Tuesday, January 16, 2024

Kisah sebuah janji yang ditepati

Kisah ini diceritakan ramai orang. Ramai ustaz menceramahinya. Kisah yang berlaku di zaman Khalifah Umar. Seorang lelaki telah ditangkap kerana membunuh seorang lelaki tua. Dua anak lelaki tua itu kemudiannya menangkap lelaki si pembunuh dan menyeretnya kepada Khalifah serta menuntut dijalankan qisas ke atas si pembunuh. Setelah diminta penjelasan, lelaki itu mengaku bahawa dia telah membunuhnya kerana berlaku konflik antaranya dengan bapa mereka. Puncanya adalah kerana untanya telah masuk ke kawasan bapa mereka dan dia telah membunuhnya. Saking marahnya tindakan itu, dia bunuh bapa mereka.. Maka Khalifah pun jatuhkan hukuman Qisas. 

Namun, si pembunuh minta tangguh 3 hari sebab nak balik ke kampungnya selesaikan urusan. Khalifah minta penjamin. Lalu Abu Zar Al-Ghifari menjaminnya. 

Kisah ini juga divideokan 



Kisah mengenainya direkodkan dalam sebuah Kitab bernama "I'lamunnas bima waqa'a lil baramikah ma'a Bani Abbas" yang ditulis oleh Muhamamd Dayyab Al-Itlidi, seorang Qussos( tukang cerita) yang meninggal pada awal kurun ke-12 H. Kitabnya itu disempurnakan penulisannya pada tahun 1100H=1689M. Para pengkaji meragui kebenaran banyak daripada kisah-kisah yang direkodkan dalam kitabnya. Kitab ini bukanlah sebuah kitab yang boleh dipegang secara muktamad apa yang direkodkannya.

Boleh baca dalam kita ini menegnai kisah:  Umar , pemuda yang membunuh dan Abu Zar

Dalam kitab ini dicerotakan pelbagai cerita sejak zaman Umar Al-Khattab sebagai khalifah hinggalah zaman Khalifah Abbasiyyah dan ditamatkan dengan cerita terakhir mengenai keadilan Ahmad bin Tolun dari kerajaan Tuluniyyah.(Kisah Ahmad bin Tulun Menghukum Amir Al-Fil)






Sila Baca Kisah: Janji yang dipenuhi

No comments:

Post a Comment

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia dise...