Sunday, January 21, 2024

Dua bala

 Satu hari, Khalifah Al-Mansur berkhutbah di Syam. Dalam khutbahnya itu, beliau telah berkata:

" Wahai manusia, kalian seharusnya bersyukur kepada Allah, sejak aku menjadi khalifah, kalian terselamat daripada wabak taun yang telah datang menyernag kamu sebelum ini!".


Lalu, seorang Badwi menyambut katanya dengan berkata:

" Kemuliaan Allah lah yang tidak menjadikanNya menimpakan dua bala serentak ke atas kami!". 

Maksud kata-kata Badwi tersebut adalah bala diperintahkan oleh Khalifah yang berdarah dingin, menekan dan menindas mereka tidak akan ditambahkan dengan bala wabak taun. Kemuliaan Allah SWT menjadikannya tidak menghimpunkan dua azab itu serentak.


Sumber cerita: Kitab Nawadir Al-Khulafaa oleh Muhamamd Dayyab Al-Itlidi

No comments:

Post a Comment

Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...