنغنم على أقدامنا فرجعنا ، فلم نغنم شيئا ، وعرف الجهد في وجوهنا ، فقام فينا فقال: (اللهم لا تكلهم إليّ فأضعف عنهم ، ولا تكلهم إلى أنفسهم فيعجزوا عنها ، ولا تكلهم إلى الناس فيستأثروا عليهم) ثم وضع يده على رأسي أو قال: على هامتي ، ثم قال: (يا ابن حوالة ، إذا رأيت الخلافة قد نزلت أرض المقدسة فقد دنت الزلازل والبلابل والأمور العظام ، والساعة يومئذ أقرب من الناس من يدي هذه من رأس


" Rasulullah SAW telah mengutuskan kami untuk kami dalam satu siri peperangan kecil dengan berjalan kaki. Lalu, kami pulang ke Madinah tanpa memenangi mendapat sebarang ghanimah. Baginda menlihat keletihan pada wajah-wajah kami. Lalu baginda bangun dan bersabda: Ya Allah , janganlah Kau beratkan mereka kepadaku, lalui aku rasa lemah terhadap mereka. Dan janganlan Kau berat mereka terhadap diri mereka sendiri lalu mereka rasa lemah terhadapnya. Dan janganlah kau jadikan mereka bergantung kepada manusia lalu ornag ramai mementingkan diri mereka di atas mereka.

Kemudian nabi SAW meletakkan tangannya di atas kepalaku dan bersabda: Wahai Ibn Hawwalah, apabila engkau melihat khilafah telah berdiri di bumi Al-Quds, maka ketika itu telah hampirlah gempa dan dukalara serta perkara-perkara besar. Hari kiamat pada hari itu lebih dekat dengan manusia berbanding tanganku ini dengan kepalamu".

(Hadis ini disahehkan menurut penilaian Albani)


Maka, dari hadis di atas, bolehlah dikaitkan bahawa maksud dibangunkan Baitul Maqdis adalah munculnya atau berdirinya khilafah di sana.

Kemusykilan mungkin timbul dalam benak orang yang berfikir.  Bukankan pada masa Dajjal keluar, kota Madinah masih berdiri? Ini berdasarkan hadis nabi SAW yang diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

ليس من بلد إلا سيطؤه الدجال إلا مكة والمدينة ليس له من نقابها نقب إلا عليه الملائكة صافين يحرسونها ثم ترجف المدينة بأهلها ثلاث رجفات فيخرج الله كل كافر ومنافق
Tiada satu negeri pun selamat daripada dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-duanya tidak dapat ditembusi dajal kerana para malaikat berbasir mengawalnya. Maka di Madinah berlaku gempa 3 kali yang menyebabkan keluar daripadanya semua orang kafir dan munafiq.

Maka, bagaimana pula disebutkan dalam hadis terdahulu bahawa runtuhnya kota Madinan itu berlaku dahulu sebelum dajjal keluar?

Memahami hal ini, Ibn Kathir ada menyebutkan padangannya dalam Al-Bidayah Wan Nihayah. Katanya, keruntuhan Madinah yang disebutkan itu bukanlah keruntuhan total. Kota Madinah masih ada dan dihuni. Hanya, warga terbaiknya telah keluar dan Madinah menjadi kota terbiar. Dalam Kitab Qissatul Hayat oleh Abdullah bin Abdullah As-Su'aidi, beliau menyebutkan bahawa selepas tegaknya Khilafah di Baitul Maqdis, orang ramai meninggalkan Kota Madinah sehingga burung-burung datang memakan kurmanya yang masak dan serigala menggeru di tiang-tiang masjid hinggalah ke membarnya. Keadaan itu berlangsung selama 40 tahun. 

Dalam riwayat Umar bin Syabbah dalam kitabnya Tarikh Al-Madinah, disebutkan riwayat dengan sanadnya sehingga Abu Hurairah: Kata Abu Hurairah:

لَيَخْرُجَنَّ أَهْلُ الْمَدِينَةِ مِنَ الْمَدِينَةِ خَيْرَ مَا كَانَتْ، نِصْفًا زَهْوًا، وَنِصْفًا رُطَبًا. قِيلَ: مَنْ يُخْرِجُهُمْ مِنْهَا يَا أَبَا هُرَيْرَةَ؟ قَالَ: أُمَرَاءُ السُّوءِ.

Penduduk terbaik Kota Madinah akan keluar meninggalkan Madinah. Sebahagiannya dengan sombong dan sebahagiannya dalam keadaan bsah???

Rujuk syarah:hadisthprophet



Rujuk: Dorar.net




No comments:

Post a Comment

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...