Sunday, January 15, 2023

KENAPA ALLAH TIDAK UTUSKAN MALAIKAT SEBAGAI RASUL?

Orang kafir yang mencabar para Rasul  selalu berhujjah bahawa jika Allah memerlukan Rasul, sudah tentulah malaikat menjadi Rasul Allah. Manusia menggambarkan dalam tasawwur mereka bahawa Tuhan itu di langit dan seharusnya makhluk langit juga yang perlu turunkan ke bumi sebagai utusan. Perumpamaannya adalah seorang raja, apabila mengirimkan utusan, maka tentulah orang istana yang dipilihnya sebagai utusan. Mana ada raja yang pilih orang rakyat biasa sebagai utusannya? demikianlah seharusnya Allah!

Hujah sedemikian dipatahkan oleh Allah dalam beberapa ayat. Rumusannya adalah seperti berikut:

1) Dakwah adalahh pergaulan. Hanya makhluk yang sama jenis sahaja yang selesai digauli. Ayam sama ayamdan iti sama itik. Maka manusia lebnih selesa bergaul sama manusia, bukan malaikat.

2) Tabiat malaikat berbeza dengan manusia. malaikat tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak buat dosa. Bagaimana makhluk yang berlainan tabiat ini hendak dijadikan contoh?

3)Malaikat bukan makhluk yang datang membawa dakwah. Dakwah datang bersama rahmah. Sedangkan kedatangan malaikat adalah untuk uqubah dan membawa halakah. 

4)Malaikat makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata. Jika dia diutuskan kepada manusia, sudah tentulah ia akan menjelma rupa manusia. Kalau sudah menjelma rupa mansuia, lebih baik manusia sahaja jadi Rasul, buat apa malaikat??

5) Kalau andainya malaikat datang dengan rupa asalnya, maka manusia tidak akan sanggup melihatnya. Rupanya yang besar dan ada sayap sudah tentulah gangil untuk manusia.


No comments:

Post a Comment

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...