Isu Allah di langit menjadi polemik yang tidak berkesudahan antara puak Asya'irah dan Salafiyyah. Asyta'irah menhatakan Allah tidak dilangit kerana jika di langit ia difahami bahawa Alalh bertempat. Manakala Salafiyyan pula mengatakan Alalh di langit kerana dalil-dali Quran dan hadis menyebutkan demikian dan ia tidak boleh difahami bahawa Allah meyerupai makhluk yang mengambil tempat.
Dari pergeseran ini timbul dakwaan masing-masing menuduh pihak yang berlawanan. Asya'irah kata sesiapa yang mengatakan Allah di langit dia telah terjerumuis ke dalam perangkap tajism. Manakala Salafiyyah pula kata Asya'irah telah terlajak makan bual akal sehingga mengabaikan nas-nas sebagai dalil. As'yairah telah menganut fahaman muktazilah!
Aku tidak berminat untuk terlibat dalam sengketa aliran. Aku cukup dengan faham apa yang aku faham tentang Allah berdasarkan nas-nas Al-Quran dan hadis. Orang akan kata , kalau demikian aku menganut faham salafiyyah. Aku tidak peduli faham puak mana. Aku tidak mempuakkan diriku.
Aku baca, dengar dan menimbangkan dengan akal waras. Aku tidak ta'assub dengan aliran Asya'irah maupun Salafiyyah.
Satu ayat yang menarik difahamkan dengan dua cara berbeza oleh kedua-dua aliran ini ialah ayat 38 Surah Ghafir:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا
Dan Firaun berkata: "Hai pembesar-pembesar, aku tidak mengetahui bahawa kamu mempunyai tuhan selain daripadaku. Maka nyalakan untukku, hai Haman, api di atas tanah itu dan buatkanlah untukku sebuah menara, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku menyangka dia seorang pendusta."
- Asya'irah kata akidah bahawa di langit adalah Akidah Fairaun bukan akidah Musa.
- Salafiyyah kata Firaun perintahkan Hamman menterinya itu membina menara mencakar langit untuk membuktikan dakwaan Musa bahawa Tuhannya di langit itu adalah dusta. Maka akidah bahawa Allah di langit adalah akidah Musa. Kerana itu ada kata-kata Firaun yang berbunyi:
وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا
" Sesunguhnya aku menduga bahawa Musa itu berbohong"
Bohong tentang apa? Firaun kata dia melihat pembohongan Musa. Dalam perkara apa? Bohong pasal apa? Itu soalannya. Kita cuba semak apa yang Bapa Penafsir , Imam At-Tobari katakan dalam tafsirnya mengenai ayat perkataan Firaun itu.
Imam Tobari menukilkan seperti berikut:
وقوله: ( وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا ) يقول: وإني لأظنّ موسى كاذبا فيما يقول ويدّعي من أن له في السماء ربا أرسله إلينا.
Maka, jika dilihat pada tafsiran ayat ini, jelas bahawa yang mendakwa Allah di langit itu bukan Firaun, tetapi nabi Musa.
Selain apa yang ditafsirkan oleh Imam At-Tobari, ramai lagi tokoh mufassir menafsir sedemikian seperti:
- Yahya bin Salam
- Al-Muhasibi
- As-Samarqadi dalam Bahrul Ulum
- Ibn Khuzaimah
- Uthman Ad-Darimi
- Imam Az-Zahabi
Boleh semak dalam karya-karya mereka berkaitan dengan maksud ayat perkataan Firaun: "Sesungguhnya aku mengira Musa itu pendusta!"
Sebenarnya, kata Allah di langit tidaklah menjadikan seseorang itu Mujassimah sebagaimana dakwaan golongan Asya'irah. Ini kerana kita nak faham kaifiyyat langit pun tak mampu. Apatah lagi nak faham kaifiyat Allah di atas langit. Yang datang dalam zihin puak Asya'irah, jika kata Allah atas langit, Allah sudah ada tempat. Maka dilihat mereka langit macam siling rumah merreka. Macam atas kapal angkasa atau satelit. Itu tahap akal manusia yang tidak boleh berfikir luar daripada realiti dalam dunia benda ini.
Ada sesiapa pernah naik tengok langit itu macam mana? Ada yang balik cerita langit itu begini begitu. Cerita bahawa dia duduk atas langit. Langit tempatnya sekian-sekian. Ada sesiapa yang pernah? Tak pernah bukan?
Maka, kalau ada ayat Quran kata Allah atas langit, Allah atas arasy dan Allah turun ke langit dunia di sepertiga malam, terima ajalah. Kita pun gagal nak faham hakikat langit. Macam mana la nak faham hakikat Allah atas langit dan atas arasy serta turun ke langit dunia.
Beriman dengan nas lebih aula daripada bermain dengan akal manusiawi yang lemah dan naif!
ok...titik.
No comments:
Post a Comment