Monday, January 15, 2024

Makruh Tahrim dan makruh Tanzih

Larangan-larangan Allah yang jelas dalam Quran dan hadis nabi SAW diistilahkan sebagai haram. Kalangan fuqaha, ada yang menamakannya dengan makruh Tahrim. Maka, tiada beza antara haram dengan makruh tahrim.  ia adalah nafsu syai'.

Istilah makruh digunakan untuk perkara-perkara yang haram seperti firman Allah dalam Al-Quran, Surah Al-Israk, ayat 38:

كُلُّ ذَٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُۥ عِندَ رَبِّكَ مَكۡرُوهٗا





Dalam hadis, ketika istilah makruh digunakan oleh Rasulullah SAW, ia membawa maksud haram. Umpamanya dalam hadis, sabda nabi SAW:

 إنَّ اللَّهَ كَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا: قيلَ وَقالَ، وإضَاعَةَ المَالِ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ.
الراوي : المغيرة بن شعبة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم | الصفحة أو الرقم : 593 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح] | التخريج : أخرجه البخاري (1477)

Ada satu lagi jenis makruh yang disebutkan oleh para fuqaha iaitu makruh tanzih. Itulah makruh yang diertikan dengan tidak berdosa melakukannya , tetapi diberikan ganjaran pahala jika meninggalkannya.
Makruh jenis ini boleh dikesan dalam hukum hakam Islam apabila datang nas melarangnya tetapi datang pula nas yang menunjukkan sebaliknya.

Umpamanya hukum minum berdiri, minum dari bekas air yang besar (qirab)


Istilah makruh tahrim dan makruh tanzih ini adalah isu berkaitan pembahagian hukum taklifi di kalangan para fuqaha.
Perlu juga dijelaskan bahawa para Fuqaha' berbeza pandangan dalam soal pembahagian hukum taklifi.

Perbezaan itu terbahagi kepada dua iaitu pandangan JUMHUR dan pandangan Hanafiyyah.


Pembahagian hukum menurut JUMHUR adalah lima iaitu:
  1. Wajib
  2. Haram
  3. makruh
  4. Sunat
  5. Harus.
Contoh makruh ialah berborak selepas insya. Ini berdasarkan hadis:

كان النبي يكره النوم قبلها والحديث بعدها عليه الصلاة والسلام

Demikian juga makruh becakap apa yang tiada faedah, makruh meninggalkan solat-solat sunat rawatib, melebihkan basuhan wudhuk lebih daripada 3 kali.

Termasuk dalam makna makruh ini ialah makan sambil bersandar, minum dari mulut bekas minuman utama, bernafas ke  dalam bekas minuman, istinjak dengan tangan kanan, sentuh kemaluan dengan tangan kanan tanpa uzur, berjalan dengan sebelah kasut di kaki, berbantah-bantah dalam masjid, meninggikan suara dalam masjid, duduk ihtiba'/qurfaso' (duduk dengan menegakkan 2 kaki dan dua tangan memautnya) dalam masjid saat khatib sedang berkhutbah jumaat , mencela/mengeluh kerana demam,mencemuh ayam jantan berkokok, solat di samping makanan, mengkhususkan hari jumaat untuk berpuasa dan menolak huluran sapuan minyak wangi tanpa uzur.


Namun, bagi mazhab Hanafi, pembahagian hukum taklif di sisi mereka ada tujuh iaitu:
  1. Fardhu
  2. Wajib
  3. Sunat
  4. Haram
  5. Makruh Tahrim
  6. Makruh Tanzih
  7. Harus
Mazhab Hanafiyyah berbeza dengan Jumhur dari sudut membahagikan hukum makruh. Mazhab Hanafiyyah  membahagian makruh kepada dua iatu:
a) Makruh Tahrim iaitu apa yang diperintah syarak meninggalkannya secara jazam berdasarkan dalil yang zonni. Misalnya : memakai pakaian sutera, jual atas jualan dan meminang atas pinangan orang.

Mazhab Hanifi menghukumkan makruh tahrim itu dengan kata: Ia lebih dekat kepada haram. 

b) Makruh Tanzih iaitu apa yang diperintahkan Syarak meninggalkannya tidak secara jazam berdasarkan dalil yang zonni seperti makan daging kuda. Tiada beza aspek ini dengan apa yang diistilahkan oleh JUMHUR sebagai makruh.

 

Mazhab Hanifi menghukumkan makruh tanzih itu dengan kata: Ia lebih dekat kepada halal. 


Kalau dilihat dari sudut penggunaan istilah makruh di kalangan Salaf, ia merujuk kepada yang haram. Imam Ibn Al-Qayyim menyebutkan dalam kitabnya I'lamul Muwaqqi'in:


 فالسلف كانوا يستعملون الكراهة في معناها الذي استعملت فيه في كلام الله ورسوله، أما المتأخرون فقد اصطلحوا على الكراهة تخصيص بما ليس بمحرم وتركه أرجح من فعله، ثم حمل من حمل منهم كلام الأئمة على الاصطلاح الحادث فغلط في ذلك


Kalangan salaf juga tidak menggunakan istilah halal dan haram yang diputuskan oleh pandangan mereka. Bila ditanya hukum, mereka tidak akan mengatakan ini haram atau ini halal. Mereka gunakan istilah makruh. Kata mereka aku tidak suka yang ini dnba aku suka yang ini. Imam Ibn Al-Qayyim menuklilkan sikap salaf ini dalam kitabnya:

قال ابن وهب: سمعت مالكًا يقول: لم يكن من أمر الناس ولا مَنْ مضى من سلفنا، ولا أدركتُ أحدًا ممن أقتدي به يقول في شيء: «هذا حلال، وهذا حرام» وما كانوا يجترئون على ذلك، وإنما كانوا يقولون: نكره كذا ونرى هذا حسنًا، فينبغي هذا، ولا نرى هذا، ورواه عنه عتيق بن يعقوب، وزاد: ولا يقولون حلال ولا حرام، أمَا سمعت قول الله تعالى: {قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا أَنزَلَ اللهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًا وَحَلاَلًا قُلْ آللهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللهِ تَفْتَرُونَ} (يونس: ٥٩) الحلال ما أحله الله ورسوله، والحرام ماحرمه الله ورسوله

Imam Ibn Qayyim mengatakan bahawa berlaku kesialpan fahaman di kalangan penuntut ilmu mazhab-mazhab dalam menghadam maksud makruh yang disebutkan oleh imam-imam mazhab. Makruh di sisi mereka bukanlah makruh yang difahami oleh para pengikut mazhab.

Lalu imam Ibn Al-Qayyim menyebut beberapa misal kesalahan yang terjadi dalam perkara ini.

Baca: Shamela



No comments:

Post a Comment

Abu Lahab merdekakan Tsuwaibah Al-Aslami

Ketika berita kelahiran Nabi SAW disampaikan oleh hamba Abu Lahab yang bernama Tsuwaibah kepada tuannya, maka saking gembiranya Abu Lahab, d...