Tuesday, January 17, 2023

Bantahan hujahan Syiah: Ali bin Abi Talib jadi khalifah Rasulullah di Madinah ketika Perang Tabuk

Rasulullah SAW dan para sahabat menuju ke Tabuk untuk berdepan dengan pasukan Rom pada bulan Rejab tahun ke-9H. Baginda berangkat ke sana bersama 30 ribu anggota pasukan jihad. Di Madinah hanya tinggal ornag-orang munafiq termasuk 3 orang yang disebutkan kisah mereka dalam Al-Quran. Rasulullah SAW telah melantik Saidina Ali R.A menggantikan baginda sebagai pemimpin Kota Madinah selama baginda berpergian . Erinya Saidina Ali tidak ikut serta dalam perang Tabuk. Tugas ini diterima Saidina Ali dengan rasa berat hati. Dia mahu ikut serta berperang, sesuai dengan jiwa nya sebagai mujahid di medan perang. Dia datang mengadu kepada nabi perasaannya.

" Ya Rasulullah, apakah patut aku ditinggalkan bersama kanak-kanak dan para wanita?",

Rasulullah SAW memujuk Saidina Ali dengan mengatakan:

" Apakah engkau tidak suka engkau di sisiku berada pada manzilah Harun di sisi Musa?


Peristiwa ini menjadi hujah kelompok Syiah bahawa Ali adalah Khalifah yang ditentukan oleh nabi selepas wafatnya baginda. Perlantikan Ali sebagai khalifah di Madinah semasa ketiadaan Rasululalh SAW adalah satu insyarat bahawa Ali bin Abi Talib adalah pengganti Rasulullah SAW sebagai imam dan pemimpin kaum muslimin sesudah Rasululah SAW dan bukan Abu Bakar dan lainnya.

Hujah sebegini telah didatangkan oleh Ibn Mutahhir Al-Hulli dalam kitabnya  "MINHAJUL KARAMAH FI MA'RIFATIL IMAMAH". Maka, Ibn Taimiyyah membantah hujahan sedemikian dalam kiatbnya "MINHAJUS SUNNAH".

Perlantikan Ali memimpin Kota Madinah dalam peristiwa ini tidak boleh dijadikan dalil bahawa dia adalah individu yang ditunjukkan khalifah pengganti Rasululah SAW berdasarkan hujahan berikut:


1) Ali menjadi pemimpin Maidnah dalam keadaan Madinah hampir kontang daripada para sahabat yang beriman. Mereka beramai-ramai keluar bersama Rasululah SAW menuju ke Tabuk. Justeru, apalah istimewanya Ali dalam hal ini kerana kepimpinannya adalah atas minoriti warga Madinah termasuk orang-orang munafiq yang tidak mahu ikut serta dalam Perang Tabuk?


2) Orang yang paling Afdhal layak jadi khalifah selepas Rasululah SAW. Tentu sekali orang yang ikut serta bersama nabi dalam perang dihitung lebih afdhal berbanding orang yang tinggal di Madinah dan tidak ikut perang. Yang ikut bersama nabi adalah Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain. Ali tidak ikut serta. Ali dijadikan pemimpin yang menjaga musuh-musuh Islam di Kota Madinah dari kalangan munafiq serta menjaga keluarga-keluarga orang beriman yang ditinggalkan. Bagaimana kepimpinan Ali tersebut dijadikan dalil bahawa dia orang paling Afdhal berbanding sahabat lain yang ikut bersama ke medan jihad?

3) Rasulullah SAW menyebutkan bahawa manzilah Ali adalah seperti manzilah Harun di sisi Musa. Ia bukan dalil kekalifahan sebagaimana dakwaan Syiah. Ia bukan bermaksud Ali sama seperti nabi Harun dalam segenap seginya di samping Musa. Jika dibandingkan Harun dan Ali, di sana ada perbezaan fungsi dan keadaan. Ia boleh dilihat dari aspek berikut:

a) Harun ditinggalkan Musa bersama seluruh Bani Israil sedangkan Musa pergi ke Tursina bersendirian.

 

b) Ali ditinggalkan bersama segelintir ornag sedangkan nabi keluar bersama hampir semua orang beriman.

 

c) Tanggapan Ali, tinggalnya dia memimpin Madinah bukan satu kelebihan bahkan satu kekurangan hendaklah diambil kira. Adakah ia sama dengan sikap Harun bila dia dilantk nabi SAW memimpin Kota Madinah???

 

d) Orang Munafiq mengejek Ali mengatakan bahawa lantikannya itu adalah kerana kekurangannya, lalu Rasulullah SAW  menjelaskan dengan tamsilan Harun di  sisi Musa.

 


4) Dalam banyak peristiwa lain, jawatan yang di sandang Ali itu pernah juga disandang oleh sabhabat-sahabat yang lain. Dalam Perang Badar, Uhud dan Fathu Makkah, ada sahabat-sahabat nabi selain Ali yang diangkat jadi khalifah Rasulillah di Madinah. Apakah itu boleh dijadikan dalil kelayakan mereka sebagai khalifah sesudah wafatnya Rasulullah SAW?


5) Kalau Ali sama dengan Harun, tidakkah Syiah tahu bahawa Harun tidak menggantikan Musa jadi pemimpin Bani Israil. Harun wafat lebih dahulu dari Musa. Selepas Musa orang lain jadi khalifah atas bani Israil. Yusya' bin Nun. Maka bila nabi SAW samakan Ali dengan Harun, ia bukan membawa maksud Ali ganti nabi kerana Harun pun tak ganti Musa. Maka, bagaimana nak jadikan sabda nabi bahawa manzilah Ali di samping Rasululah SAW  adalah seperti manzilah Harun di sisi Musa? Bagiaman nak jadikan sebagai pengakuan tersirat bahawa Rasulullah mahu beritahu bahawa Ali bakal menggantikannya sebagai khalifah atas orang beriman?



No comments:

Post a Comment

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...