Tuesday, January 3, 2023

SALAH FAHAM KONSEP WALI DI KALANGAN SUFI

 1) Kewalian tidak ditambat dengan sifat keimanan, ketakwaan dan amal soleh yang merupakan usaha seseorang hamba untuk diangkat oleh Allah menjadi walinya. Maka iman, takwa dan amal soleh itu  sepatutnya menjadi "kasb" untuk taqarrub kepada Allah. Pemahaman yang betul, sepatutnya darjat kewalian itu adalah maqam yang diapai dengan jalan kasbiyyah.

Sedangkan para sufi melihat kewalian adalah sebuah anugerah (wahbiah) yang diperolehi oleh orang-orang pilihan sekalipun orang itu tidak ada amal soleh, menyalahi syariat, gila, kanak-kanak atau ahli maksiat sekalipun

Pemahaman yang sebegini adalah keliru kerana apa yang menjadi wahbiyyah itu adalah maqam nabi dan rasul sahaja. Sementara menjadi wali bukan dengan cara wahbiyyah.

2) Kewalian bukanlah darjat yang menyamai kenabian, apa lagi mengatasinya. Kewalian tidak maksum sebagaimana para Nabi dan Rasul. Para wali boleh melakukan dosa-dosa tetapi mereka bertaubat dan sentiasa kembali kepada Allah SWT.

3) Para wali boleh zahir pada dirinya keramat iatu hal-hal luar biasa yang bukan dari jenis mukjizat. Namun, para sufi menganggap para wali boleh menerbitkan karamat sebagaimana para nabi boleh menzahirkan mukjizat. Konsep keramat yang sebenar, ia bukan seperti mukjizat. Mukjizat disertai dengan cabaran pencabar atau penentang. Namun keramat bukan zahir disebabkan cabaran penentang. Ia adalah anugerah Allah tanpa diminta atau diusahakan.

4) Para wali adalah insan biasa yang hidup bersama manusia dan bermuamalah dengan muamalah harian sebagaimana orang lain. Namun para Sufi menjadikan para wali satu kelompok orang-orang suci yang punya tingkat dan kedudukan khusus dengan nama-nama tingkatannya serta jumlahnya. Ada wali di tingkatan Abdal, Autad, Ghaus dan lain-lain nama lagi.

No comments:

Post a Comment

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...