Showing posts with label Tasawwuf. Show all posts
Showing posts with label Tasawwuf. Show all posts

Thursday, June 20, 2024

KONSEP WALI ALLAH DALAM TASAWWUF YANG MENYIMPANG

 Seharusnya orang yang dianggap wali Allah itu adalah orang beriman yang bertakwa. Apabila dia melakukan amal soleh tambahan daripada yang sunat dan fadhail, maka bertambahlah darjat kewalian itu di sisi Allah SWT. Dengan kata lain, Allah semakin sayang kepadanya dan Allah menjadi pembela tangguh buatnya daripada musuh-musuhnya!

Itulah konsep kewalian yang difahami daripada Al-Quran hadis.

Ayat Quran dalam surah Yunus , ayat 62-64 menyebutkan:

أَلا إِنَّ أَوْلِيَاء اللّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ، الَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ ، لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَياةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ ، لاَ تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Dalam Hadis Riwayat Muslim (No hadis : 2637) menyebutkan sabda Rasulullah SAW:


 إِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ عَبدًا دَعَا جِبرِيلَ فَقَالَ : إِنِّي أُحِبُّ فُلانًا فَأَحِبَّهُ . قَالَ : فَيُحِبُّهُ جِبرِيلُ . ثُمَّ يُنَادِي فِي السَّمَاءِ فَيَقُولُ : إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلانًا فَأَحِبُّوهُ . فَيُحِبُّهُ أَهلُ السَّمَاءِ ، قَالَ : ثُمَّ يُوضَعُ لَهُ القبُولُ فِي الأَرضِ 

Demikian juga disebutkan dalam Saheh Bukhari sebuah hadis Qudsi ( No Hadis: 6021)

مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ، وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ المُؤْمِنِ؛ يَكْرَهُ المَوْتَ وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ

Allah berfirman; Siapa yang memusuhi wali-KU, maka Aku umumkan perang kepadanya, dan hamba-Ku tidak bisa mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah Aku wajibkan, jika hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan sunnah, maka Aku mencintai dia, jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang ia jadikan untuk mendengar, dan pandangannya yang ia jadikan untuk memandang, dan tangannya yang ia jadikan untuk memukul, dan kakinya yang dijadikannya untuk berjalan, jikalau ia meminta-Ku, pasti Kuberi, dan jika meminta perlindungan kepada-KU, pasti Ku-lindungi. Dan aku tidak ragu untuk melakukan sesuatu yang Aku menjadi pelakunya sendiri sebagaimana keragu-raguan-Ku untuk mencabut nyawa seorang mukmin yang ia (khawatir) terhadap kematian itu, dan Aku sendiri khawatir ia merasakan kepedihan sakitnya.


Wali Allah dalam kacamata Islam adalah insan biasa yang tidak maksum. Darjatnya tidak akan lebih baik daripada Nabi dan Rasul. Para sahabat Nabi Muhammad adalah para wali Allah belaka. Terlebih lagi 4 sahabat yang utama. Abu Bakar As-Siddiq adalah Wali Akbar. Manusia mukmin yang bertakwa yang datang selepasnya para sahabat tidak akan mampu mencapai darjat kemuliaan kewalian sahabat.

Pun begitu, para sahabat nabi SAW  bukan maksum. Membaca kisah-kisah mereka, kita dapat senaraikan beberapa kesalahan mereka dan ia menjadi pedoman ketidakmasuman insan lain sesudah mereka.

Sayangnya, golongan yang menisbahkan diri mereka sebaga Ahli dalam tasawwuf telah  memetik konsep kewalian dari sumber yang salah. ia adalah resapan daripada pemikiran luar yang tidak ada hubungkait dengan Islam.

Berikut adalah ciri-ciri wali yang ada dalam pemikiran tasawwuf yang menyimpang itu:

1) Wali adalah manusia yang dilantik.  Sebagaimana Nabi dan Rasul dilantik demikian wali. Ia adalah Wahbiyyah dan bukan Kasbiyyah. Ia adalah anugerah dan bukan daripada usaha dalam bentuk amal soleh dan takwa.
2) Wali adalah maksum.
3) Wali adalah ahli dalam ilmu batiniyyah (Hakikat) sedangkan nabi adalah ahli dalam ilmu zahir (Syariat)
4) Wali diberikan hak tasarruf alam semesta .
5) Wali ada maratibnya dan diletakkan nama-nama seperti Al-Ghauth, Al-Aqtab, Al-Autad, Al-Abdal, Nujaba dan Nuqaba serta nama-nama lain mengikut kumpulan tasawwuf masing-masing.
6) Wali hidup di alam sebalik mata (Dunia ghaib) yang di dalamnya ada eprkara-perkara dan aktiviti yang tidak terjangkau oleh manusia alam nyata seperti bergerak sepantas lipat bumi, ada gunung kaf, mesyuarat daalm dewan wali dsb.
7) Wali hendaklah ada karamah yang dia boleh keluarkan sendiri.
8) Wali boleh melantik wali lain.
9) Wali mendapat ilmu tanpa belajar dan ia adalah ladunni dengan kaedah mimpi, firasat, tahazub dan khawatir yang menerbitkan keajaiban syatahat.


Jika anda bebaskan fikiran anda daripada kebodohan taksub dan taklid membuta tuli, lalu menelusuri asal konsep kewalian dalam kalangan sufi sedemikian, anda akan  terkesima melihat ada persamaan dengan kepercayaan kepada Tuhan-tuhan dalam tradisi agama klasik ornag Greek. Hatta, dapatlah diandaikan bahawa ia menajdi asal muasal munculnya konsep kewalian yang menyimpang ini. Semntara, ilmu tasawwuf falsafah  banyak dipengaruhi oleh falsafah Greek. Dalam memahami ketuhanan dalam tasawwuf falsafi pun, kiblatnyanya banyak terarah kepada falsafah Greek. 

Apa yang jadi pegangan tokoh falsafah Greek seperti Aristotal, Plato dan  Socrates, jadi pegangan dalam ketuhanan menerusi beberapa konsep tasawwuf falsafi. hadamkan banding beza antara falsafah Al-Aqlu Awwal dengan Ainul Haq  dan Anwar Al-Muhamamdiyyah yang ada dalam tasawwuf Falsafi.































Sunday, September 10, 2023

MARTABAT ZUHUD

Ibn Qayyim dalam madarijus salikin membawa perumpamaan mengenai sekeping hati dalam perjalannya menuju Allah. Ia adalah umpama seekor burung. Kepala burung itu adalah mahabbatullah (cinta kepada Allah)dan  khauf (takut) serta raja' (harap) adalah dua sayapnya. Jika kepala dan sayap elok, maka eloklah terbangnya. Jika kepala putus, matilah burung itu. Jika mana-mana dua sayapnya patah, luka atau seumpamanya, maka tidaklah dapat ia terbang dan jadilah ia mangsa kepada buruan atau jatuh terhempap ke bumi.




Zuhud , sebagaimana didefinisikan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya madarijus Salikin (mengambil kalam gurunya Ibn Taimiyyah), ialah MENINGGALKAN APA YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT PADA HARI AKHIRAT. Manakala warak pula ialah MENINGGALKAN APA YANG DITAKUTI MEMBERI MUDHARAT PADA HARI AKHIRAT.

Ada yang mendefinisikan Zuhud itu ialah menjadikan dunia di tanganmu dan akhirat itu di hatimu.

Banyak kalangan ulama ahli dalam soal tarbiyyatul qulub memberikan definisi yang bermacam-macam dalam menjelaskan maksud kepada warak dan zuhud.  Apapun, yang jelas, zuhud itu bukanlah sekali-kali meninggalkan dunia sebagaimana kelakuan sesetengah orang. Mereka itu, yang memakai pakaian compang camping, tinggal di rumah-rumah terbiar dan menjauhi perkara-perkara yang baik , bukan sekali-kali dinamakan ornag zuhud. Hendaklah diperhatikan kezuhudan moidel nabi dan para sahabat. 

Nabi kemuncak kezuhudan dan dia menyukai pakaian yang cantik, kenderaan yang baik dan isteri-isteri. Demikian kalangan sahabat baginda, ada kalangan mereka adalah hartawan yang melimpah harta mereka dengan infaq fi sabilillah!

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, sifat Zuhud yang ada manusia itu boleh diklasifikasikan kepada tiga martabat iaitu:

1) Zuhud dengan meninggalkan yang haram. Inilah zuhud orang-orang awam.
2) Zuhud dengan meninggalkan berlebihan dalam menggunakan perkara yang halal. Inilah zuhud orang-orang khusus.
3) Zuhud dengan meninggalkan apa sahaja yang boleh menyibukkan diri daripada mengingati Allah SWT. Inilah zuhud orang-orang Arifin.


Bacaan: Khaledalsabt 


Sunday, April 30, 2023

MARTABAT SABAR

 Ibn Al-Qayyimm dalam Madarijus Salikin menyebtkan 3  martabat sabar iaitu:

1) Sabar Billah

Iaitu sabar dalam mohon pertolongan Allah SWT.. Orang yang memiliki sabar jenis ini melihat bahawa Allah sahaja yang boleh buatkan dia sabar. Jika Allah tidak jadikan dia sabar, maka tiadalah mampu dia bersabar.

Inilah yang digahami daripada firman Allah dalam Surah An-Nahlu: Ayat 127:

وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّ

" Dan bersabarlah dan sabarmu itu tidak berlaku melainkan kekrana Allah mahu menjadikanmu sabar".


2) Sabar Lillah

 Sabar jenis ini adalah sabar yang didorong oleh cintanya kepada Allah SWT dan mahukan redhaNya. Bukan kerana hendak memenangkan dirinya sendiri.  Inilah sabar kerana Allah. Kerana mahu medapat redha Allah!


3)Sabar Ma'allah

Sabar jenis jenis ini adalah atas dorongan menjalankan hukum hakan agama.


Saturday, March 4, 2023

Ada apa dengan solawat Al-Fatih

Aku kerap kali dengar orang mengulang-ulangkan solawat yang dinamakan Solawat Al-Fatih. Ia dibacakan mereka selepas solat atau sebelum berdoa. Entahkan mereka mengamalkannya kerana dengar tentang kelebihan luar biasanya atau hanya sekadar ikut-ikutan? Apakah mungkin mereka yang mengamalkannya itu tahu sejarah terbitnya solawat yang dinamakan Al-Fatih itu?

Solawat Al-Fatih adalah sejenis solawat yang menjadi produk tarikat Tijaniyyah. Tarikat ini diasaskan oleh Ahmad bin Muhammad bin Almukhtar At-Tijani. At-Tijani itu adalah dinisbahkan kepada sebuah kota yang bernama Tujin di Magribi. Ahmad At-Tijani ini dilahirkan tahun 1150H/1737M. Mulanya dia mengikut tarikat Al-Khulwatiyyah. Kemudian, setelah dia menetap di Kota Fas, dia membentuk tarikat sendiri.

Solawat Al-Fatih adalah antara rekaan penting tarikat ini. Kononnya solawat ini dibawakan oleh malaikat kepada Ahmad Tijani dalam lembaran daripada cahaya. Kononnya, amalan ibadat jin , manusia dan malaikat sekaliannya tidak dapat menandingi hebatnya ganjaran pahala membaca solawat ini. Kononnya, baca sekali solawat ini lebih besar pahalanya berbanding baca quran 6 ribu kali. Ia lebih besar ganjaran dari semua zikir yang diungkapkan dalam al-kaun (alam yang meliputi di sekeliling kita).

Bagi peminat solawat Al-Fatih, seharusnya ambil tahu asal muasalnya. Apa kelebihannya yang dikatakan. Lebih penting, apakah ia kelebihan itu satu yang boleh dipercayai? Sampai membacanya lebih hebat daripada baca quran 6 ribu kali! Apakah muslihat di sebalik mengadakan kelebihan seperti ini? Apakah mahu menarik ummat agar baca solawat ini dan meninggalkan Quran. Al-Quran itu kalam Allah, tanpa ragu. Namun para pengikut tarikat Tijaniyyah menulis dalam karangan-karangan mereka perkataan-perkataan Syeikh Ahmad Tijani  mengenai  kehebatan Solawat Al-Fatih. Mereka menyebutkan bahawa solawat Al-Fatih ini adalah kalam Allah!

Dalam kitab seperti di atas, pada jil 2 muka surat 139, pengarangnya Al-Fauti menyebutkan:

"Dan wajiblah orang yang berzikir dengan solawat ini mengiktikadkan bahawa ia adalah dari kalam Allah".

(Umar bin Said Al-Fauti adalah seorang tokoh dalam tarikat Tijanjiyyah. Beliau juga terkenal sebagai tokoh pejuang Senegal dalam melawan hagemoni penjajah Prancis, Pertugis dan Belanda. Masyarakat di negera-negara Afrika seperti Chad, Mali, Senegal dan lain-lain memeluk Islam melalui penyertaan dalam tarikat. Tarikat adalah jambatan untuk masuk ke dalam Islam. Tarikat Tijaniyyah dan Qodiriyyah adalah antara tarikat yang tersebar di sana. Pada masa penjajah bermaharajalela di sana, maka penyertaan dalam tarikat menjadi medium dakwah dan gerakan kebangkitan rakyat. Antara tokoh tarikat yang berjuang melawan penjajah ialah Umar bin Said Al-Fauti yang dipanggil sebagai Khalifah Al-Muslimin. Beliau mengasaskan daulah Massena.


Berkenaan tariqat Tijani ini, dalam kitab Al-Fikr As-Sufi, oleh Abd Rahman Abd Khaliq, disenaraikan beberapa perkara yang menjadi pokok persoalan mengenai kemustaqiman tarikat ini di atas jalan sunnah nabi SAW:

1) Keyakinan mereka terhadap wuhdatul wujud dan kesatuan agama-agama( Liberalisma agama)

-Lihat Jawahirul Ma'ani oleh Ahmad bin Harazim (penulis terkenal dalam tarikat Tijani)

2) Melebihkan solawat fatih di atas Al-Quran.



-Lihat Jawahirul Ma'ani  Jil 1 ms 94- baca sekali Solawat Al-Fatih lebih baik dari baca 6 ribu kali Quran Al-Karim.

3) Dakwaan bahawa pengikut tarikat Tijani akan masuk syurga walaupun ahli maksiat.




4) Dakwaan bertemu Rasulullah secara Yaqazah dan mengambil ilmu dan ajaran daripadanya.


5) Kemelampauan dalam tawassul dan istighasah kepada kubur dan wali-wali keramat.

6) Mengangkat diri oleh Ahmad Tijani di atas semua para wali.

7) Zikir-zikir rekaan( Seperti zikir JAUHARATUL KAMAL)



Bagi penggemar solawat Al-Fatih, perlulah kenal dahulu tarikat Tijaniyyah dan segala kepincangan di dalamnya. Hendaklah mengkaji dan membaca sumber-sumber dalam tarikat itu sendiri atau merujuk kepada bahan-bahan yang telah dikeluarkan oleh para ahli dalam kajian . Kita tidak boleh menjadi burung tiung yang tidak mengerti apa yang dibicarakan. Fikiran kita hendaklah sentiasa aktif dan mencari kebenaran. Kita tidak mahu beragama dengan agama yang berbaur keruh di muara. Kita perlu sentiasa menoleh sejauh mungkin agama ini hatta ke zaman nabi dan para sahabat. Kita perlu menela'ah rantaian para ulama yang terpercaya di kalangan ummat ini. 

Ingatlah ...di wilayah utara Afrika itu, telah lahir pelbagai aliran sepanjang sejarah. Kelihatannya, buminya subur untuk para dajjal yang menyesatkan. Selamatlah siapa yang selamat dan sesatlah siapa yang sesat. Cuba baca tentang ajaran nabi palsu di sana yang bernama Saleh bin tarif. Demikian juga Hamin Ibn Mannallah. Betapa ajaran khawarij Sofariyyah pernah bersiponggang di sana. Betapa sukarnya sunnah nabi ditegakkan di sana pada zaman Murabitun. Dakwah di sana sentiasa berdepan dengan cabaran.

Jangan mudah tertarikh dengan cerita muluk dari Maghribi!



Tuesday, January 3, 2023

Apa itu Khirqah Sufi?

 The khirqa is the initiatory cloak of the Sufi chain of spirituality, with which esoteric knowledge and barakah is passed from the Murshid or the Shaikh to the aspirant murid. The khirqa initiates an aspirant into the silsilah, the chain or lineage of sheikhs that goes back to the Islamic prophet, Muhammad. This chain serves as the channel through which barakah flows from the source of spiritual revelation to the being of the initiate


There are two kinds of this kind of transmission (tanakkul) of barakah through the khirqa: khirqa-yi irada and khirqa-yi tabarruk. 

Khirqa-yi irada is characterized by the passing of barakah to the aspirant from the singular sheikh to which they have pledged allegiance (bay'at). 

Khirqa-yi tabarruk, also known as the "frock of blessing", is characterized by the passing of barakah to the worthy aspirant from any sheikh that they have encountered.

The silsilah chain created from the passing of the khirqa that confirms authenticity of many hadiths is a form of isnad. It was not until the late eleventh and twelfth centuries that Sufism accepted this form of isnad as a means to transmit mystical knowledge and blessings


Bacaan tambahan: https://www.alukah.net

SALAH FAHAM KONSEP WALI DI KALANGAN SUFI

 1) Kewalian tidak ditambat dengan sifat keimanan, ketakwaan dan amal soleh yang merupakan usaha seseorang hamba untuk diangkat oleh Allah menjadi walinya. Maka iman, takwa dan amal soleh itu  sepatutnya menjadi "kasb" untuk taqarrub kepada Allah. Pemahaman yang betul, sepatutnya darjat kewalian itu adalah maqam yang diapai dengan jalan kasbiyyah.

Sedangkan para sufi melihat kewalian adalah sebuah anugerah (wahbiah) yang diperolehi oleh orang-orang pilihan sekalipun orang itu tidak ada amal soleh, menyalahi syariat, gila, kanak-kanak atau ahli maksiat sekalipun

Pemahaman yang sebegini adalah keliru kerana apa yang menjadi wahbiyyah itu adalah maqam nabi dan rasul sahaja. Sementara menjadi wali bukan dengan cara wahbiyyah.

2) Kewalian bukanlah darjat yang menyamai kenabian, apa lagi mengatasinya. Kewalian tidak maksum sebagaimana para Nabi dan Rasul. Para wali boleh melakukan dosa-dosa tetapi mereka bertaubat dan sentiasa kembali kepada Allah SWT.

3) Para wali boleh zahir pada dirinya keramat iatu hal-hal luar biasa yang bukan dari jenis mukjizat. Namun, para sufi menganggap para wali boleh menerbitkan karamat sebagaimana para nabi boleh menzahirkan mukjizat. Konsep keramat yang sebenar, ia bukan seperti mukjizat. Mukjizat disertai dengan cabaran pencabar atau penentang. Namun keramat bukan zahir disebabkan cabaran penentang. Ia adalah anugerah Allah tanpa diminta atau diusahakan.

4) Para wali adalah insan biasa yang hidup bersama manusia dan bermuamalah dengan muamalah harian sebagaimana orang lain. Namun para Sufi menjadikan para wali satu kelompok orang-orang suci yang punya tingkat dan kedudukan khusus dengan nama-nama tingkatannya serta jumlahnya. Ada wali di tingkatan Abdal, Autad, Ghaus dan lain-lain nama lagi.

Saturday, December 31, 2022

KEPINCANGAN TASAWWUF

Menurut Abdurrahman Al-Khaliq dalam kitabnya, Fadhaih As-Suffiyyah, Tasawwuf adalah sebuah lautan yang bergenangan dengan kumbahan kotor. Dalamnya terkumpul segala macam kekufuran dan zindik yang ada dalam falsafah hindu,  Majusi dan Yunani. Dalamnya ada tipudaya Qoramitah dan puak-puak Batiniyyah, khurafat para ahli kurafat, penipuan para dajjal dan juga aneka macam wahyu kesyaitanan. Semua itu boleh dilihat dalam perkembangan Tasawwf, ilmunya, prinsipnya dan kasyafnya. Apa sahaja akidah kufur yang kau gambarkan dalam zihinmu, kau akan temui dalam dunia tasawwuf bermula daripada menisbahkan ketuhanan (Uluhiyyah) kepada makhluk hinggalah menjadikan makhluk sebagai "Ain" Allah yang maha Satu. 

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Abdurrahman Al-Khaliq setelah beliau mengkaji ilmu tasawwuf dan pemikiran ahi sufi  yang berkembang dalam sejarah Islam. Tentu rumusan beliau ini menyakitkan dan menimbulkan kegalauan yang sangat memanikkan bagi pencinta ilmu tasawwuf. 

Namun, jika tasawwuf yang kita fahami dalam kerangka para salafus soleh, ia tentu tidak termasuk dalam apa yang digambar dan disimpulkan oleh penulis kitab ini. Tasawwuf dalam bentuk tazkiyatunnafsi, membina jati diri yang kuat menghadapi pesona dunia serta bertekhalluq dan akhlak yang mulia. Tanpa filsafat tasawwuf, ilmu tasawwuf adalah ilmu yang mulia dan suci. Ilmu para nabi dan salafus soleh.

Hanya disayangkan, telah datang walijah yang mencemarkan keseluruhan tasawwuf hingga sukarlah menyuluh kejernihan jalan Rasul dan Salafus Soleh dalam kesufian pada hari ini.

Kita ringkaskan beberapa hujahan beliau dalam kitabnya tersebut dan kita fikirkan. Kita buang ketaksuban  firqah dan carilah kebenaran :

Beliau menyenaraikan perbezaan antara Islam dengan tasawwuf:

1) Sumber Islam dalam akidah dan syariat adalah Al-Quran dan Hadis, namun dalam tasawwuf mereka menjadikan kasyaf para wali, mimpi, pertumuan barzakhiyyah dengan orang yang sudah mati, pertemuan dengan nabi Khaidir dan membaca Luh Mahfuz serta mengambil ilmu daripada jin-jin yang disebut sebagai Ruhaniyat sebagai seumber dalam beragama.

2) Akidah tasawwuf ada konsep Al-Hulul yang pernah dianuti oleh Hallaj dan Wihdatul Wujud yang dikembangkan oleh Ibn Arabi, Ibn Sab'in, At-Tilmisani, Abdul Karim Al-Jili,  Abdul Ghani An-Nablusi dan ramai tokoh-tokoh sufi hingga kini.

3) Akidah tasawwuf mengenai kedudukan para Rasul yang tidak mencapai darjat para wali.

4) Tasawwuf memumpunyai kepercayaan melampau tentang wali di mana wali-wali ada kerajaannya dan mereka ada hak tasarruf (menguruskan) ke atas alam semesta ini.

5) Tasawwuf meremehkan syurga yang Allah sediakan dan mendakwa buat amal kerana syurga adalah mengurangkan darjat. Syurga pada golongan tasawwuf adalah mencapai darjat fana. Neraka pula bagi mereka tidak perlu ditakuti. Seorang sufi tidak takutkan neraka dan neraka serta syurga sama sahaja nikmatnya!

6) Ramai kalangan Sufi yang melihat Iblis sebagai hamba yang paling sempurna imannya kerana dia enggan sujud kepada selain Allah. Sementara Firaun pula adala Seafdhal-afdhal orang yang bertauhid kerana dia pernah berkata : Ana Rabbukumul A'la. Ini menjadi dalil bahawa dia mencapai hakikat bahawa semua yang wujud adalah Allah belaka.

7) Kalangan sufi mempunyai konsep ibadat yang berbeza dengan apa yang dikenali dalam Islam. Ibadat solat, puasa, haji dan zakat itu adalah ibadat orang awam. Mereka  mencapai darjat khusus dan ada ibadat dalam bentuk yang lain seperti zikir, khulwat dan haflah-haflah yang tertentu.

8) Halal dan haram kalangan ahli sufi tidak sama dengan apa yang ada dalam syariat Islam. Sebab itu ada sufi yang telanjang, minum arak dan menyetubuhi keldai .Semua itu kerana mereka ada syariat yang lain daripada syariat Muhammad SAW.

*Sesiapa yang membaca kisah-kisah ahli sufi akan temui fakta ini.

9) Kalangan sufi menolak menentang kejahatan pemerimntah yang zalim dan mengajar untuk redha dengan ketentuan Allah SWT.

10) Tarbiah tasawwuf memandulkan akal dan menghilangkan fungsinya. Seorang yang masuk tariqat tidak boleh keluar sama sekali dari tarikat itu dan hendaklah taat sepenuhnya kepada syeikh tariqat seperti mayat di depan tukang mandi!


Inilah perkara-perkara pokok yang perlu menjadi fokus ketika hendaklah bermujadalah dengan para pentaksub kesufian. 

Abdurahman Al-Khaliq menasihatkan agar jangan disibukkan dengan  menegur perkara furuk  dan syakliyyat yang para sufi lakukan. Apa yang perlu dipersoalkan kepada mereka ialah apakah sumber ambilan dalam agama Islam yang meraka anuti? 

Untuk dapat penjelasan yang lebih panjang mengenai apa yang tersimpan dalam khazanah pemikiran Sufi, Syaikh Abdurrahman Al-Khaliq telah huraikan dengan panjang lebar dalam Kitabnya " Al-Fikru As-Sufi". Sila rujuk dan baca.

Cari ilmu dan kebenaran dan buangkan ketakutan . Pecahkan taboo dan kemandulan akal.



RUMUSAN KITAB: PERBEZAAN ANTARA DUA WALI

Bukan semua wali itu wali Allah. Ada juga wali syaitan. Pembahagian dua jenis wlai inu bukan rekayasa Ibn taimiyyah atau sesiapa. Memang All...