Friday, November 13, 2026

Ibn Taimiyyah ulama yang difitnah

Sangat mensesalkan, di kalangan manusia ada yang mencuaikan hak-hak para ulama Rabbani, lalu mereka mensia-siakannya dan kamu akan dapati kalangan mereka ada yang menikam para ulama dengan bicaranya, mendusatakan para ulama serta membuat penisbahan kata atau perbuatan  yang ulama itu jauh daripada keuda-duanya sebagaimana jauhnya matahari dari sentuhan tangan.

(كبراءة ألشمس من اللمس)

Dan antara para ulama yang difitnah (dilemparkan tuduhan dusta) terhadap mereka ialah seorang alim rabbani, mutiara tunggal zamannya dan insan terunggul pada masanya, yang memiliki prosa yang indah mengalir, ungkapan-ungkapan yang unggul, hikmah-hikmah yang tinggi dan kata-kata halus yang menarik.Beliau juga merupakan pengarang kepada karya-karya yang banyak, yang telah tersebar harum cahaya kesempurnaannya dan terserlah sinar keindahannya.Sesungguhnya beliau ialah Syeikh al-Islam, Taqiyuddin Ahmad bin Abdul Halim bin Abdussalam bin Taimiyyah.

(Dipetik daripada kata-kata Abu Abdurrahman Sa'id Mi'syayah dalam muqaddimah kitab Biodata Ibnu Taimiyyah, karya Ibn Hajar Al-Asqalani.


Ibn Taimiyyah dituduh sebagai Mujassimah hinggalah dikafirkan oleh golongan yang tidak mengetahui kedudukannya di mata para ulama sezamannya.  Sedangkan Ibn Taimiyyah adalah ulama paling banyak mematahkan hujjah para Ahli bid'ah dari kalangan Rafidhah, Hululiyyah dan Ittihadiyyah. Kalaulah mereka dengar apa yang dihamburkan oleh para pembenci Ibn Taimiyyah itu, alangkah sejuknya mata hati mereka (Faya qurratu a'yunuhum) apabila mereka mendengar ada orang yang mengkafirkannya. Dan alangkah bahagianya (Faya Sururuhum ) apabila mereka melihat ada puak yang menkafirkan mana-mana orang yang tidak menkafirkan Ibnu Taimiyyah!

Kata para ulama menyanjung Ibn Taimiyyah: kalau tiada sebarang kitab yang menceritakan Manaqib beliau, cukuplah anda mengetahui bahawa belia telah melahirkan seorang murid hebat bernama Ibn Qayyim Al-Jauziyyah yang karyanya meluas seantero dunia. Ibn Qayyim itu sendiri menjadi gambaran manaqibnya. Namun, bagi Ibn Taimiyyah, manaqibnya ditulis oleh ramai para ulama.

Ada memang ada musuh Ibn Taimiyyah yang hidup sejurus selepas zamanya. Dia lahir selepas wafatnya Ibn Taimiyyah pada tahun 728H. Namanya Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Bukhari al-Hanafi (Wafat :841H)  dan dikenali dengan sebutan Alauddin Al-Bukhari Al-Hanafi. Dia dikatakan menyebut;

مَنْ أَطْلَقَ عَلَى ابْنِ تَيْمِيَّةَ شَيْخَ الْإِسْلَامِ فَهُوَ كَافِرٌ

"Sesiapa yang menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikh al-Islam, maka dia kafir."


Pendiriannya begitu keras terhadap Ibn Taimiyyah.

Tuduhan kerasnya ke atas Ibn Taimiyyah itu dijawab oleh tokoh sezamannya sendiri iaitu Ibn Nasiruddin al-Dimasyqi (wafat 842H) yang mengarang kitab bertajuk:الرد الوافر على من زعم أن من سمى ابن تيمية شيخ الإسلام كافر 

Ibn Nasiruddin al-Dimasyqi (w. 842H) menulis kitab tersebut sebagai bantahan terhadap kenyataanAlauddin  al-Bukhari. Beliau mengumpulkan nama lebih 80 orang ulama yang pernah menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikh al-Islam, termasuk ulama daripada pelbagai mazhab. Kitab tersebut turut mendapat pengiktirafan dan pujian daripada al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani.

Tahun 727H, seorang ulama bernama kamaluddin Az-Zamlakani(Ulama Mazhab Syafie dan Qadhi Al-Qudhat, dari segi usia, dia muda 6 tahun daripada Ibn Taimiyyah) dipanggil ke Mesir. Ibn Taimiyyah ada di  Syam ketika itu berdepan dengan tuduhan(Mihnah). Ibn Taimiyyah doakan. Kerajaan mamluk nak lantik dia jadi Qadhi Al-Qudhat. Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah menyebutkan  bahawa ada nawaitu buruk Kamaluddin Az-zamlakani atas Ibn taimiyyah apabila dia sudah dilantik nanti. Maka Ibn Taimiyyah berdoa ke atasnya. Ibn Kathir menyebut( فَدَعَا عَلَيْهِ) dan tidak dintakan doa macam mana. Maka, sampai di Bilbism Kamaluddin Az-Zamlakani pun mati. Tak sempat menerima watika jabatan.

Namun, kejwudan perkataan yang dinisbahkan kepada Ibn Kathir dalam Al-Bidayah tetang Kamaluddin Az-Zamalakani diragui sebahagian pentahqiq. Ini kerana, di tempat yang lain, Ibn Kathir memuji Kamaluddin Az-Zamlakini.

Lihat catatan Ibn Kathir: dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, peristiwa tahun 727H:


وَفِي يَوْمِ السَّبْتِ عِشْرِينَ شَعْبَانَ وَصَلَ إِلَى دِمَشْقَ قَاضِي قُضَاةِ حَلَبَ كَمَالُ الدِّينِ بْنُ الزَّمْلَكَانِيِّ عَلَى الْبَرِيدِ، فَأَقَامَ بِدِمَشْقَ أَرْبَعَةَ أَيَّامٍ، ثُمَّ سَارَ إِلَى مِصْرَ لِيَتَوَلَّى قَضَاءَ قُضَاةِ الشَّامِ بِحَضْرَةِ السُّلْطَانِ...

“Pada hari Sabtu, 20 Syaaban, tiba di Damsyik Qadi al-Qudah Halab, Kamaluddin ibn al-Zamlakani, dengan menaiki kenderaan pos kerajaan. Beliau tinggal di Damsyik selama empat hari, kemudian berangkat ke Mesir untuk menerima jawatan Qadi al-Qudah bagi wilayah Syam di hadapan Sultan…”

Jadi, beliau bukan sekadar pergi ke Mesir untuk menjadi qadi biasa. Beliau sudah memegang jawatan Qadi al-Qudah di Halab (Aleppo), dan sedang menuju ke Mesir untuk menerima pelantikan sebagai Qadi al-Qudah bagi wilayah Syam di hadapan Sultan.

Sultan Mamluk saat itu adalah An-Nasir Muhammad Ibn Qolawun, bertahta di Kaherah.

Beliau memerintah sebanyak tiga kali:

  1. 693–694H
  2. 698–708H
  3. 709–741H

Pada tahun 727H, beliau sedang berada dalam pemerintahan kali ketiga yang paling panjang, bermula pada 709H sehingga kewafatannya pada 741H. Pemerintahan ketiganya berlangsung selama lebih kurang 32 tahun

Ada seorang yang menjawat jawatan Qadhi Al-Qudhat bernama Zaynuddin Ali bin Makhluf al-Maliki . Beliau juga dicatat punya hubungan yang panas dengan Ibn Taimiyyah.

Tulisan Ibn Taimiyyah  dalam kitabnya Al-Aqidah Al-Wasitiyyah menimpulkan perdebatan kalangan ulama , membawa kepada persidangan dan tuduhan atasnya sebagai menyeleweng.










No comments:

Post a Comment

Ibn Taimiyyah ulama yang difitnah

Sangat mensesalkan, di kalangan manusia ada yang mencuaikan hak-hak para ulama Rabbani, lalu mereka mensia-siakannya dan kamu akan dapati ka...