Wednesday, May 31, 2023

Abdul Aziz Ad-Dabbagh

Di kalangan orang yang diangkat dan dainggap wali besar ada yang Ummi, tidak tahu membaca dan menulis. Namun, riwayat-riwayat yang dinukilkan tentangnya menyebutkan karamah-karamah tentangnya  yang sangat banyak. Dia mempu mengkhabarkan peristiwa hari esok dan mendedahkan rahsia yang ada di alam janin. 

Orang yang dimaksudkan itu bernama Abdul  Aziz bin Mas'ud Ad-Dabbagh yang di kalangan orang sufi disebutkan sebagai Qutub.

Beliau berasal dan hidup di negara Morocco. Kuburnya hari ini ada di Kota Al-Fas menjadi tempat kunjungan orang yang mengikut alirannya berdoa memohon hajat.






Manaqib serta kisah mengenainya dihimpunkan dalam kitab Al-Ibriz oleh muridnya yang bernama Ahmad bin Mubarak.


Ahmad bin Mubarak meriwayatkan dalam Al-Ibriz,  kisah Abdul Aziz Ad-Dabbagh diuji gurunya Sidi Abdullah Al-Barnawi . Gurunya itu telah menjelma menjadi seorang perempuan sewaktu Ad-Dabbagh beradas di Pulau Ibn 'Amir. Perempuan yang cantik yang berpurdah dengan pakaian busana jilbab datang menggodanya dan mengajaknya berkhalwat. Ad-Dabbbagh lari dari satu tempat ke satu tempat. Setiap kali dia lari, wanita itu muncul di depannya. Sehnggalah gurunya menjelma semula dan menyatakan bahawa dia lulus ujian fitnah wanita.




No comments:

Post a Comment

Isu Tawassul-Pilih sahaja sikap anda!

Bertawassul dengan orang mati adalah isu yang diperdebatkan antara kelompok di kalangan Muslimin. Ada kalangan ulama menegaskan bahawa ia ad...