Friday, October 2, 2026

EPISTIMOLOGI

EPISTIMOLOGI adalah berasal daripada gabungan dua kata dalam bahawa Yunani iaitu:

Epistimo-Ilmu pengetahuan yang benar
Logos-Teori, kajian, pertimbangan atau sains

Maka apabila disebut Epistimologi, ia merupakan satu cabang ilmu falsafah yang membicarakan tentang sifat-sifat sesuatu yang disebut ilmu. Apakah asal usulnya atau sumbernya, bagaimana menentuk kebenaran sesuatu ilmu dan apakah ilmu ada batas-batasnya. Perbicangan aspek-aspek berkaitan dengan ilmu pengetahuan ini disebut sebagai epistimologi

Dalam kamus Sosiologi Oxford (2009), epitimologi didefinisikan sebagai "Theory of Knowledge on how we know and what we know"

Dalam perbahsan falsafah epistimologi ini, ada dua aliran iaitu:
a) Aliran Emprisisme iaitu yang mempercayai bahawa ilmu hendaklah bersumberkan pancaindera yang 5.
b) Aliran Rasionalisme iaitu yang mempercaya kekuatan akal yang rasionalisme sebagai sumber ilmu dan mengatakan pancainbdera yang 5 boleh salah dan menipu.
c) Skeptisisme- ragu manusia mampu mencapai kebenaran mutlak dalam pencarian ilmu
d) Pragmatisme-kebenaran ilmu dinilai berdasarkan funsi, kesan dan praktikal.


TOPIK UTAMA DALAM EPISTIMOLOGI

i) Hakikat/ sifat ilmu
ii) Sumber ilmu-pancaindera, akal, firasat, wahyu
iii)Ukuran kesahehah sesuatu ilmu
iv) batas-batas ilmu

Perbandingan Ringkas Antara Rasonalisme dan Emprisisme

Ciri UtamaRasionalismeEmpirisisme
Sumber Utama                    Akal fikiran dan logik.Pancaindera dan pengalaman.
KaedahDeduktif (umum ke khusus).Induktif (khusus ke umum).
Sifat PengetahuanA priori (wujud sebelum pengalaman).A posteriori (wujud selepas pengalaman).
Tokoh UtamaRené Descartes, Spinoza, Leibniz.John Locke, David Hume, Francis Bacon.


Contoh bagaimana aliran Emprisisme dan Rasionalisme berfungsi;

MENENTUKAN BUAH EPAL
  • Pendekatan Empirisisme: Anda tahu objek itu adalah buah epal kerana anda melihat warnanya merah, menyentuh kulitnya yang licin, menggigit lalu merasa manisnya, dan mendengar bunyi rangupnya. Ilmu diperolehi melalui pengamatan deria secara langsung.
  • Pendekatan Rasionalisme: Walaupun anda tidak pernah melihat epal itu, jika diberikan konsep geometri (bulat) dan takrifan logik tentang struktur buah, akal anda boleh menyimpulkan kewujudannya. Contoh klasik rasionalisme ialah Matematik (\(2 + 2 = 4\)). Anda tidak perlu melihat dua objek fizikal ditambah dua objek fizikal di dunia nyata untuk mengetahui kebenaran formula ini; akal anda sudah memahaminya secara abstrak.
MENCARI PENJENAYAH
  • Pendekatan Empirisisme: Seorang detektif mengumpul bukti fizikal di tempat kejadian—cap jari, kesan darah, rakaman CCTV, dan DNA. Semua data deria ini dikumpul dahulu untuk membina kes.
  • Pendekatan Rasionalisme: Detektif tersebut menggunakan logik deduktif untuk menapis suspek. Contohnya: "Pembunuh mesti berada di dalam bilik pada jam 10 malam. Suspek A berada di bandar lain pada waktu itu (terbukti dengan alibi). Oleh itu, secara logiknya, Suspek A bukan pembunuhnya."

LIHAT PERSOALAN-PERSOALAN INI.

Apakah Allah itu wujud?-Ontologi
Bagaimana kita tahu Allah itu wujud?-Epistimologi
Apakah sifat kewujudan Allah?-Ontologi
Adakah mujud Allah sama seperti wujud makhluk?-Metakfizik

Dalam ilmu hadis, bila kita mempersoalkan bagaimana kita mahu pastikan seseorang dalam rantaian sanad itu benar-benar bertemu dengan Nabi SAW, ia adalah persoalan epistimologi.



BidangSoalan utama
Metafizik                                Apakah hakikat realiti?
OntologiApa yang wujud?
EpistemologiBagaimana kita mengetahui?
LogikBagaimana kita membuat kesimpulan yang sah?
MetodologiApakah kaedah penyiasatan yang digunakan?
AksiologiApakah yang bernilai/baik/benar dari sudut nilai?














No comments:

Post a Comment

EPISTIMOLOGI

EPISTIMOLOGI adalah berasal daripada gabungan dua kata dalam bahawa Yunani iaitu: Epistimo-Ilmu pengetahuan yang benar Logos-Teori, kajian...