Monday, January 2, 2023

BAHAYA KELOMPOK BATINIYYAH

 Telah berkata Al-Baghdadi sebagaimana dinukilkan dlaam kitab Al-Firaq Bainal Firaq, MS 382:


"Ketahuilah olehmu( Semoga Allah membahagiakan kalian), bahawa sesungguhnya bahaya kaum batiniyyah itu berbanding kelompok-kelompok lain adalah lebih. Ia lebih berbahaya daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi. Malahan, bahayanya lebih berbanding bahaya golongan Dahriyyah dan semua jenis kelompok yang kafir. Lebih daripada itu, bahaya golongan Batiniyyah adalah lebih berbanding bahaya dajjal yang akan muncul di akhir zaman. Ini kerana orang yang disesatkan oleh dakyah batiniyyah lebih ramai sejak zaman kemunculannya sehingga hari ini berbanding orang yang bakal disesatkan oleh dajjal pada masa dia menzahirkan dirinya. Sementelahan, tempoh fitnah dajjal itu hanyalah tidak lebih 40 hari dan kebnurukan Batiniyyah itu lebih banyak daripada bilangan pepasir  dan juga titisan air hujan".


Kejahatan kemuncak kaum Batiniyyah berlaku apabila puak Qaramitah dapat menguasai kaabah dna membunuh para hujjaj yang sednag bertawah di Kaabah. Dianggarkan jumlah korban jiwa yang mereka renggut seperti merenggut lalang-lalang adalah sebanyak 13 ribu jiwa. Mereka melemparkan mayat-mayat ke dalam telaga zam-zam dan mencungkil keluar hajaral aswad dari kaabah dan bawa balik ke negeri mereka di Bahrin. Lebih 20 tahun Kaabah tiada Hajaral Aswad sehinggalah ia terpaksa dikembalikan kemudiannya.


No comments:

Post a Comment

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...