Monday, January 15, 2024

JIKA KAU TINGGALKAN SESUATU KERANA ALLAH, ALLAH GANTIKAN YANG LEBIH BAIK BUATMU

Kata-kata ini berbunyi:

إنك لَن تدَع شيئًا للهِ عزَّ وجلَّ إلا بدَلك اللهُ به ما هو خيرٌ لكَ منه

Albani menukilkannya dalam Silsilah Sohehahnya dan kata-kata senada ini banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis nabi SAW.

Bahawa, jika kau rela hilang sesuati demi mendapat redha Allah SWT, maka jangan sedih atas kehilangan itu. Yakinlah bahawa di depanmu ada gantian yang lebih baik. Allah maha adil dan sentiasa menggantikan yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik.


Contoh-contoh praktikal:

1) Tinggahkan rasa kedekut terhadap harta dan membelanjakannnya ke arah kebaikan seperti sedekah, infaq dan  seumpamanya.

2) Tinggalkan rasa ingin balas dendam dan memaafkan mesalahan ornag

3) Memilih tawadhuk dan tinggalkan takabbur

4) Kisah nabi Yusuf yang memilih penjara daripada menurut godaan Zulaika, Allah gantikan dengan kekuasaan dalam negeri Mesir.

5) Nabi Sulaiman memilih untuk menyembelih kuida-kuda hebat yang melalaikannnya dari solat asar , kemudian Allah gantikan dengan angin sebagai kenderaan barunya.

6) Muhajirin yang meninggalkan Mekah, Allah gantikan untuk mereka kekuasaan di timur dan barat dalam futuhat seterusnya.

7) Tinggalkan curi harta ornag, Allah gantikan dengan harta yang halal yang lebih baik.

8) Tinggalkan zina, digantikan dengan dapat isteri yang solehah.




Kata Qotadah bin Di'amah As-Sudusi, seorang tabi'in yang mulia :

لا يقْدِرُ رَجلٌ على حَرَامٍ ثم يَدَعه ليس به إلا مخافة الله عز وجل إلا أبْدَله في عاجل الدنيا قبل الآخرة ما هو خيرٌ له من ذلك.



No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...