Monday, January 16, 2023

Hadis Budh'ah

 Syiah menggunakan hadis budh'ah untuk menghujjahkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq telah menimbulkan kemarahan di pihak Fatimah bt Rasulullah SAW.  Apabila Rasulullah wafat dan Abu Bakar As-Siddiq  menjadi khalifah, Fatimah binti Rasulullah SAW datang kepada Abu Bakar As-Siddiq meminta pusaka nabi dalam bentuk hartanah di Fadak. Abu Bakar menolak permintaan Fatimah atas alasan bahawa nabi telah bersabda bahawa para nabi tidak mewariskan harta pusaka. Harta mereka selepas mereka wafat adalah sedekah. 

Justeru Fatimah tidak berhak atas harta yang dulunya di tangan nabi SAW. Lantaran itu Fatimah tersinggung dan marah kepada Abu Bakar As-Siddiq. Kejadian ini dijadikan hujah oleh Syiah bahawa Abu Bakar dimurkai oleh Rasulullah SAW kerana dalam hadis yang dinamakan hadis Budh'ah, Nabi menyebutkan bahawa siapa yang yang  buat Fatimah marah, dia mengundang kemarahan nabi juga. 

Hadis Budh'ah berbunyi:

فاطمة بضعة مني، فمن أغضبها أغضبني



" Fatimah adalah darah dagingku, sesiapa yang buatnya marah, dia telah buatkan aku marah".

Hadis Riwayat Bukhari

 Hadis tersebut seharusnya difahami dariu latar belakangnya. Ia diungkapkan nabi SAW berikutan kes Saidina Ali hendak menikah seorang lagi iaitu dengan anak Abu Jahal. Ia tidak disukai oleh Fatimah dan dia mengadu kepada Rasulullah SAW. Maka ia adalah semacam amaran kepada Ali agar tidak meneruskan niatnya.

Namun, kaum Syiah menyebutkan sebagai dalil Abu Bakar As-Siddiq mengundang kemarahan Nabi dalam isu tanah Fidak. Mereka tidak pula mengaitkannya dengan Saidina Ali.

No comments:

Post a Comment

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...