Friday, January 20, 2023

Inikah Syatohat suci Al-Bistomi???

Telah berkata Imam Az-Zahabi :

Kami berlindung dengan Allah daripada Isyarat-Isyarat Hallajiyyah, Syatahat Al-Bistomiyyah dan Tasawwuf Ittihad. Alangkah dukanya memikirkan kejanggalan mereka daripada Islam dan Sunnah.

(Rujuk Siyar A'lam: Jil 13 ms 442)


Abu Yazid Al-Bistomi sebagaimana direkodkan dalam beberapa sumber seperti Al-Futuhat Al-Makkiyyah( Jil1 Ms 365) , Al-Mawahib As-Sarmadiyyah ( MS 49),  Al-Anwar Al-Qudsiyyah (ms 99), Tobaqaat Sya'rani (ms 1-5), Talbis Iblis (ms 344) dan Ar-rahmah Al-habitoh (ms 309) telah menyebutkan satu perkataan yang mesejnya memperlecehkan para ulama (Ulama Syariat-Kata Mereka):

أخذتم علمكم ميتاً عن ميت، وأخذنا علمنا عن الحي الذي لا يموت، حدثني قلبي عن ربي، وأنتم تقولون: حدثني فلان، وأين هو؟ قالوا: مات، عن فلان وأين هو؟ قالوا: مات

" Kalian mengambil ilmu dari orang mati sedangkan kami mengambil ilmu dari Yang Hidup dan tidak pernah mati (Allah). Telah menceritakan kepadaku oleh Tuhanku. Kalian pula sering berkata: Telah menceritakan kepadaku oleh si fulan. Di mana dia? mereka berkata: Dia telah mati . Kalian menyebutkan : Daripada si fulan! Di mana dia sekarang? Mereka pun kata: Dia sudah mati!"

Disebutkan dalam Al-Ibriz (Ms 2122) perkataan Abu Yazid Al-Bistomi yang menyombong atas para Rasul:

خُضنا ـ أي نحن الأولياء ـ بحوراً وقفت الأنبياء بسواحلها

" Kami (Para wali-wali) telah merenangi lautan yang mana para Rasul hanya mampu berdiri di pantainya".


Al-Jili dalam Al-Insan Al-Kamil (ms 16) menyebutkan perkataan Abu Yazid Al-Bistomi:


تالله إن لوائي أعظم من لواء محمد - صلى الله عليه وسلم -، لوائي من نور تحته الجن والإنس كلهم من النبيين

" Demi Allah! panjiku lebih agung daripada panji Muhammad SAW. Panjiku dari cahaya yang di bawahnya jin dan manusia, semua mereka kalangan para nabi".


Imam Al-Ghazali menulis dalam Ihya Ulumuddin (Jil 3 ms 24) kata-kata Abu Yazid Al-Bistomi:

ليس العالِم الذي يحفظ من كتاب، فإذا نسي ما حفظه صار جاهلاً، إنما العالِم الذي يأخذ علمَهُ من ربِّه أيّ وقتٍ, شاء بلا حفظٍ, ولا درسٍ


"Bukanlah dinamakan ornag alim dengan menghafaz Kitab. Bila dia lupa apa yang dihafaznya, dia pun jadi orang jahil (Sudah tak alim lagi). Adapun orang alim itu ialah meeka yang mengambil ilmu daripada Tuhannyapada mana-mana waktu yang dia mahu tanpa perlu menghafaz dan tak perlu belajar".

Imam Ghazali menambah (Dalam Jil 4 ms 358:

Telah diceritakan oleh seorang tokoh yang terkenal di kalangan penduduk Bistom yang tidak pernah berpisah daripada majlis Abu Yazid. Satu hari dia berkata kepada Abu Yazid: 

Aku ini sejak 30 tahun lepas, berpuasa dan tidak berbuka, qiamullail sepanjang malam dan tidak tidur, namun hatiku tidak juga disirami dengan ilmu-ilmu yang tuan syeikh sebutkan. Aku percaya ilmu mu itu dan aku menyukainya".

Lalu berkata Abu Yazid: Engkau, jika berpuasa dan qiamullail 300 tahun pun tidak akan mencapai ilmu ini walau sebesar zarrah!

Lalu dia bertanya: Kenapa?

Kata Abu Yazid: Kerana engkau mahjub( terlindung) dengan dirimu sendiri!

"Adakah ada ubatnya?" tanya sang murid itu.

Kata Abu yazid: Ya, ada.

" Apa ubatnya, katakan agar aku boleh melakukannya?", sang murid ingin sekali mengetahui penawar buat dirinya.

" Kau tidak akan mampu menerimanya", kata Abu Yazid.

" Katakanlah agar aku boleh amalkannya", sang murid mendesak.

Lalu Abu Yazid menjelaskan: Pergilah olehmu ke kedai gunting, cukur buang rambutmu serta janggutmu, kemudian pakailah abaya (sejenis pakaian wanita), lalu gantungkan di lehermu satu raga dan isikan dalamnya kacang (walnut), setelah itu panggil kanak-kanak kepadamu dan katakan kepada mereka: Siapa tampar aku, aku berikan kacang ini. Masuklah ke pasar bersama mereka dan biarkan orang ramai di pasar yang kenal engkau melihat kelakuan engkau serta kanak-kanak itu.

Sang murid pun berkata: Subhanallah! engkau katakan sedemikian kepadaku (suruh aku buat)?

Abu Yazid berkata: Katamu "subhanallah" adalah syirik!

Murid bertanya: Kenapa?

Abu Yazid berkata: "Kerana engkau membesarkan dirimu sendiri dan tidak membesarkan Allah...!".

" Aku tak boleh buat yang tuan suruh itu, berilah yang lain...," kata sang murid.

" Mulakan yang itu dulu sebelum yang lain , Bukankah aku sudah katakan bahawa kau tidak akan mampu menerimanya?", Balas Abu Yazid.

Komen penulis: Jalan meningkatkan maqam dengan buat perkara yang mengundang penghinaan orang lalu bersabar atas penghinaan itu adalah jalan sebilangan sufi. Kononnya nak buang sifat mazmumah dalam diri. Golongan sufi sebegini disebut sebagai MALAMATIAH. Cara mereka adalah mencela diri . The way of blame. Apakah cara ini yang diajarkan kanjeng Nabi SAW??

La haula wala quwwata illa billah!

Abu Abdurrahman As-Sulami menulis dalam kitabnya "Al-Mehna": 

Penduduk Bistom telah mengengkari apa yang diucapkan oleh Abu Yazid. Dia pernah berkata kepada Al-Hussain bin Isa : 

Aku punya mikraj sebagai nabi Muhammad SAW dimikrajkan. 

Lalu warga Bistom menghalaunya keluar dari Bistom . Dia pun pergi ke Makkah dan tinggal di sana selama 2 tahun. Kemudia dia ke Jarjan dan tinggal di sana hingga Al-Hussain bin Isa meninggal lalu dia pun pulang semula ke Bistom.

Ibn Jauzi dalam Talbis Iblis menukilkan kata-kata yang amat dahsyat oelh Abu Yazid Al-Bistomi (Ms 341, 343 dan 346). Kata-kata itu memperlecehkan siksaan neraka yang Allah sediakan buat manusia yang kafir dan derhaka. Lihat apa katanya:

إن لله عباداً لو بصقوا على جهنم لأطفؤوها ولقد وددت أن قامت القيامة حتى أنصب خيمتي على جهنم، فسأله رجل: و لم ذاك يا أبا يزيد؟ فقال: إني أعلم أن جهنم إذا رأتني تخمد فأكون رحمة الله للخلق

" Ada kalangan hamba Allah, jika dia meludah ke dalam neraka jahannam, padamlah api neraka jahannam itu. Aku sendiri ingin sekali kalau berlaku kiamat  sekarang supaya aku boleh buat khemah dalam neraka jahannam. Maka ditanyakan kepada oleh seorang lelaki: Kenapa nak buat khemah dalam neraka jahannam wahai Abu Yazid? Lalu kata Abu Yazid: Sesungguhnya aku tahu bahawa jika neraka jahannam melihatku, apinya akan padam dan dengan itu aku menjadi rahmat kepada makhluk!".


Katanya:

اللهم إن كان في سابق علمك أن تعذب أحداً من خلقك بالنار فعظم خلقي حتى لا تسع معي غيري


" Wahai Allah, jika dalam ilmuMu engkau akan mengazabkan seseorang daripada makhlukmu, maka besarkan tubuhku dalam neraka sehingga tiada lagi masuk neraka bersamaku".


وما النار. ؟ والله لئن رأيتها لأطفئنها بطرف مرقعتي


Katanya lagi: 

وما النار. ؟ والله لئن رأيتها لأطفئنها بطرف مرقعتي

" Apa itu neraka? Demi Allah, jika aku melihatnya, akan aku padamkan ia dengan hujung pakaianku (marqa'ah-sejenis pakaian sufi yang bertampal-tampal)"


Rujuk: Pemuka tasawwuf 


Kilasan penulis: Fuh! Dahsyat...neraka kau buat main ja. kau tak takut pun azab mneraka. Sanggup masuk neraka. Kau dakwa rahmat untuk makhluk, kau yang punya, bila kau pacak khemah dalam neraka, apinya padam. Rahmat nabi Muhammad SAW pun tak sampai tara ini. Pakciknya Abu Talib sendiri tak dapat diselamatkan dari neraka. Hanya ringankan azab sahaja. Ini, kau pacak khemah dalam neraka, api padam. Yang masuk neraka tak nampak api neraka. Pasai apa? Pasai ada seorang juru pembawa rahmat tinggal dakam neraka!

Luar biasa hebatnya Abu Yazid Al Bistomi!

Siapa orang ini?  Seorang wali Allah atau wali Syaitan? Seorang muslim atau Zindiq??



No comments:

Post a Comment

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...