Tuesday, January 30, 2024

Membayangkan Alam Ulya

Jarak antara bumi dengan langit adalah 500 tahun perjalanan.

Sementara antara satu langit dengan langit di atasnya, jaraknya adalah 500 tahun perjalanan pula.

Samkussama'  (ketebalan ) setiap langit pula adalah sejauh 500 tahun setiap langit.

Di atas langit ke tujuh adalah KURSI

Atas KURSI ada Lautan

Itulah Laut yang disebutkan dalam Surah At-Toor, ayat 6

الْبَحْرِ الْمَسْجُورِ [الطور:6]

Antara KURSI dan Lautan 500 tahun perjalanan

Kedalaman lautan itu pula 500 tahun perjalanan.

Di atas lautan ada ARASY.

Atas Arasy Allah SWT yang MAHA AGONG

Arasy ditanggung oleh 8 Malaikat Penanggung Arasy sebagaimana disebutkan dalam Quran:

ويحمل عرش ربك فوقهم يومئذ ثمانية 
{الحآقة:17}

Malaikat Penanggung Arasy itu besarnya, teramatlah dan ia digambarkan dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

أذن لي أن أحدث عن ملك من ملائكة الله من حملة العرش، إن ما بين شحمة أذنه إلى عاتقه مسيرة سبعمائة عام
أخرجه أبو داود في السنن.


Hadis menyatakan bahawa jarak antara bawah telinga ke pangkal leher sahaja memerlukan perjalanan selama 700 tahun.

Bandingkan keadaan ahli neraka sahaja, tubuhnya dibesarkan .

Dalam Saheh Muslim, disebutkan bahawa besarnya badan ahli neraka:

ما بين منكبي الكافر في النار مسيرة ثلاثة أيام للراكب المسرع
رواه مسلم 

Dalam Sebuah hadis Marfu', riwayat Ahmad disebutkan:

إن الرجل من أهل النار ليعظم للنار، حتى يكون الضرس من أضراسه كأحد

Ketebalan kulit pun sudah 40 hasta!

إن غلظ جلد الكافر اثنان وأربعون ذراعاً، وإن ضرسه مثل أحد، وإن مجلسه من جهنم ما بين مكة والمدينة"رواه الترمذي



Riwayat Ad-Darimi dan At-Tabrani menyebutkan Ibn Mas'ud menyebut:

مابين السماء الدنيا والتي تليها خمسمائة عام، وبين كل سماء مسيرة خمسمائة عام، وبين السماء السابعة وبين الكرسي خمسمائة عام، وبين الكرسي والماء مسيرة خمسمائة عام، والعرش على الماء، والله تعالى فوق العرش، وهو يعلم ما أنتم عليه.



Disebutkan dalam Surah Al-Ma'arij, ayat 4:


تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ (4)


Mengenai pemahaman ayat ini, ada 4 Qaul:

1) Jarak antara Arasy Allah yang agung dengan alam paling bawah.
2) 50 ribu tahun adalah tempoh masa keberadaan dunia sebelum ia dimusnahkan oleh peristiwa kiamat.
3) Senggangan masa antara alam dunia dan alam  akhirat.
4) 50 ribu itu adalah hari dalam perkiraan selepas kiamat.














No comments:

Post a Comment

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia dise...