Wednesday, January 25, 2023

Jangan buat orang bersangka buruk atas kita

 Sufiah bt Huyai meriwayatkan :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم معتكفًا، فأتيته أزوره ليلًا، فحدثته ثم قمت فانقلبت، فقام معي ليقلبني، وكان مسكنها في دار أسامة بن زيد، فمر رجلان من الأنصار، فلما رأيا النبي صلى الله عليه وسلم أسرعا، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: على رسلكما إنها صفية بنت حيي، فقالا سبحان الله يا رسول الله، قال: إن الشيطان يجري من الإنسان مجرى الدم، وإني خشيت أن يقذف في قلوبكما سوءًا، أو قال: شيئًا 

" Pada satu ketika Rasulullah SAW beriktikaf di masjid lalu aku mendatanginya di malam hari. Aku bercakap dengannya dan kemudian bangun untuk pulang. Maka baginda bangun untuk mengantarkan aku. Rumah Sufiah terletak di perkampungan Usamah bin Zaid. Ketika itu lalulah dua orang daripada kalangan Ansar. Ketika mereka nampak nabi SAW (bersama seornag perempuan), mereka pun berjalan cepat untuk pergi. Nabi SAW pun memanggil mereka sambil berkata: Tunggu, sesungguhnya yang bersamaku ini adalah Sufiah binti Huyai. Dua lelaki Ansar itu pun berkata: Maha suci Allah wahai Rasulullah SAW (Kami tidak menyimpan prasangka buruk).Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Syaitan itu bergerak dalam pembuluh darah manusia. Aku bimbang kalau ia mencampak dalam hati kamu berdua sesuatu sangkaan yang buruk atau sesuatu yang lain".
(Hadis Riwayat Bukhari No 3281)

Hadis ini menjadi tauladan buat ummat nabi Muhammad agar jangan mengumpan sangka buruk orang. Kekadang, tindakan kita boleh membuatkan orang bersangka buruk. Kita tidak harus merasa ujub dengan diri dengan beranggapan bahawa ornag seperti kita tak akan disangka buruk oleh orang. Orang alim yang warak, yang anggap dirinya selamat dari sangkaan buruk orang. Lalu dia tidak cermat dalam menjaga penampilan dan kelakuan di depan orang. Dia bertemu dengan wanita bukan mahram tanpa ditemani. Dia mengajar seorang wanita bukan mahramnya di tempatnya boleh mengundang prasangka. Dia mungkin berkata: Orang sepertiku tidak akan disangka buruk oleh orang. Anggapan seperti itu adalah satu keujuban diri yang menjadi penyakit hati yang tercela. 

Jika sampai orang mengunjingnya gara-gara kecuainya menjaga pinti pinti prasangka buruk, janganlah pula dikatakan dia mendapat pahala percuma hasil gunjingan orang. Ingat, dia penyebab dosa gunjingan itu dan dia berkongsi dosanya bersama sang pengunjingnya. 

Allah SWT pernah berfirman:

لاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ فَيَسُبُّواْ اللّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ [الأنعام: 108]

" Janganlah kamu mencela orang yang menyembah selain Allah SWT nanti kelak mereka akan mencela Allah kerana memusuhimu dna bukan berdasarkan ilmu".


Nabi SAW pernah bersabda :

كيف ترون من يسبُّ أبويه؟! فقالوا: وهل من أحد يسب أبويه؟! فقال: نعم، يسبُّ أبوي غيره فيسبون أبويه 

" Apa pendapat kalian seseornag yang suka mencela bapanya? Sahabat bertanya: Apakah mungkin ada orang mencela bapanya? Maka jawab Rasulullah SAW: Ya, ada, iaitu apabila seseornag mencela bapa orang lain, dan orang lain itu pun mencela bapanya pula".


Maka, sang pengubar maksiat, pencetus, pemercik api sengketa dan fitnah, perintis dan pemula jangan rasa diri selamat dari dosa!

No comments:

Post a Comment

Allah Wujud Tanpa Makan

Allah wujud tanpa makan yang dimaksudkan adalah Allah wujud tidak bertempat. Ia merupakan selogan para ahli kalam. Ia menjadi selogan yang m...