Masyhur bahawa di kalangan pengikut tariqat Ar-Rifa'i, kemampuan mereka untuk tidak terbakar oleh api. Ketika nereka menyentuh api, api tidak membneri kesan terbakar. Bahkan peluru pun tidak menjejaskan mereka. Ini adalah luar biasa. Pada zaman Ibn Taimiyyah, berlaku cabar mencabar antaranya dengan pengikut tariqat Ar-Rifa'i mengenai kemampuan mereka masuk ke dalam api. Ibn Taimiyyah menolak bahawa itu adalah sejenis keramat. Baginya itu adalah sejenis khida'aat (kebohongan/penipuan). Maka diatur sayembara masuk api dan Ibn Tamiyyah mensyaratkan untuk pengikut Ar-Rifa'i itu mendi dengan air cuka sebelum masuk ke api. Lalu pengikut Ar-Rifa'i itu tidak hadir menyahut cabaran itu pada hari yang dijanjikan.
Said Hawa , seorang tokoh pendakwah yang terkenal , dalam menyikapi kemampuan istimewa pengikut tariqat Ar-Rifa'i ini, beliau menganggapnya sebagai karamah. Boleh baca kenyataannya dalam kitabnya "Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah".
Bagi Syeikh Said Hawa, perkara luar biasa itu menjadi istidraj kalau lahior dari kalangan yang fasid di antara mereka, namun jika zahir di kalangan yang saleh di antara mereka, maka itu adalah karamah. Karamah itu adalah zahir karamah buat syeikh Ahmad Ar-Rifa'i yang menjadi pengasas kepada tariqat Ar-Rifa'iyyah itu.
Bandingannya menurut Said Hawa adalah kisah di mana Abu Bakar As-Siddiq pernah menyuruh seorang perempuan Yahudi meruqyah Aisyah r.a. dengan apa yang ada dalam Kitab Allah atau Taurat, lalu sembuh. Peristiwa ini dilihat sebagai Istidraj buat wanita Yahudi itu tetapi ia adalah zahir mukjizat Nabi Musa A.S.
Menurut Said Hawa, semua yang boleh jadi mukjizat buat para Nabi, ia boleh muncul sebagai karamah di tangan wali!
Bahagian kenyataan Said Hawa mempertahankan dan menyifatkan apa yang berlaku di kalangan pengikut tariqat Rifa'iyyah itu sebagai karamah dalam kitabnya "tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah " ada dalam cetakan awal. Namun, menurut Said Hawa, kerana bimbang katanya disalahgunakan sebagai pembelaan kepada penyimpangan yang terjadi dalam tariqat Ar-Rifaiyyah, maka ia dihapuskan daripada cetakan berikutnya.
Bagaimana sikap yang sepatutnya dalam menanggapi dakwaan karamah para pengikut tariqat seperti Ar-Rifa'iyyah itu?
1) Perkara luar biasa yang serupa juga boleh dan pernah muncul di kalangan pengikut agama kafir seperti Budha, Hindu dan lain-lain. Apa yang kita nak sifatkan mengenainya di kala itu. Apakah itu Karamah atau bukan? Tentu bukan karamah. Ia tidak lain hanyalah tipuan syaitan. Khida'at! Maka sebagaimana kita menanggapi khawariq yang muncul di kalangan penganut agama kafir, maka demikian juga kita perlu melihat khawariq yang muncul di kalangan penganut agama Islam. Kita tidak boleh secara gamblang mengatakan ia adalah karamah. Khida'aty Syaithoniyyah tidak hanya bertumpu kepada ornag kafir, bahkan kepada ornag Islam lebih besar.
2) Kita sering keheranan, kalaulah ia karamah, apa guna karamah itu. Karamah adalah sambungan kepada mukjizat. Allah zahirkan mukjizat untuk membela agama. Demikian karamah yang Allah zahirkan di tangan para walinya. Namun, karamah yang didakwa oleh para pengikut tariqat itu apa gunanya? Ia hanya sekardar memperlihatkan kepada khalayak dan tidak digunukan buat membela Islam dan ummatnya yang sedang ditindas dan dihina. Kalau boleh masuk ke dalam api, ditembak tidak lut, gunakanlah untuk lawan musuh-musug Allah , Yahudi -Zionis yang tidak habis-habis merongrong maruah umat Islam. Kalau itu boleh dilakukan, barulah karamah namanya. Karamah itu adalah rif'ah dan penganfgkatan harga diri. Bukan sebuah pertunjukan yang mencari "wow" di kalangan orang yang tidak menjadi ancaman kepada agama Islam.
3) Ketika lahirnya khawariq itu, kita perlu lihat jalannya yang didapati dengannya, bagaimana? Jika kita cermati, ia bukan muncul dari bacaan Quran atau zikir-zikir yang diajarkan Nabi SAW. Ada yang dimulakan dengan paluan kompang dan alunan alat muzik, baru nampak aya yang so call karamah itu. Ini petanda bahawa ia bukan bersumberkan Ahwal Imani tetapi datang daripada Ahwal Syaitoni.
4) Sesiapa yang berpengalaman hadir dalam acara-acara pertunjukan yang didakwa karamah itu akan sering mendengar bahawa ketidakmenjadiannya seriamng dikaitkan dengan adanya orang yang rohaninya jahat. Padahal, ornag yang rohaninya jahat itu datang dalam majlis dan membacakan ayat-ayat Quran sebagai pelindung diri. Lalu kerana itu persembahan karamah tidak lancar.
Rujuk: Kitab Al-Mausu'ah Al-Firaq Al-Muntasabah Lil Islam
Maka, pandangan Said Hawa dalam soal ini boleh dipertikaikan. Bersama keteguhan ilmunya yang kita sanjung, pandangannya dalam menanggapi permainan karamah para Abnaur Rifaiyyah itu kita perlu muhasabah dan sanggah. Tiada tokoh yang maksum dan kita perlu mencari kebenaran dengan hujjah. Kita tidak harus taqlid kepada seseorang hingga tidak mahu berfikir lagi. Yang kita taat dan ucapkan Sami'na Wa Ato'na hanyalah kepada insan ma'sum rasulullah SAW, penunggal syariat dan pemilik risalah!

No comments:
Post a Comment